Tekan sini

Tuesday, August 10

Siri bercakap dengan budak bernama bulat


Chika jatuh hati lagi dengan anjing orang. Dulu jatuh hati dengan prudence. Anjing kepunyaan Antares (kawan mami) yang tinggal di KKB. Chika jatuh hati waktu hari pertama terpandangnye, ketika melihat kerenah nye, malah bertambah2 setelah mengetahui sejarahnya...

Comelkan Prudence ni. Female. Tapi sekarang Chika jatuh hati lagi dengan anjing orang. Suka sangat melihat dia. Walau pun mukanya ganas, tapi dia cuma kanak2 ribena. tau main saje. dan saaaaangat peramah. Kawan2 animal lover Chika sudah sedia maklum tentang buah hati baru Chika. Tak lain dan tak bukan.....

Dengan hormatnya dipersilakan


Budak BULAT yang comel dan hensem....

Alolo cayang bulat. Budak nakal ni kene tambat sebab suke merayap. 'You're grounded'.... hehe
Bulat terkene penyakit kulit btol2 atas dahi dia. macam dah botak tengah dah tengok. Shian dia... Kite sapu ubat k...
Kurap ke apa tak tau la. harap2 Bulat cepat baik. Rindu sangat kat bulat sekarang ni...
Good boy kene dengar cakap tau. Jangan susahkan hati papa. Kalau Bulat jadi budak baik, nanti kite panjat Bukit tabur sama2.... nak tak?
Adakah Bulat ketawakan kak Chika?

Sonok sangat dapat jumpa bulat. Bulat jaga diri ok. Sayang bulat.
Jangan nakal2. Nanti jangan lupa bantu papa apa2 yang patut.
Comel la bulat ni. Mana la hati tak rindu. Pandai ambik hati. Pandai makan kepap. Pandai senyum...

Celoteh Nomi; mummu sekarang buzy. asal wiken je jenjalan. minggu ni tgk bulat minggu depan dia nk jumpa prundence lak. Nomi lepak je kat uma. dia tak bg kuar tp Nomi curi2 keluar gak... hehehe


Wednesday, August 4

My Little Darling

Sakit kepala.. Oh sakit kepalaku....

Kau datang dan pergi
Sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau
Teganya dikau padaku

Kau pergi dan datang
Sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati
Bencinya hati padamu

Nape nyanyi? Sebab sakit kepala wooo... Nape la satu hari ni headache. Rasa macam nak buat sajak je pasal sakit kepala ni. Dari celik mata pagi tadi sampaila sekarang ni. Temper gak bila headache ni. Utk bagi cool Chika tido. Kejap2 tido. Kat opis pun tido. Ni kul 9 mlm pun br bgn tido. Bangun sakit balik. adoi... member ku suh gi check mata. Logik la sbb mata berair2 tadi. Tapi... 'I dont look good wearing glasses'.. waaaa....

Anyway, enough about me. Sebenarnye Chika nak tunjuk gambar2 yang Chika jumpa dalam henpon mami semalam. Gambar dari tahun 2007. Senyum je masa Chika tgk gambar2 tu.. So sebab ia membuatkan ku senyum, Chika nak share ngan korang. Harap2 korang pun senyum... Senyum la.... senyum kan sedekah...

Terimalah

JENG... JENG... JENG...

Korang kenal ke budak comot ni? agak2 sape la ye. Tarikh pun ade tu... Semalam Lucy komplen kat blog ye... hari ni ku tunjukkan gambar mu waktu hingusan... Biar satu malaya tgk... Ho ho hoBully time... huaaarrggghhhhh....!!!!Memang BFF. Masa kecik2 tido berpelok je...Sape lagi cute?Lucy lg kecik dari Mickey
Macam ni cute jumpa dalam longkang takkan nak tinggal je... dah la baby lagi... Ade toy lagi tu...Meh kite tengok sape lagi terer...Yang berdiri la terer. Yang rebah kan kalah tu...
Penat btol main ngan LucyDennis ngan Mickey. Dari kiri
Mili, Mimi and arwah Che Puteh NazaudinStokin... Shame shame...Masa ni Lucy dah besar. Kusyen dia pun dah jadi kecik.Masa ni Ika pun dah besar. 2008 . Rambut ku pendek. Cam nak pendekkan balik la... Ok tak?Arwah Nemo... Nemo sentiasa dihati Mummy dan juga di wallpaper laptop mummy. Sayang Nemo. I miss u my lil' darlin 'Sharifah Nomilani. Baby mummy...Nomi, masa mula2 bela dia.... Comel ke ni? Comel la ni... namanye Comel tinge senget...Buruk micro tido. Gambar2 kenangan baby brown ngan adik beradik dia sebelum diberi orang...Apasal pandang camtuAwwwww bawah tu ade buaye....
Kite pakat2 tengok die....

Gitula kisahnye... Banyak lagi sebenarnye gambar budak2 bulu ni tapi tak leh la nak masukkan semua.

Sekarang nak tanya...
Korang semua senyum tak?

Tuesday, August 3

Kakak kesayangan ku

Aku tau Kak Chika sedang tension. Sebab tu dia buat macam ni kat aku. Nape la ngan akak aku ni... Apakah masalah yang membebankan ko kak sampai tergamak ko buat aku macam ni. Aku tengah tido, tak kacau Micro pun. Apakah salah ku...
Kak, kalau kau tension sangat, ko cukur la bulu kening nomi ke, cabut bulu kaki Mili ke.. tapi kenapa kau buli aku... Sape yang buat ko sampai jadi cam ni kak...? Ko nak aku gigit dia? Tapi ko jugak tak bagi aku gigit orang... Cuba ko citer kat aku kak. Lebih baik dari ko buat aku macam ni...
Oh kakak ku... satu rumah ketawakan aku. Mami ngan daddy gelak guling2 lagi. Ko happy ke tengok aku diketawakan macam tu sekali? Adakah itu dapat buat ko senyum? Dorang kata aku nampak hensem. Aku nampak macam bergaya. Aku rasa aku nampak hitam je... Gelap gelite. Ko tuka la spek baru kak. Patut la ko jalan langgar2 tiang, langgar2 meja... gelap kak spek ko ni... Nasib baik ko bawak kete tak langgar orang. Gelap kak. Kalo ko tak percaya ko bagi Bob pakai. Si-sia dia mamah je spek ko ni. Dia dah la rabun tak nampak orang. Sampai semua orang dia salakkan. Ape kata ko buat satu spek hitam ade power utk bob? Aku bagi cadangan je...
Kak, ko lupekan la serabut di kepalamu tu kak. Lupakan orang yang menyakitkan hatimu itu kak. Aku tau ko sedih. Tak pe la Kak, masih ade yang sayang kat ko. Deejay tu ha contoh terbaek. Sayang gile die kat ko kak. Dari ko buli aku, ada baiknye ko bawak aku gi jalan2 tengok Deejay. Ko tau aku suke kan? Dan aku tau ko pun suke kan? kekekeke Jom kak kite gi visit umah lama. Leh jumpa Deejay... Kak.. ooo Kak.. kot ye pun buka la spek ko ni...
Kak, nape ko senyum? Ko dah hepi balik ke? Bagus la Kak. Aku tau kau terkilan ngan orang tu. Aku pun tak leh buat apa2 kak. Ko sabar ye. Nanti aku jalan2 ngan daddy, aku carikan untuk ko bopren sorang ye. Macam aku dapat Bob dulu... Jalan2 macam ni la. Tengok la camane setianye Bob kat aku. Untungkan aku kan? Ok sorry la.. aku bukan saje nak bagi ko jeles... Aku cuma nak ko hepi macam aku gan bob. Sesungguhnye kata-kata ku benar belaka.

~Lucy~
The DramaQueen

Celoteh Nomi : Terkilan gak aku tak dapat pakai spek mummy macam aunty Lucy..

Monday, August 2

Dennis tak sihat...

'Mok dah kene sunat...'

'Ye ke? Tak tau pun..'

'Mu tak perasan ke dia tak de?'

'Tak... hehehe' (dengan rasa sedikit bersalah)

'Sabtu ni tolong ambik dia kat vet. Mami bagi duit nanti... Btw Dr Prem tak de. Dia kene heart attack. Tapi dah discharge dr hospital'

'Owh... ye ke... '(Risau pulak dengar. Thats my fav Dr)

'Nanti bawak Dennis sekali. Kesian dia dok lelah je'

'Hmmmm tula... kesian Dennis.'

Begitulah perbualan Mami ngan Chika petang Khamis... Maka seperti yang dijanjikan... Sabtu pun tiba...

Kete Chika rosak. Esok kete Chika pulak masuk klinik. Tapi syukurlah ada sahabat yang sedia membantu. Thanks Marilyn...

Maka untuk pertama kalinye Chika mengheret Marilyn ke Vet kami yang tidah jauh dari situ...

Kesian Dennis. Nafas nye berbunyi agak kuat sebenarnye. Dah lama nak bawa dia ke Vet tapi asyik terlupa. Kesian Dennis Marilyn sedang cuba menenangkan Dennis...
Nak plak ade anjing tiga ekor kat sini. Bertambah-tambah la paranoid nyer....

Nak lari lagi tu...
Dennis membulat kan matanya. Sampai orang tegur la kenapa mata dia bulat sangat. Chika jawab senang je... Oooo dia gabra tu...
Setelah agak lama menunggu giliran (Sabtu mmg cam tu), baru la tiba giliran Denis untuk diperiksa.

Marilyn amat bersabar memegang Dennis. Thanks dear... Sorry kalau Dennis buli u...


Kak Chika... Dennis nak balik...
Akhirnya Doctor telah meng-X-Ray paru-paru Dennis. Terdapat serat putih dalam X-Ray dia tapi blom pastu apakah itu. Mungkin dia mempunyai mucus yang terperangkap di paru2 tetapi tak dapat di pastikan. Untuk masa ini dia diberi ubat. 3 jenis. Ubat untuk mengeluarkan Mucus dari dalam paru-parunya. Satu jenis antibiotik dan satu lagi ubat athma untuk melancarkan pernafasannya. Kesian dia. Ini la akibatnye suke berembun. Dah lelah... kesian sangat...

Setelah pembayaran bill dibuat, kami mengambil Mok yang sudah dimandulkan untuk pulang kerumah...

Untuk kali pertama dalam hayatnye dia terpaksa memakai Collar. Cute kan?
Nak Uk Uk pun tak senang...
Agak-agak la wei... dekatnye focus tu, Macam suke je temgok Mok pakai benda ni... Tapi kesian jugak la.

Petang tu hujan. Dia duduk tengah2 hujan. Badan dia basah kuyup tapi sebab mukanya ada awning, dia tak berganjak pun dari tempat duduknye. Nasib baik kak Marie perasan. Again, thanks darling...

Lepas dorang makan petang, Chika ajak Marilyn buat operasi bagi dorang makan ubat. Alhamdulillah... senang je bagi Mok makan ubat. 1st time jugak dia kene telan antibiotik ngan painkiller. Terima kasih lagi untuk Kak Marie kerana berjaya memberi mengambil video untuk operasi ini dengan jayanya...

Moh kite tengok. Yang 1st tu Mok. Dan yang second video tu Dennis...



Celoteh Nomi : Aunty Marie is the best... ;) Nomi sayang Aunty Marie...

Sunday, August 1

Seiring dan sejalan...

Dari Friday lagi Marilyn teman Chika kat umah. Maklum la... Bila mami ngan uncle gi holiday, Chika kene stay. Maka, untuk mengelakkan kebosanan... Miss Marilyn la jadi mangsa... Thank you girl... ;) Next week my turn sleepover kt ur place kan? hehehe

Tapi yang kesiannya Marilyn kene buli. Kene buli ikut Chika pegi umah lama. Hehehe Nasib baik Deejay nak teman...



Celoteh Nomi: Mencila... kite nak ikut mummy tak kasi...

Pelaris kedai

Kat umah Chika ada satu kedai makan. Tiap-tiap kali pergi, tempatnya tak pernah kosong. Nasi campur biasa je... macam kedai2 nasi campur yang lain jugak.

Terfikir juga, kedai nya tu memang meriah. Asal cecah je pukul 12 dah terfikir nak pegi sana. Kalau kawan2 datang pun Chika akan heret kesana. Mungkin sebab ulam2 nya banyak and lauk2 nye pun banyak pilihan. Masakan pun sedap-sedap. Tapi memang ramai yang datang...

Sememangnya Chika tau dorang pakai pelaris... Patut la meriah.. Patutla Chika kalau pegi mesti happy... Balik kekenyangan mesti nak tido. Hmmmm

Nak tau pelarisnya...


Mana la tak laris... Wajah manis ini menyambut setiap meja pelanggan yang datang. Comel kan? Berseri2 muka Chika kalau pegi sana.
Si Comel ini bukannya lapar. Dia memilih jugak makanan yang diberi. Tengok mood dia. Kadang2 dia nak tido je. Dari dia baby lagi Chika dok main ngan dia. Tapi sampai sekarang tak de nama. Atau memang tuan kedai dah bagi nama tapi Chika je yang tak tau.

Kesian si comel ni anak yatim. Mak dia baru je meninggal tiga bulan lepas. Mak dia la yang Dr Prem bagi diskaun tu. Mati kat hospital... tapi dia dah besar. Nasib baik dia membesar dengan comel dan sihat.

Hmmmm happy je bila tengok gambar dia. Tak lama lagi jadi ibulah dia...

Celoteh Nomi: Memang kesian dia yatim kan. Nomi pulak tak tau apa jadi dengan mak Nomi. Harap dia sihat dan dibela dengan baik sekali. Begitu jugak adik beradik Nomi...