Assalamualaikum semua...
Secebis kenangan yang ingin Chika kongsi bersama kawan2 kat sini

Ini merupakan kucing angkat kami kat Robson
(kedai makan tempat kami kutip Spot dan Ruby)

Dari si Besah (ibu) anak dara lagi, sampai beranak empat.
Almost everyday mami akan datang bagi dorang makan 'proper food'
bukan sekadar tulang ikan atau tulang ayam

Ini adik pembuat air yang selalu menjaga budak2 ni
juga menjaga stok2 makanan kucing
bila abis, kami akan top up kan
Penyayang dan baik orangnya
Alhamdulillah, apa yang kami pesan insya-Allah dia tunaikan
iaitu memberi makan bila kami x dpt datang ke sana
Terima kasih adik
Semoga Allah murahkan rezeki adik sekeluarga.
sampai sekarang akak segan nak tanya nama
orangnya manis sangat.. :)

Inilah wajah2 yang selalu buat kami tersenyum

Saat ini tak terkira bahagianya hati
melihat anak2 ini
dari kecil sehinggalah besar begini
actually skrg pun masih kecil lg
baru 1 bulan lebih usianya

Kakak sayang kamu semua

Waktu bermain, kamu sangat menghiburkan



Bila meminta, jangan sampai buat orang benci ye sayang

Bila kenyang... adeh

Dah kenyang buat apa lagi

Terlena sambil terduduk
Tapi terganggu pula

Tapi kini gambar2 ini buat kakak menangis
Hari ahad lepas kami kesana
Tuan kedai dah buang budak2 ni
Adik buat air tu telah mencerita segala-galanya
Sebelum itu dia diarahkan untuk menipu
'Cakap je ada orang dtg amik kutip dorang semua'
tapi dia tak sampai hati
dan katanya dia tak nak dosa menipu
dan dia tahu kami sangat sayang dengan budak2 ni
dan kami dah pesan jaga mereka
'Pagi2 tadi boss bubuh2 dorang dalam guni pastu lepas kan kat Chow kit.
Sori mami saya x sempat buat apa2.
lagi pun saya pekerja je..'
Sayu suaranya
Berair2 mata kami
nasib baik dia cerita lepas dah makan
'kenapa tak bagitau? sampai hati buat dorang macam tu.
sampainya hati.... sy sanggup kutip bela.
sy nak sunatkan dia biar dia x beranak lg. Nak carikan keluarga untuk mereka. kalau x dpt pun kami bela. kan dh pesan dulu'.. keluh mami kesal
Bila dh sampai rumah,Chika telefon abang Mie yg jaga kedai tu
Mintak tolong dia tanya sama 'tokey'
dekat bahagian mana kucing2 tu dilepaskan
kami nak cari
Nak amik dorang bawak balik
Setelah diberitahu dibahagian mana,
kami teruskan usaha
Semua turun padang
sampai di Chow Kit kami berpecah
sedihnya hati.
Satu jam lebih kami meronda.
Setiap langkah diiringi dengan airmata
sambil2 memanggil mereka
rasa macam nak meraung je
biar orang kata aku gile
aku peduli apa
kesedihan yang tertanggung rasanya
hingga ke saat ini, masih terasa kesedihannya
tersekat2 di kerongkong ini
Ya Allah, pertemukanlah kami semula
x putus2 Chika memohon

Tapi sudah tertulis
kami takkan berjumpa lagi
Sayang2 kakak.. harap kamu semua selamat luar disana
Kakak doakan kamu berjumpa dengan 'manusia',
yang berhati mulia

Ketahuilah, kami sekeluarga sangat menyayangi kamu semua
maafkan kami
kami terlambat
'maafkan kakak'
'Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya'
Sekarang kakak dah redha
Allah Maha Mengetahui
Setiap kejadian ada hikmahnya
Peruntukan untuk budak2 ni
akan disalurkan untuk anak angkat Chika kat office
Tami the black cat
akan Chika bawak balik kerumah Jumaat ni

Alhamdulillah
Sekali lagi menitis air mata
Tapi tangisan kegembiraan
Terima kasih mami, terima kasih uncle
'Terima kasih'