Tekan sini

Monday, August 30

Cinta dalam hati

Lyrics / Lirik Cinta Dalam Hati :

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

repeat reff

lagu ni on repeat stgh perjalanan kami ke KB. Terasa sangat2...

Saturday, August 28

Kami dah sampai

Sempat bergambar dalam toilet Petronas. Aku kan pantang, sepanjang bwk kete mana boleh amik gambar... berenti je terus snap snap..Pagi yang gelap, kini sudah terang... lalalalala
Alhamdulillah... dah sampai. Nak tido jap... Kroooh kroooh

Malam nnt kalau larat aku update journal balik kampung. kalau tak larat, esok je la kot... hehehe Lagi pun shopping list yang mami bagi panjang ni...huhuhu menunggu masa nak makan makanan kegemaran ku je...hmmmmm Gudnite...

Rindu Nomi ngan Deejay...


Thursday, August 26

Sesuai ke nak jadi model?

Semalam lepas berbuka, sambil2 mesin membasuh baju2 dan aku mengemas2 dapur... Aku terperasan beberapa gaya si comel ini. Maka, sepantas kilat, aku mengambil henpon merah ku untuk mengambil gambar anak2 ku ini untuk tatapan kengkawan kat sini... sebenarnye ambik2 gambar ni nak cari pose paling cantik untuk diselitkan ke page PapaHero. Al-maklum la... bebudak i pon nak jadi model kalender gak. huhuh meh kite tengok mane paling comel untuk Kalender 2011 Kakimotong.. ngeh ngeh ngeh

AKSI DEEJAY

Muke tengah poyo... kurang sesuai

Muke tengah stim(ngantok)

Hensem tak? Papahero... lulus tak?

Ni macam gambar herotio termenung jer...

AKSI MOK & NOMI Ini bukan deejay. Ini Mok. Sama kan? Aku rasa si Mok i mesti dari keturunan Deejay jugak. Sebab dua2 ekor pendatang dalam kawasan yang sama. Datang rumah kami macam ada orang bagi address je. muke pun sama cheeky... Mok nak berbaik2 ngan Nomi... ye lah tu... Lakonan depan aku je. Macam la aku tatau kalau kat belakang camane. Jangan kan nak ciom, pandang pun jeling... Nyampah i tau....
Aksi Supergirl... Yeah...
Papaherotio, lulus tak?
Tak lulus ke? puas mummy sengetkan badan dia nak amik gambar senget2 ni tau...
'Nomi bukan kesah pon. '
Amboi nomi, sungguh riak kamu ye. Tak sedar jalan dah tak boleh catwalk lagi, kekwat boleh la...giget kang.


Macam2 rupe kusyen dan tilam ada di dalam rumah, atas dustpan juga kamu duduk. Muat ke? bukan kamu gemukke Comel.... Botak atas belakang kamu nampak nya sudah tidak dapat dirawat. Tapi aku tau kau tetap senang hati sebab sudah mempunyai rumah.

Apa-apa pun, aku pasti. Wajah2 ini yang akan kurindui sepanjang 'roadtrip' ku pergi balik KB. Dan aku tau, dorang pun sure rindu gile kat aku nanti. Mujurla nanti akan ada Misty, Freeway dan Anak2 mereka yang dapat ku gentel dan kunyah2 nanti. Ops, terlebih sudah. Sabar Misty, Aunty Chika datang nanti kite gi makan etok ok...

Celoteh Nomi: Mummy, nak ayam percik berek 12 leh tak? Nanny dah pencen buat ayam percik.. :(

Cuti-cuti balik kampung...

Hmmm esok cuti. Bestnyer.... saje je nak bagitau. Hujung minggu ni Chika cuti panjang.

Jumaat Cuti umum
Sabtu Cuti Rehat
Ahad Cuti Umum
Isnin tolak cuti tahunan
Selasa cuti umum (Hari merdeka)

Kali ni aku bukan cuti kosong tak buat apa. Tak sabar sebenarnya nak masukkan dalam ni nanti. Aku dan Marilyn akan mengekspedisikan diri kami. Dia ngan aku nak balik kampung. Kampung yang sudah 6 tahun tidak ku jejaki. 6 tahun ke.... last balik 2004. ye la kan... 6 tahun...

Sudah 6 tahun aku tidak melawat rumah sewa kami, sudah 6 tahun aku tak jumpa ngan pengasuh ku masa kecik, sudah 6 tahun aku tak makan nasi kerabu stadium. Sudah 6 tahun aku tak makan etok kesukaan ku.. sudah 6 tahun aku tak pegi PCB (Pantai Cahaya Bulan). Sudah 6 tahun aku tak melihat tempat yang suatu ketika dulu adalah gelanggang kehidupan alam remaja ku.. cewah...

Aku nak tgk sekolah2 ku. Aku nak jumpa kwn2 lama ku. Aku nak makan sampai gemuk. Aku tau puasa, tapi aku musafir. ecececeh... blom travel dah mengaku musafir. Hahahaha... sebenarnya bulan puasa ni makin meriahla hidangan yang ada. Makin lebih senang dijumpai sebab masa ni la kuih muih yang susah nak jumpa akan ada bersepah2... tapi mahal... hahaha

Hmmm... belum balik aku dah plan nak makan macam2... Dapat ke aku menaikkan berat badan dalam masa tiga hari ni? Apa2 pun doakan aku berjaya ye... naik sekilo pun alhamdulillah...

Perjalanan ku akan bermula pukul 3 pagi waktu KL. Mengikut perancangan Cik Marie lah, sebab dia dah biasa... So, esok aku akan busy mengemas bilik dan apa2 saja yang akan ku tinggalkan. Rasa macam nak bawak je nomi tu. hahaha tapi nanti mesti gaduh ngan misty, tak pun freeway dan anak2nye... hahaha leh gak tengok wresling free... oh tidak. kakinya masih sakit. Harusla mummy tinggalkan duduk kat rumah ngan nanny yer. Tian nomi mummy ni, budak notty memang macam ni. Padan muka dia...

Sebenarnya aku tak sabar dah nak balik KB. Baju tak paking lagi la. esok buat. Tapi aku nak sangat keluar dari KL ni. Especially merdeka ni. Sebab jiwa aku masih belum merdeka. Mungkin kat Kota Bharu aku akan merasa merdeka macam masa skolah dulu2... eh, mana boleh. Hari merdeka aku sudah dalam perjalanan balik. Hmmmm apa-apa pun aku harapkan kebahagiaan dan ketenangan sepanjang cuti ini. Aku harap kawan2 boleh doakan aku selamat pergi dan balik. Aku nervous gak sebenarnya sebab dah lama tak balik naik kete ni. Harap2 aku boleh memandu sepanjang perjalanan. Aku nak kak Marie rehat. sambil2 tunjuk jalan kat aku... hehehe (still tak boleh tido tau Marilyn kekeke)

Hmmm... tak sabar nak balik. Tak sabar nak ngemas barang2... Tak sabar nye... Nanti aku akan pastikan untuk mencatat setiap perjalanan ku supaya dapat aku selitkan disini... hmmm happynya...

Celoteh Nomi: Teringat Papahero cakap Along nyanyi lagu tu... 'Auwa cenanat tan tamu'. semoga Allah melindungi mummy dan Aunty Marie sepanjang perjalanan ni... Amin..Nomi sakit kaki lagi...

Tuesday, August 24

Makan tengahari dibulan Ramadhan...

Semalam tengahari aku turun kebawah. Bukan keluar untuk beli lunch ye... harap maklum. Tapi untuk jumpa rakan sekerja kat bawah. Ada benda yang nak dibincangkan. Setelah settle masalah kami, kitorang nak naik ke atas. Tiba2 terdengar suara anjing macam tersepit. Aku panik. Mula la aku ingat Encik Putih kene langgar. Encik Putih ni merupakan anjing terbiar yang kini bermastautin menjadi jaga di kawasan pejabat kami. Baik anjing ni. Ada seorang lelaki melayu yang selalu memberinya makan dan minum. Kerana risaukan dia, cepat2 aku keluar. Alhamdulillah, Encik Putih tak apa2 (Nanti aku post pasal Encik Putik). Tetapi ada 3 ekor anjing terbiar yang kelaparan dan cuba untuk beristirehat sebelah office ku.

Bulan lepas ada ternampak tiga ekor ni. Mereka ni macam tiga beranak. Ada si ibu, ada si ayah, dan ada yang si anak remaja. Besar sikit je dari Aman Papameow.

Aku tengok dorang ni tak nampak kurus. Mungkin sebab besar. Tapi bila diperhatikan, sekor2 jelas tulang rusuknya. Aduh, kesian. Tiba2 dorang semua masuk duduk bawah kereta didepan office.

Kawan ku yang ternampak kejadian itu mula takut. Terbantut niatnya nak keluar office. Aku yang memang kat luar ni panggil dia. 'takpe, kite tak kacau dia, dia takkan kacau kita. Buat tak tau je k...' Aku faham orang kita takut anjing. Anjing kan besar. Kalau takut, kite jangan kacau. Nanti dia buat gile hahaha... Nasib baik la kawan ku ini dengar nasihat ku. cepat2 dia keluar dan masuk pintu tepi untuk naik ke atas. Aku ikut naik sekali.

Aku naik atas, ambil kunci kereta. Dalam kereta ada makanan kucing sebalang. Aku turun dan melintas depan mereka. Aku risau jugak, sebab aku tak kenal mereka. Takut la skit... tapi diorang pun takut dengan aku. Semua macam nak lari. Aku berjalan ke kereta. Ambik smartheart tu, pastu balik ke office.

Aku panggil dorang ke tepi office. Semua macam nak lari. Yang remaja tu ntah sembunyi ke mana. Takutkan aku agaknya... kesian. Oleh itu aku letak sikit makan di depan office. Si ibu teragak2. Tapi dek kerana lapar, dia bangun. Aku cepat2 pegi tempat lain untuk memberinya ruang untuk makan. Si ibu pandang je makanan tu. Dia jilat sikit. setelah dapat rasa sikit dihujung lidahnya, dia mula naik selera. Dia makan dah tak pandang kanan kiri. Lepas tu Si ayah muncul. Kesian pulak. Aku pergi kat tepi office skit untuk letak makanan. Bukan apa, takut nanti dapat memo pulak bagi makan anjing depan office. Hahaha kiddin' Baikla aku letak kat tepi. Tak mengganggu laluan orang. Tapi si ayah macam tak paham. Si anak pula entah sembunyi kemana. Si ibu je makan. Tapi si ayah teman je si ibu makan.

Oleh kerana tengahari tu panas. Aku penat nak tunggu dorang makan. Aku pun naik la atas, biarkan dorang makan. Bila nak balik tu aku tengok ada sisa sikit je. Alhamdulillah.... memang rezeki korang anak beranak. Dapat makan tengahari di bulan Ramadhan...

Monday, August 23

Ungu- Dilema Cinta



Thanks Meowwmania...

Homemade ~ Jem strawberi mami

Petang sabtu mami buat jem strawberi. Feveret tu. Kat rumah kitorang ni memang makan jem strawberi buatan sendiri je. Yang beli macam tak cukup best. hehehe ye la.. air tangan ibu sendiri. sapa tak suka kan? Oleh sebab ini salah satu feveret ku, aku nak share ngan kawan2 camane cara2 nak buat jem strawberi sendiri. Senang sangat sebenarnya...

Bahan-bahannya

buah Strawberi 1kg
Gula 3/4 kg
Sepotong limau nipis ataupun lemon

Cara-caranya

Potong strawberi kecil2 dan campurkan dengan gula. Dibiarkan di dalam peti ais semalaman

Sampai la jadi macam ni...Masukkan kedalam periuk dan letak kan di atas dapur dengan api yang sederhana. Perah limau tadi kedalam periuk strawberi tersebut.Mami penyekkan sikit supaya cepat masak.Kacau sepanjang masa.Mendidih. Tapi belum masak tau. Jangn biarkan dia berbuih sangat. kacau lagi...Dan lagi...Budak kat belakang bodyguard mami. Lucy nak teman mami je. Tak kacau pun... tak berani nak kacau pun... hehehe Lupakan dia.. sekarang, kacau lagi....Dont stop. Kacau lagi... Nampak dah lain sikit kan. Dah pekat. jangan biarkan dia mendidih nanti tak cantik. macam buat rendang jugak la...Sampai la macam ni... Sementara panas ni, terus masukkan kedalam botol jem. Botol ni boleh di dapati dimana2 saja. Buka fridge anda dan kalau ada botol2 jem atau mayonaise yang nak abis tu, sila kosongkan. basuh dan sterilize(rebus). Lap botol sehingga betul-betul kering. Masukkan jem tersebut sewaktu ia masih panas dan terus tutup botolnya.Jadilah jem homemade macam ni. Bulan2 pose ni boleh la makan waktu sahur. Sedap...

Selamat mencuba...

Celoteh Nomi: Krooh...kroooh...(atas bilik kurungan)

Sunday, August 22

Nomi... budak degil ni...

Sayang baby mummy ni....Tido pun nak pelok je... nak orang urut badan dia yang sakit-sakit...Sudah tiga hari Nomi sakit. Rupa-rupanya malam Khamis masa aku kene gastrik, Mami cakap dia baring je kat sebelah. Kusangkakan Nomi kesian kan Mummy, rupa-rupanya Nomi pun sakit...Terdapat kesan melecet kecik di kulit kepala nya. Botak sikit. Aku letak minyak gamat. Mami kata ada kesan darah kat katilnya. Mungkin dari luka kat kepalanya. Kesian baby mummy ni...Kakinya pun sakit. Jalan terhenjut2...Hari Sabtu merupakan hari kedua dia sakit. Aku notice dia tak sihat pada petang Jumaat tu. Aku tengok dia tido je. Siang tido, malam pun tido. Balik keje hari jumaat pun tak di sambutnya. Ingatkan merayap tapi tido je kat katil mami. Hari pertama dia banyak berehat di bilik mami. Malam tu aku masukkan dia dalam bilik. Malam tu jugak la Cik Marie ngan sorang lagi bff, Cik Melor datang sleepover kat rumah. Maka penuh la bilik ku ngan hot babes. Tapi Nomi tido je dalam bakul Tak gerak2... Makan pun tak lalu.Aku urut je badan dia. Dan malam tu aku tertido sambil urut dia..Nampak tak ada botak skit kat atas dahi dia. Nampak tompok kaler pink sikitNomi nak turun untuk mengambil angin. lebih 24 jam dia berkurung dalam rumah. Tapi nak turun tak larat lagi...

*******************************************************************Hari Sabtu satu hari dia berehat kat belakang. Dah ada port baru. Lebih sunyi tapi tinggi..Nomi berehat di atas bilik kurungan. Bilik kurungan ini mami beli khas untuk anak-anaknya yang suka lari dari rumah. Calon pertama adalah koko. Waktu ini koko masih dikurungkan di dalam pantry sebab Bilik ini belum siap disediakan untuknya.Aku shak Nomi cedera sebab jatuh dari bukit ini sewaktu cubaannya untuk menangkap burung. Berkemungkinan juga sebab luka di kepalanya seolah2 dia jatuh. Bukannya bergaduh. Dan badannya lemah. Kaki sakit, suka di urut... kesian kan. Buas sangat la ni...
******************************************************************Petang tadi dia turun bawah, rehat kat laman belakang.Nomi.... kenyit2 mate lagi. Manja mummy ni...Dah rasa sihat ke?Dah dapat idea la tu...

videoDekat senja dia panjat pulak bukit ni. Sakit hati tengok. Kaki sakit pun nak panjat bukit lagi. Tapi bila mami menbebel, harusla aku membelanya. 'Kesian dia nak makan rumput kut....' Tak sampai hati dengar orang lain marah dia. hehehe manja Mummy ni, itu yang mengada-ngada sangat....
Tengok la. Nasib baik malam dia balik. Deejay pun balik. So tonite Nomi, Deejay and Stokin sleep with Mummy ye...

Celoteh Nomi: Yes Mum..Meoww...