Friday, September 14
Nomi (Pongos) vs Teteh @ rumah seputeh
Hi Teteh, nak duduk situ dah mintak izin ke ngan Kak Nomi. Nanti dia marah. dia kan 'PONGOS'
Nomi, Teteh kan cakap elok2 tu. Dengan adik2 pun nak berkira. Teteh tu sikit punya baik dan sopan dengan kamu. haihhhh sedih mummy tau
Princess Pongos btollah kamu ni
Thursday, September 13
George yang tersayang... Boboy dan Gigi yang demam
Semalam, dlm 12.30 am George menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Chika sedar George tengah nazak tapi ingatkan dia masih mcm kelmarin, masih bergerak. bila Chika jenguk dia tengah malam semalam, tgk badannya dah keras, mata nya dah x bercahaya. cuma nafasnya yang perlahan. Chika pegi urut2 dah gosok2 badan geroge. dia respon perlahan je dengan menggerakkan kakinya.
13 thn lalu George lahir dalam keadaan yang sangat menyedihkan. di celah2 bumbung rumah orang. Mak nye si MJ stray yang kitorang jaga, sembunyikan dia dan adiknye. tapi adik george tak dapat bertahan. George kemudiannya terjatuh pula dalam longkang yang ada minyak. Mami selamatkan dan mandikan dia. Keadaan George yang lahir macam tu menyebabkan dia mempuanyai asthma. Paling susah merawat dia ketika sakit sebab dia tak suke dan selalu menggigit. Dr. Prem pun takut nak rawat George. George membesar dengar rawatan dari Dr. Prem & Dr. Gheeta sejak dia lahir sampaila dah besar. Terima kasih Dr Prem & Dr Gheeta... Jasa mu kami kenang sampai bila2...
'George, let it go, kalau tak tahan. Kami Redha. Mami, Uncle ngan Kak nor sayang sangat kat George. Terima kasih sebab sudi berkongsi hidup dengan kami. jadi ahli keluarga kami. gembirakan hati kami, Ya Allah, jika inilah saatnya kau tariklah nyawanya. Lepaskan kan lah dia dr derita sakit ini. Hamba mu ini bersyukur Ya Allah, kerana selama ini kau telah pinjamkan George kepada kami. dan kepada Mu jua dia akan kembali.'
'George, ingat lagi masa george kecil².......' Chika cuma mampu bercerita dengan george. dia cuma bernafas perlahan. Chika ambil towel basah dan lap disekitar bibir dan matanya. kering je.. sambil mengusap dan mengelap, Chika bercerita lagi. kemudian Chika dengar nafasnya seolah2 mengeluh. keluhan terakhir dari george. setitis airmatanya bergenang dikelopak matanya yang kering itu.
'George sakit George? Ya Allah, harap George tak sakit.' kemudian Chika sedar yang dia sudah tidak bernafas lagi. Rupanya airmata yang mengalir adalah airmata yang terakhir. Sesungguhnya hambaMu ini redha dengan pemergiannya YaAllah.
Budak Teteh ni plak dah 2 malam tak balik. Semalam akhirnya balik jugak. Letih dan lapar la tu.. Sedar dia dah start bersin2 dah. mmmm masuk bilik Chika.
Buat sementara ni Gigi dan Boboy tengah demam selsema. Suhu badan 40 dan 39. Kesian sangat tengok dorang. Pastu si Gigi ni bersin2 sampai keluar warna darah. mula lah risau. pegang2 badan dia panas sangat. Ambik towel kecik, basahkan dan usap dia seluruh badannya terutamanya kepala dia. Tak lama tengok demamnya dah kebah sikit. Pagi ni pun tak panas sangat dah. Alhamdulillah...
Nah beriba je. sampai kul 1 lebih tengah malam Chika tak tido sebab dia nak tido atas riba. kalau tak, kesian je tengok dia.
Kesian gigi. cepat sembuh ye sayang...
Boboy pun berair2 mata...
Harap2 korang cepatlah sembuh. Mummy sentiasa doakan korang jauh dr penyakit2 berjangkit ni. harap tak kene kat yang lain2.. Sayang korang semua...
George, Kak nor rindu kat george. nanti jangan lupa doakan kami ye sayang. semoga kau tenang disana..
bye george
Wednesday, September 12
Nomi vs Ewok @ rumah baru
Assalamualaikum,
Salam buat kawan2 semua... lama dah Chika tak update blog. Bagi pembaca blog kakak shomeyshayang pasti dah tau yang Chika berpindah rumah. dah 2/3 bulan kut. proses memindahnya lama jugak la. Ni pun x habis2 mengemas rumah lagiAlmaklumlah... apalah sangat kederat kami 3 beranak ni. Jutaan terima kasih buat teman2 yang selama ini sudi membantu kami semasa proses pemindahan rumah. Kawan2 facebook, kawan2 blogger, dan yang lain2.. sesiapa pun anda yang membantu, kami akan ingat sampai bila2.
Sepanjang berbulan2 Chika memdiamkan diri, banyak perkara dah terjadi. Kami dah kehilangan beberapa anak bulus (nanti akan diceritakan di entri akan datang tp bila tak pasti ye), penambahan juga telah berlaku.
Suka duka, letih penat, semua ada. tapi kite tak nak cerita pasal tu sekarang. nanti kite gossip okeh... hehehe
Inilah rumah baru kami. Barang pun banyak kat luar rumah lagi hehehe
Nampak tak lucy tengah tak tahu nak buat apa tu??? nampak tak?? hehehehe
Gini la anak2 kat rumah baru. Seronok rumah besar tapi kadang2 mencari pasal jugak. haihhhhh
Wednesday, February 29
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































