Tekan sini

Thursday, October 4

Che Sue anak bongsu

Assalamualaikum






Haihhhhh mengadenye...

Wednesday, October 3

Ragam Abubu


Che Sue tanyalah Abu. Dia ingat lagi tak?













Tuesday, October 2

Che Sue is the Drama Queen





Adalah kejadian bulan lepas lepas kitorang berpiknik di Magick River bersama Meowwmania, Marilyn, Papameow, Mami dan ehem ehem kamal langit... ok, sekarang bukan nak cerita pasal piknik tu. nak cerita asal usul Cik Su ni. Budak ni datang masa kitorang makan tengahari kat Bukit Beruntung. Mummy meoww ada update kat Blog dia. Che Sue datang tanpa suara terus kat kaki. terdongak2. bagi makan tak nak. pastu dia jalan terhenjut2. memang tengok kaki dia pelik. macam2 pikir apa jadi yang budak ni. tengok dia pun sedih je. nganga mulut tapi tak de suara. Akhirnya Chika ayat2 mami bawak balik budak Che Su ni. Sampai je kat rumah terus tido atas katil, main2 ngan abu. makan tanpa henti, panjat2 cage. x de rupa mcm kat kedai sebelum tu. Dia tipu kite la. dia berlakun je sakit. X pe la, dia pun bisu kan. nasib baik kite bela klu tak apa lah nasib budak bisu ni. Itu yang dapat nama Che Su kat dia. Tengok sekarang dia sudah tak bisu lagi. Paling bising, paling memaksa, dia lah... rasa macam nak hantar balik je kat kedai makan tu. Hidup2 kene tipu ngan budak kecik... hehehehe tak pe la. dah rezeki dia kan. Alhamdulillah,....

Thursday, September 27

Kaki kencing dot dot dot


Assalamualaikum


Hari Selasa lepas terpaksa ambil cuti sebab nak hantar budak sepah ni ke vet. Mami cakap dia tak leh kencing. Actually, bukan dia tak boleh kencing, tapi ada kuman yang menyebabkan dia selalu nak ke toilet. tp keluar sikit2 je. lama lak tu duduk kat toilet. bila cek pundi kencing dia, rasa kosong je. Maka Nomi kene lah makan ubat selama seminggu. Tapi agak susah nak peratikan dia ni. sebab dia kencing atas rumput. mana nak nampak kan. Tak tahu lah dah sihat ke blom. Tengok keadaan makan & aktiviti harian macam biasa je. Kalau esok lusa masih lagi tak baik2, terpaksalah bawak dia ke vet lagi sekali. 














Wednesday, September 26

Wordless Wednesday ~ Teteh ting tong

Assalamualaikum...

nak cerita sikit. Si teteh ni keje kilang agaknye. Shift camane pun tak tau la. balik dua hari sekali. bila balik jadi macam ni lah... haihhh... Mummy harap teteh rajin balik yer. bila balik jangan nak tido je. 






Tuesday, September 18

Monday, September 17

Rest in peace Comel

Semalam Comel pula menyusur George kembali kepada pencipta yang Esa.

Ada sedikit terkilan sebab Chika x sempat jumpa dia. Kelmarin mummy dan uncle hantar comel ke Vet Gasing untuk masukkan air kedalam badan dan utk di rawat. Dia makin mengecil dan makin terasa tulang2 dibadannya.

Tetapi semalam vet telefon bgtau yang comel x memberikan tindakbalas yang baik malah makin teruk. Chika x  dpt ambil dia kat vet. Cuma uncle pergi seorang diri. Setibanya disana, kami diberitahu comel sudah tak bergerak. Cuma sekali sekala dia mengalami kekejangan. Tak lama lepas tu dia pergi meninggalkan kami buat selama2 nya. Harap comel tahu yang kami sangat sayang padanya.

Ini dalah gambarnya yang terakhir. Amanlah kamu disana chuchu(nama manja comel).