Tekan sini

Tuesday, July 13

Milly MIA

Chika risau la si Mili ni. Berjalan dr semalam pagi tak balik2. last jumpa dia sebelum Chika gi keje. Sedih la... semalam nak tido cari dia sebab dia suke tido ngan Chika. dalam bilik kan, sape tak suke...
Dah la minah ni kitorang tak pernah lepas main luar. Selalu main dalam rumah je. Rumah baru ni bagi mili main la kat laman. Semalam terlepas masuk umah sebelah. Dah la tengah renovate. Mami tanya budak2 yang buat keje kat rumah tu pagi tadi. Dorang cakap Mili suke dok berjalan. Berjalan sampai ke belakang... aduih.. Mili, dimana kamu.... Kamu makan ke tidak? kamu selamat ke tidak? risau je takut ade yang menganiaya kamu je ni. Sekarang tak percaya sangat. Kucing pun orang buat Lauk... kamu tu dah la manja sepah. mengada2, suke belit2 kaki orang. Salah belit kang kene sepak... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa huk huk. Ya Allah, selamat kan la Mili. Biar la dia jumpa jalan balik. Amin...
Chika dah buat flyers nak letak kat kawasan rumah. Nak pegi area condo belakang tu. Harap-harap ada yang jumpa dan sudi pulangkan. Kawan-kawan, doakan Mili pulang ye.... Sayang and rindu sangat2 kat dia.




MISSING



Lost Siamese cat. Last seen was yesterday morning (12/07/2010) at Jalan Taman Seputeh.
Please kindly contact us at 012-273517. She’s friendly, manja and quite fat. Her name is Milly.
She has long hair, long tail and her colour is white and dark brown. Thank you.

Lucy rindu..

Akhirnye dapat gak Chika upload picture si Lucy tgh tunggu daddy dia call. Akhirnye, satu hari dia tunggu. Pagi dah cakap, malam pulak. Nak komplen la tu Chika bagi makan tak sedap... Mengada-ngada yang teramat sangat. Padahal dah besar panjang. Ingat dia baby lagi. Tapi yang peliknye, ade pulak tu yang melayan.


Am still waiting

Its Daddy la Mummy...

Daddy bile nak balik? Lucy miss you la daddy.

lucy, talk to daddy, stop sulking u. Get real...

Lucy sebenarnye tengah goyang2 kepala and ekor dia. Teruja dengar suara Uncle yang di rindui. Itu pun dekat ujung2 minggu dah. lagi sehari dua uncle nak balik. Dia baru sedar Daddy dia tak de. Selama ni tak pernah kene tinggal lama cenggini. Huhuhu cian dia.

Chameleon

NOMI thot she just did magic. INVICIBLE .



Nak masuk lam kotak tu la.... camane eh....

Memang la sampai sudah tak berjaya....

Monday, July 12

Sunday yang menggembirakan

Semalam Chika telah menghadiri perjumpaan BBQ bloggers2 yang dirancangkan oleh Papa Hero Dan Papa Meow. Tak sangka ramai jugak yang datang. Dan yang best nye... semua satu kepala. Semua sayangkan haiwan. Of course la kan... Chika bawak mami ngan uncle sekali sebab dorang dengar je Hero nak datang and nak pegi rumah Papa meow, dorang dah seronok dah. Terus suruh masukkan nama. Balik je semalam mami ngan uncle cakap ape tau.. Thank you, we had a great time meeting your new friends... bangga and happy sangat Chika dapat happy kan dorang. :)
Sebenarnye Chika pun sangat happy. Tak puas lagi melepak, tapi takpe.. lain kali leh pegi lagikan? kan? Lagi pun saat itu miss meowmania and Miss marilyn sangat2 memerlukan bantuan kepakaran Chika untuk ke rumah seseorang di Bandar Tasik Selatan. Wah.. macam terer sangatkan. Tolong teman Marilyn je sebenarnye sbb dia lagi terer. Hehehe apa lagi, merondala kitorang menjelajah MRR2. Setelah hampir sejam keluar masuk simpang dan lorong yang ntah mane2... akhirnya berjaya jugak kami tiba ke destinasi yang meowmania nak pegi tu. Minta maaf ye miss meowmania, dah lama jugak tak jejak Bandar Tasik Selatan ni. And thank you jugak kepada miss meowmania kerana bawak kami pegi rumah kakak KUCING tu. Rumah dia punye kucing2 semua tahap2 showcat. Gebu yang teramat.. Chika beli biskut kucing brand ape dah? hehe lupe la...Sayang nya Si Nomi ngan Mili tak nak makan biskut tu. Tak pe, later Chika try bg yang lain plak rasa.
Tapi Chika tak sempat lak nak download gambar-gambar semalam. Laptop tengah buat keje slow-motion.Taknak lah bebankan dia dengan gambar yang banyak gitu.... Harap2 next entry Chika masukkan gambar2 yang ada. Tak de la banyak mana pun, tapi ada la utuk kenang-kenangan kite semua... And kepada semua yang ada masa Majlis BBQ tu, Chika nak ucapkan TERIMA KASIH sangat2. Majlis itu sangat hebat dan kalau buat lagi jemput ye. I really had a good time meeting u alls...

Thursday, July 8

Cutenye dia...











Cute kan?

Sakit betul hati pagi semalam....

Kisah nye begini. Ini merupakan perbualan telefon Chika ngan kazen Chika pagi tu(kami keje satu opis). Dah la tak breakfast lagi. nape la cari pasal time lapar dan penat. memang naya...

kazen: Kak ***(nama panggilan chika dlm family), kucing kak *** ni lapar la. Dari semalam tak makan.

Chika: Apa?

kazen: Kucing kak *** la yang kat bawah ni

Chika: Kucing sape? (sangat2 terperanjat sampai melompat dari kerusi)

Kazen: Kukukukucing Kak ***. Kkkkak Amy cakap kak *** nak kucing ni( tergagap-gagap budak ni)

Chika: Aper dia? Bila aku nak? kucing mana ni? dari bila ni?

Kazen: dari semalam dia kat office bawah kak ***. Tak makan satu apa pun. ni tengah lapar. Kak *** ambik la makanan untuk dia. (sedih suara kazen ku ini.)

Chika: Kak amy memang nak kene ngan aku ni. Tak makan dari semalam? ishhh macam-macam la. ko jaga kucing tu kejap aku nak gi beli makanan dia

Nasib baik la 7 eleven ada. terus gi 7 eleven beli whiskas yang paket kecik2 tu tiga, pastu biskut frieskies tu 3 paket kecik. itu je yang ada pun. Selalunye Chika memang ada dry food dalam kete tapi pagi semalam botol dah kosong. bawak masuk nak tambah tp lupe nak masukkan dalam kete. Pegi je office bawah tengok kotak dia siap sealed lagi. Apa punya manusia la tinggal dia macam ni. Dah tu suka-suke petik nama Chika. Im a cat lover, and this indon cleaner(kak amy) ni memang nak kene marah ngan Chika kot. Selama ni dia ingat Chika ni baik sangat kan, tak pernah marah2 kan....

Dan untuk pertama kali, semua org terdiam semua dengar Chika marah indon tu. terasa ke apa ke lantak la. Ingat anak kucing tu tak terasa lapar ke ko tinggal dia macam tu. Dari petang rabu duduk dalam kotak bertutup tanpa makan dan minum sampai pagi khamis. dah la masih baby. baru 2 bulan lebih. tgk pun tau. Dengar je suara orang dia terus mengiau-ngiau tak berenti. Tak de nak amik2 gambar lagi dah Chika terus buka kotak yang siap sealed kuat tu. Haram jadah btol. Lantak la orang nak kata Chika garang macam rimau ke ape ke. kalau pasal kucing terbiar macam ni memang taring pun boleh keluar. Kalau la Chika leh terkam, dah lunyai dah makcik tu. Hotak tak de ke aper... Tapi nampak la muka dia berubah. Terasa agaknye. Pengajaran untuk mereka yang bodoh kat office tu. Jangan main-main ngan Chika kalau pasal haiwan.

Bila letak je dia kat makanan terus makan. Kelaparan dia. Sian. Manja lak tu. And tengah kuat sangat nak main. Kalaula rumah Chika tak de yang 20 ekor + lucy n bob, mesti dah angkut la... Kesian sangat. call mami bgtau, mami siap pesan. please jangan bawak balik... Chika pun tak nak susahkan mami.

Chika cuba tanya kawan2 yang nak anak kucing. Sayangnye tak de sapa yang nak. Last sekali Kakak cleaner tu kata dia nak bawak balik. comel katanya. Geram sangat. Kalau nak bawak balik, nape bukan dari semalam. kenapa nak biarkan dia lapar sampai satu malam.

Makanan yang Chika beli untuk kucing tu Chika bagi dia. Itu pun ada hati nak buat merajuk. 'Tak apala dik, nanti saya beli dekat kedai kucing kat sebelah tu.' Chika jegil biji mata. 'Jangan nak mengada, saya memang beli untuk dia. bawak balik je la. Lagipun kat rumah tak de apa kan?' diam kejap. 'Adik bawak la balik. Rumah adik kan banyak kucing' Katanya. Saje nak perli-perli Chika. 'Akak, Kucing saya kalau tengok makanan banyak tu tak lalu dia. bukannye nye cukup. kat rumah saya beli berguni-gui. Bukan paket2 kecik macam ni. Kalau saya kata ambil tu ambil je la. Rezeki kenapa nak tolak.' Terus diam lagi. Terasa jugak la macam Chika biadab ngan dia. Tapi geram sangat. Dah petang tu Chika minta maaf jugak la sebab bahasa Chika keras ngan dia. Sakit hati punya pasal. Chika explain kat dia kenapa Chika marah. Tapi biasala dorang ni. Ada je alasan. Apa yang dia buat tu semua tak salah. Dia tak paham lagi. Chika explain lagi, Chika marah sangat2 sebab Kak amy tu sanggup letak kat office, dengan tak tanya Chika pun pastu biarkan satu malam tak makan. Kalau kite buat dia macam tu macamane la rasanya. Terangguk-angguk. kesian pulak.

Tapi hari ni dah ok la. Chika tanya perkembangan anak kucing tu. hmmm tak yakin sangat la pompuan ni cara dia cerita. Silap haribulan dia lepaskan je kat mana2. kesian. Harap2 anak kucing tu sihat dan cukup makan minum dia. Cerdik betul. Dalam office dia tak membuang merata-rata. Dia buang dalam kotak dia. Bijak sangat. mana la i tak sayang. Anak kucing pun pandai gak pikir.















Monday, July 5

kejamnye manusia...

Pagi tadi Chika tak pasal2 nangis dengar officemate Chika cerita. Hampeh btol la pagi-pagi isnin ni... buat hilang mood nak keje...

Citenye begini, Kawan Chika berubat engan seorang ustaz ni sebab dia terkena ilmu hitam. Ustaz ni la yang dok bagi air tawar, air yasin, segala macam air la supaya kawan Chika ni sembuh. Dah sebulan kawan Chika dok berulang pegi rumah dia kat Semenyeh.

Pagi tadi dia bagitau, semalam Ustaz tu telah membunuh seekor anjing liar disebabkan anjing tu telah kejar anak dia sampai jatuh basikal. Mula-mula dia keluarkan pedang tetapi telah disekat oleh isterinya yang kasihan pada haiwan itu. Kira tak jadilah dia nak tetak anjing liar yang malang ini. Ingatkan dah cool. Rupa-rupanya dia telah melemparkan seketul daging beracun untuk hidangan anjing tersebut. Kawan Chika dapat tengok bila dia sudah menggelupur dan tengah nazak. Saat ini air mata Chika tumpah lagi... Aduh, zalimya manusia. kenapa harus berlaku zalim. Simbah air pun tak pe untuk halau anjing tu. Sekalipun tak suka atau marah, tak perlu sampai membunuh.

Hai ustaz... silalah sembahyang taubat kerana sebagai manusia kamu sudah melampaui tuhan. Hidup mati sesuatu makhluk itu bukan tugas kamu untuk diselesaikan. Mula lah kawan Chika pun dah berasa was-was nak pergi merawat dengan dia. Sembahyang hajat beria-ia membantu manusia seikhlas hati. Tapi dengan binatang berlaku zalim. Ustaz pesen ape ni? Chika pun tak faham. Mungkin perkara ni cuma ustaz yang sorang ni buat. tapi dengan tak semena-mena pendapat Chika terhadap manusia yang menggelarkan diri mereka ustaz berubah. sayang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mungkin ustaz ni belajar tak habis. Mungkin juga ustaz ini cuma nak membalas dendam terhadap anjing malang itu kerana mengejar anaknye sehingga jatuh basikal. Kesal pula anjing tu tak lapah je anak dia. sebab kalau kene bunuh pun puas hati jugak. kite tau anjing tu gile. Hmmm

Habis hilang semangat Chika nak bekerja hari ni... huwaaaaaaaa...... tibe-tiba teringat kat Bob. Rindu bob. Kawan Chika cakap anjing tu hitam macam Bob. Hmmmmm Bob, bertuah kamu dapat rumah tak macam kawan kamu tu... kami memang sangat bertuah bob. asalnye juga anjing liar seperti anjing malang itu. tapi kerana nak mengorat lucy, uncle bawak kamu masuk buat teman lucy. Pandai kamu takcle anak dara orang. 3 hari duduk depan pagar rumah. 3 hari jugak follow uncle ngan lucy jalan-jalan. Rezeki kamu si Lucy tu gatal. dapat jugak kamu makan roasted ciken tiap2 minggu....

Sunday, July 4

Seminggu berlalu...

TIADA SIFAT MANUSIA DALAM HAIWAN, TETAPI DALAM MANUSIA ADA SIFAT HAIWAN'

Chika sangat tertarik dengan petikan di atas. Chika ambik dari satu iklan kat tv pasal pembuangan bayi. Hmmm betul sangat la tu. Terpaksa setuju.

First of all, i want to apologize for my last entry. Maklumla, kisah nye sedih dan menyakitkan hati. Bila Chika sampai rumah, Chika cubala nak cerita kat mami pasal kes ustaz tu. Sekali kene marah. Mami memang tak boleh dengar langsung pasal benda-benda ni. Tiba-tiba mood dia berubah. Satu rumah terkene tempias Hangin dia yang datang tiba-tiba...huhuh nyesal kawe weh... Well, cant blame her. I was like that too when my friend told me the story. Hurts so deep. But then, Its a new thing i learn about human. Ada jugak manusia yang tak berapa nak manusia ni...

Lepas beberapa hari Chika post entry pasal ustaz zalim tu, keluar pulak entry pasal Pak Tam kat blog Papa Hero. Kasihan sangat bila baca. Teramat sedih sampai tak boleh nak baca sampai habis. Mulut tak habis-habis mencaci manusia yang kejam itu. Sakit betul hati. sebak tak yah cerita la kan. Chika rasa sapa-sapa yang baca kisah Pak Tam kene pukul sampai usus terkeluar ni memang CONFIRM rasa macam nak belasah jiran Papa Hero. Sabar je la... Harap-harap Pak Tam cepat sembuh. nanti leh lawan ngan Hero lagi... Berita terkini Chika dengar Pak Tam dah masuk wad. Harap2 dgn intensive care dari vets tu, Pak Tam akan sembuh dengan cepat. Chika doa sangat-sangat orang-orang macam ni dapat pengajaran cepat sikit. Supaya dia takkan buat lagi. Tak kisah la apa jenis binatang pun, kucing ke, anjing ke, gajah ke... kite ni semua makhluk tuhan. Sama macam binatang-binatang tu kan... Tak de hebat mananye kita ni. Suatu hari nanti semua akan mati jugak. takde sape terkecuali.Oleh itu baikla kite buat baik sesama makhluk kan. tak de pekdahnye pukul, bunuh dorang semua ni. Kalau tak tahan sangat jiran banyak kucing, pindah la. Tak kira pindah mana pun, mesti ada kucing kat mana-mana kan. Soo... kene la terima juga kewujudan haiwan2 ni kan. Lain la kalau pindah duduk kat Kutub Utara ke, Kutub Selatan ke... ha, kalau dah hebat sangat try la belasah beruang kutub tu. Sabar je la...




Comel dah sihat



Alhamdulillah... Gambar ni Chika ambil sehari selepas pegi klinik hari tu. Mata comel dah tak bengkak or merah2 lagi. Sepet? Comel memang suke sepetkan mata dia. masyam jer.. Jangan tertipu dengan wajah dia. muke dia memang tonyok skit... hehe. By the way, thank you Dr Prem... :)


Jalan-jalan bagi kucing makan

Sebenarnye dah seminggu Chika nak post gambar-gambar ni. Tapi internet dok masya'elah syaje... tak syuke tau...

Last week masa uncle outstation tu, memang keje Chika la berulang ke rumah lama. Kene pegi sebab adala beberapa ekor yang tak paham-paham lagi bahawa kite dah pindah. Dah bawak dah dorang balik rumah baru, tapi macam tu la jugak. masuk ikut pintu, keluar ikut balkoni. Uncle siap buat balkoni sendiri lagi. siap wire lagi... ham
peh juga...

Maka terpaksa la berulang dua kali sehari. Penat tu penat jugak. Tapi nak buat camane. Nanti rumah tu tuan baru dah start renovate nanti dorang balik la kot... harap-harap la...

Sebelum pegi kene la siapkan makann dulu. Sekali mok pulak perasan. Ingat makanan untuk dia. Yang ni memang pantang sikit. Stray cat la katakan. Dia takut lapar...


Kali ni Chika pegi jalan kaki je. saje nak exercise. Sampai-sampai je Black dengan mini dah tunggu. Letak je food, terus black serbu. hehehe mini tu bukannye makan sangat. saje je nak manja ngan black.

Sekali mini ajak pegi belakang rumah da... moh kite ikut die...

Come, follow me....

Meh sini la...
Mini nak makan kat situ rupanya. Ok la.. kite letak situ sikit...


Tiba-tiba Chika dengar ada suara si manja memanggil-manggil. Macam kenal je.

Ooooo si deejay rupanya. Okla... sempat la gosok-gosok kejap.

Sekali dia mau ikut daaaa...

Eh... dia pulak nak tunjuk jalan kat kite...

Si Deejay ni saje nak main kat kaki. Nak manja sangat la tu...

Black dah kenyang, Alhamdulillah...

Deejay baik je nak jilat Black..

Mini pun nak jugak.... Tapi Black dah lari...
Nak cekau Deejay adala...
Mini nak gi lepak belakang. Dia memang tak geng ngan Deejay.
'Deejay, Kakak nak balik dah.. jom ...'
Tengokla muka si manja ni...Hudosssss hehehe...


Dia dah buat dah posing maut. Lihatla mata stim deejay ni..

Alien rilek je lepak..Rumah kosong tu la yang dia suka. Dah biasa sangat.

'Wait for me...' deejay mengiau

Black nak ikut leh?

tak yah. jangan jalan laju tau... Deejay memang suke jalan-jalan. sebab tu selalu balik lewat malam.

Helleww stray-nger...
Huhuhu nyampah i...

'Ko nak gi mana wei..'
'huh, jangan bz body hal kucing lain boleh tak?'
'Kecoh la mamat ni. Aku tanya je'

Deejay ni memang sombong ngan kucing yang dia tak kenal sangat.
Jauh lagi ke?

Deejay nak berehat sekejap. Penat la tu...


Jangan mengada-ngada sangat la Deejay.Yelah.... bising la...
Jangan laju sangat..

Yey... dah kat simpang besar.
Ok la, Deejay nak balik rumah lama dulu...
Jangan nak mengada-ngada. Makan dulu...
Yelah... Deejay makan sampai kengang ye....
Lepas je deejay makan. Chika hantar dia lintas jalan balik. Macamane pun dia akan lari balik sana jugak. Might as well Chika hantar dia seberang jalan. Sekurang-kurangnye, Chika tau dia selamat... and Alhamdulillah


Lucy rindu daddy dia

Seminggu uncle tak de. Lucy susah nak makan. Banyak termenung. Puas Chika ngan mami pikir. Risau la takut Lucy tak sihat. Rupa-rupanya rindu daddy dia. sebab bila dia dengar je mami sebut nama daddy, ekor dia goyang-goyang. Bila mami cakap talifon ngan daddy, ekor dia goyang-goyang. Bila mami buat loud speaker bagi dia dengar suara pun ekor dia goyang-goyang. Siap menyahut-nyahut lagi nak cakap ngan daddy dia. Bila daddy dia suruh makan, dia terus bangun. Mami letak je talipon, dia terus makan. Mengada-ngadanya... manja daddy ni...