Tekan sini

Wednesday, July 28

Lucy

Dia ingat dia KUCING.
Budah ngeng ni ingat dia kecik. Tapi macam ni la gelagat nye setiap kali operasi pembersihan telinganya dilakukan. Suke sangat dia kene korek telinga..

Maaf sekiranya anda seorag penggeli. Tapi telinga dia lagi bersih dr kucing2 ku... Yang kucing punye tak berani i nak tunjuk u.... hehehe Sape yang ade kucing yang ber ear-mite, lebih faham dan mengerti maksud ku.. Buchuk... huhuhu

Tuesday, July 27

BFF konon...

Depan aku, kome baik je kan... Boleh guling2 sebilik, ciom2 mulut lagi...
Tapi depan orang kome buat perangai tak senonoh. Nak bergaduh depan orang.. Ish, malu aku kat Sis Marilyn tau... Ini bukti yang telah cik Marilyn snap semasa dia beriadah di rumah aku. Aksi katoi part 2.

OPS I did it...

Kenapalah Deejay nak keluar sangat2 ni... Hanya Mili yang tau jawapannye...
Korang agak-agak.. Apa yang Aku tgh pikir...
Ala.. teka je la... Aku dah bagi pembayang pun kat belakang tu...
No clue?
Aku yang tengah mata stim... syok errrr...
Korang leh agak tak?
Jeng jeng jeng.....

Haa... tu dia... patut arr..
Bila la nak abis ney... ngantuk la weyy...
Suke betul akak aku ni mengerjakan aku tengah-tengah malam. Pastu nak gi keje ngantuk.. padan muke die...



Maaf ye Mili, Kutu mu harus di hapuskan...





Wednesday, July 21

Kisah Tiga dara

Siaran malam ini berkisahkan tiga daraku. Saje tak buat ape ajak Micro main tali. Alih2 Nomi ngan Mili plak meh duduk dekat2. Saje jeles Micro lagi glamor dari dia. Boleh pulak buat aksi lesbian. pastu buat2 muka kantoi bila orang ambik gambar. Tak senonoh kamu ni...

Ada pantun khas kubuatkan untuk tiga daraku... kreatif la kononnye. Dalam mengantuk pun berjaya jugak 3 rangkap. Hehehe blasah je la... Nak nyanyi cam syair pun boleh. Dipersilakan...

Tiga dara makan nangka
Salah seorang tertelan bijinya
Alkisah micro si kucing buta
Walaupun buta terang hatinya

Matahari naik tegak berdiri
Tiga dara membasuh diperigi
Berkawan baik si Mili dan Nomi
Tapi dengan Micro kemain ko sombong ye Mili..

Niat hati nak buat hal masing2
Micro kusyuk main ngan tali tu
Nomi ngan Mili kantoi berkissing
Inilah kisah tiga daraku

Tuesday, July 20

Aku weenggg sebab Deejay!!!

Sekian lama deejay tak balik, semalam dia balik rumah. Balik sendiri, tak perlu di jemput di rumah lama. Bangga juga sekejap. Lepas tu dok main2 tepi jalan. susah hati juga tapi biarkan dia(masih dalam pemerhatian). Tak nak kurung nanti dia terus lari keluar. Chika bagi dia kebebasan sikit. Bagi dia peluang untuk kembali rasa seperti rumah dulu.

Dan semalam dia manja sangat. Gosok2 dia je dalam bilik. Mili ngan Nomi dengan hormatnya dipersilakan tido luar ye. Malam ni priority cuma untuk Deejay. Baby boy i ni tau.

Tapi Deejay punya mengiaw. Dari pukul 12 tgh malam sampai la pukul 3 pagi. Kejap2 je dia berenti. Umpan ngan blackwood, usap2 dia.. diam la kejap. Lepas tu menyanyi lagi. Suara tu kalau ala-ala Abe Jamal tu tak pe la jugak. Ini nyaring tak ingat. Bising sampai ke bawah dengar.
Terasa macam jaga baby je. Menangis tak berenti. Baru2 terlelap tu dia naik duduk kat bahu. "NGAUUUW" sekuat2 hati kat telinga. Bila dia nampak kita terjaga dia terus berlari ke pintu. Minta dibuka kan pintu. Tgk jam dah tengah malam. Tak pe la, kalau dia keluar pun kereta tak ada. Nak lintas pun lintas la. Dia keluar je Chika tutup pintu. Lepas 3 minit dia mengiaw nak masuk bilik pulak. Rasanya ada dalam 3 kali Chika kene buka pintu untuk dia. Last sekali Chika biarkan pintu terbuka. Tapi terjaga sebab nyamuk pulak. Alahai serba tak kene. Dah la esok keje. Pukul 3 tak dapat tido lagi ni... Macam ni agaknya kalau ada baby kot.. hehehe Sesungguhnya aku yang tak cukup tido sebab kucing. Melayan Deejay yang jiwa kacau...

Maka sebab itula sekarang ni macam biul sikit. Weengg jugak kepala otak ni. Keje pun tak le buat sangat. Mengantuk + sakit kepala + dengan sakit hati kat Deejay.

Pagi tadi cari kat rumah lama tak de. Rumah baru pun tak ada. Manala merayap ni. Harap2 petang nanti dia balik. Cakap je sakit hati, tapi sebenarnya sayang dan risau. Happy sangat dapat spend time ngan dia walau sekejap. Rindu zaman2 dulu. Tiap2 malam mesti tido ngan Deejay... wajib bersentuh kulit and berlaga pipi...hahaha Punya la Weengg!! semua nak cerita. Abis buka kisah rumahtangga...

Petang ni bila balik keje je Uncle bawak dia balik kerumah. Deejay oh Deejay. Lega hati tengok dia. Dan kali ni dia macam dah boleh lepak rumah ni. Dari petang sampai la sekarang ni lepak dalam bilik je. Pintu buka la. Biar dia rasa mcm bilik dia. leh kuar masuk. hehehe

Chika keluar kejap tadi. tak sangka jugak bila balik rumah dia tunggu dalam bilik. macam dulu-dulu. Hmmm happynya. Apa lagi...

Camera ready..
Take one..
ACTION!

Sila jangan terpedaya dengan mukanya yang kesian.

Sila beri perhatian dengan suaranya. Ini versi perlahan tau...



Saturday, July 17

Micro oh Micro

9.30 am. Micro ditangkap sedang memanjat pagar sebab nak makan pucuk lalang. Dah tak de yang rendah agaknye. Dia cari yang paling tinggi sekali. Tak gayat pula tu.Mata tak sempat cuci lagi la Micro. Tapi dia tetap hebat. Dalam buta-buta tu pun leh balance atas pagar.

Nampak ke?
Confident gile minah ni jalan.
Tengah pilih2 pucuk mana nak makan ni...
Akhirnya dapat di turun kan. Tak larat nak tunggu dia lama2.

Bulu dia ni lembut sangat.
Mok duk usha dari tadi lagi. Dia yang celik pun tak pernah panjat and jalan2 atas pagar.
Nak gi cuci mata
Dah masuk tu dok diam2 ye sayang. Pegi la makan ke, guling2 ke... jangan panjat2 lagi tau. kang jatuh tak pasal je.

Friday, July 16

Abe mata stim folo balik

Tadi pegi ke rumah lama bagi budak2 tu makan. Sekor pun takde. Mane ntah peginye belaka. Runsing la pulak.

Tetiba muncul Deejay... mengekor je. Bukan nak makan tapi nak manja. Mengada-ngada btol. Kali ni dia folo balik lagi. This time lepas bagi dia makan, cepat2 angkat letak dalam bilik. Kurung kejap. Bagi blackwood lak. Deejay suke giler... kejap2 gi makan. lepas gosok2 gi makan. pastu minum kejap then mandi (dia jilat badan dia sendiri je) then sambung makan. guling kejap pastu makan lagi. comel sunggu kamu ni. Tetiba nampak cam gemuk skit. Takkan la sekali makan je terus gemuk. hehehe....
Comuel kamu ni bila manja...