Cute kan?
Sakit betul hati pagi semalam....
kazen: Kak ***(nama panggilan chika dlm family), kucing kak *** ni lapar la. Dari semalam tak makan.
Chika: Apa?
kazen: Kucing kak *** la yang kat bawah ni
Chika: Kucing sape? (sangat2 terperanjat sampai melompat dari kerusi)
Kazen: Kukukukucing Kak ***. Kkkkak Amy cakap kak *** nak kucing ni( tergagap-gagap budak ni)
Chika: Aper dia? Bila aku nak? kucing mana ni? dari bila ni?
Kazen: dari semalam dia kat office bawah kak ***. Tak makan satu apa pun. ni tengah lapar. Kak *** ambik la makanan untuk dia. (sedih suara kazen ku ini.)
Chika: Kak amy memang nak kene ngan aku ni. Tak makan dari semalam? ishhh macam-macam la. ko jaga kucing tu kejap aku nak gi beli makanan dia
Nasib baik la 7 eleven ada. terus gi 7 eleven beli whiskas yang paket kecik2 tu tiga, pastu biskut frieskies tu 3 paket kecik. itu je yang ada pun. Selalunye Chika memang ada dry food dalam kete tapi pagi semalam botol dah kosong. bawak masuk nak tambah tp lupe nak masukkan dalam kete. Pegi je office bawah tengok kotak dia siap sealed lagi. Apa punya manusia la tinggal dia macam ni. Dah tu suka-suke petik nama Chika. Im a cat lover, and this indon cleaner(kak amy) ni memang nak kene marah ngan Chika kot. Selama ni dia ingat Chika ni baik sangat kan, tak pernah marah2 kan....
Dan untuk pertama kali, semua org terdiam semua dengar Chika marah indon tu. terasa ke apa ke lantak la. Ingat anak kucing tu tak terasa lapar ke ko tinggal dia macam tu. Dari petang rabu duduk dalam kotak bertutup tanpa makan dan minum sampai pagi khamis. dah la masih baby. baru 2 bulan lebih. tgk pun tau. Dengar je suara orang dia terus mengiau-ngiau tak berenti. Tak de nak amik2 gambar lagi dah Chika terus buka kotak yang siap sealed kuat tu. Haram jadah btol. Lantak la orang nak kata Chika garang macam rimau ke ape ke. kalau pasal kucing terbiar macam ni memang taring pun boleh keluar. Kalau la Chika leh terkam, dah lunyai dah makcik tu. Hotak tak de ke aper... Tapi nampak la muka dia berubah. Terasa agaknye. Pengajaran untuk mereka yang bodoh kat office tu. Jangan main-main ngan Chika kalau pasal haiwan.
Bila letak je dia kat makanan terus makan. Kelaparan dia. Sian. Manja lak tu. And tengah kuat sangat nak main. Kalaula rumah Chika tak de yang 20 ekor + lucy n bob, mesti dah angkut la... Kesian sangat. call mami bgtau, mami siap pesan. please jangan bawak balik... Chika pun tak nak susahkan mami.
Chika cuba tanya kawan2 yang nak anak kucing. Sayangnye tak de sapa yang nak. Last sekali Kakak cleaner tu kata dia nak bawak balik. comel katanya. Geram sangat. Kalau nak bawak balik, nape bukan dari semalam. kenapa nak biarkan dia lapar sampai satu malam.
Makanan yang Chika beli untuk kucing tu Chika bagi dia. Itu pun ada hati nak buat merajuk. 'Tak apala dik, nanti saya beli dekat kedai kucing kat sebelah tu.' Chika jegil biji mata. 'Jangan nak mengada, saya memang beli untuk dia. bawak balik je la. Lagipun kat rumah tak de apa kan?' diam kejap. 'Adik bawak la balik. Rumah adik kan banyak kucing' Katanya. Saje nak perli-perli Chika. 'Akak, Kucing saya kalau tengok makanan banyak tu tak lalu dia. bukannye nye cukup. kat rumah saya beli berguni-gui. Bukan paket2 kecik macam ni. Kalau saya kata ambil tu ambil je la. Rezeki kenapa nak tolak.' Terus diam lagi. Terasa jugak la macam Chika biadab ngan dia. Tapi geram sangat. Dah petang tu Chika minta maaf jugak la sebab bahasa Chika keras ngan dia. Sakit hati punya pasal. Chika explain kat dia kenapa Chika marah. Tapi biasala dorang ni. Ada je alasan. Apa yang dia buat tu semua tak salah. Dia tak paham lagi. Chika explain lagi, Chika marah sangat2 sebab Kak amy tu sanggup letak kat office, dengan tak tanya Chika pun pastu biarkan satu malam tak makan. Kalau kite buat dia macam tu macamane la rasanya. Terangguk-angguk. kesian pulak.
Tapi hari ni dah ok la. Chika tanya perkembangan anak kucing tu. hmmm tak yakin sangat la pompuan ni cara dia cerita. Silap haribulan dia lepaskan je kat mana2. kesian. Harap2 anak kucing tu sihat dan cukup makan minum dia. Cerdik betul. Dalam office dia tak membuang merata-rata. Dia buang dalam kotak dia. Bijak sangat. mana la i tak sayang. Anak kucing pun pandai gak pikir.
Tapi hari ni dah ok la. Chika tanya perkembangan anak kucing tu. hmmm tak yakin sangat la pompuan ni cara dia cerita. Silap haribulan dia lepaskan je kat mana2. kesian. Harap2 anak kucing tu sihat dan cukup makan minum dia. Cerdik betul. Dalam office dia tak membuang merata-rata. Dia buang dalam kotak dia. Bijak sangat. mana la i tak sayang. Anak kucing pun pandai gak pikir.
alahai shian nya baby meow tu..tak smpai ati kan tgk dia
ReplyDeletetp bila tiap kali rescue stray cat yg mnjadi masalah utama kita berbelah bg utk bwk blk atau tdk. klau ikutkan hati mmg nak bawak tp bila pk yg da sedia ada kat rmh dan kene pk kan jgk keadaan org lain yg tggl bersama kita..terpaksa mengalah
len la klau tggl sndiri atau ada 1 kawasan besar yg mmg dikhaskan dan selesa utk ditempatkan si comel comel tu semua
mesti rasa terkilan sbb x dpt bwk balik dan pastu mesti risau dan teringat2 kcg tu kan, rasanya itu adalah perasaan sama yg akan dirasai oleh semua penggemar kcg terhadap kcg terbiar yg xmampu utk diselamatkan semuanya :(
kesianlah. pandangan mata dia tu...aduhaii...
ReplyDeletetu la kan... memang kalah tapi tak leh nak bawak balik. huuhu harap2 dia okay..
ReplyDeletealo2...tomey2...
ReplyDeletetp tu lar..xkan nk bw blk kan k.ika..
alahai kesiannya dia chika.
ReplyDeletesemoga dia membesar dengan sihat
aminnn
Amin... Ya Rabbal Alamin...
ReplyDeleteBERITA TERKINI : Anak comel ini telah di jaga oleh seorang kakak yang keje dekat opis Chika. Alhamdulillah. Rupa2nye minah indon ni menipu. Benci I tau. siap cerita la kucing ni asyik main selipar dia, berak dalam kotak je, baik, tak nakal. semua itu dusta. Kalu kak Amy ni cakap dia bagi Kak Mona Chika lagi hepi dr dia yang bela. memang la esok kene BOIKOT. Tak percaya lagi kat-kata mu Kak Amy penipu.
comelnya budak kecik tu...
ReplyDeletepakai stokin plk tu...
harap2 dia sihat & happy bersama tuan baru...