Tekan sini

Monday, August 23

Homemade ~ Jem strawberi mami

Petang sabtu mami buat jem strawberi. Feveret tu. Kat rumah kitorang ni memang makan jem strawberi buatan sendiri je. Yang beli macam tak cukup best. hehehe ye la.. air tangan ibu sendiri. sapa tak suka kan? Oleh sebab ini salah satu feveret ku, aku nak share ngan kawan2 camane cara2 nak buat jem strawberi sendiri. Senang sangat sebenarnya...

Bahan-bahannya

buah Strawberi 1kg
Gula 3/4 kg
Sepotong limau nipis ataupun lemon

Cara-caranya

Potong strawberi kecil2 dan campurkan dengan gula. Dibiarkan di dalam peti ais semalaman

Sampai la jadi macam ni...Masukkan kedalam periuk dan letak kan di atas dapur dengan api yang sederhana. Perah limau tadi kedalam periuk strawberi tersebut.Mami penyekkan sikit supaya cepat masak.Kacau sepanjang masa.Mendidih. Tapi belum masak tau. Jangn biarkan dia berbuih sangat. kacau lagi...Dan lagi...Budak kat belakang bodyguard mami. Lucy nak teman mami je. Tak kacau pun... tak berani nak kacau pun... hehehe Lupakan dia.. sekarang, kacau lagi....Dont stop. Kacau lagi... Nampak dah lain sikit kan. Dah pekat. jangan biarkan dia mendidih nanti tak cantik. macam buat rendang jugak la...Sampai la macam ni... Sementara panas ni, terus masukkan kedalam botol jem. Botol ni boleh di dapati dimana2 saja. Buka fridge anda dan kalau ada botol2 jem atau mayonaise yang nak abis tu, sila kosongkan. basuh dan sterilize(rebus). Lap botol sehingga betul-betul kering. Masukkan jem tersebut sewaktu ia masih panas dan terus tutup botolnya.Jadilah jem homemade macam ni. Bulan2 pose ni boleh la makan waktu sahur. Sedap...

Selamat mencuba...

Celoteh Nomi: Krooh...kroooh...(atas bilik kurungan)

5 comments:

  1. wahh sggh menyelerakan!

    bole cuba nih, tp mana nak cekau straberry kat sini ekk, yg jual kat market xbes da benyek nak kene g cameron nih huhuu..

    ReplyDelete
  2. kitorang beli strawberi kat giant je. Tak pun kadang2 cold storage or pasar malam. berbaloi2 sebab jem ni boleh simpan lama... Mami cakap buah2 lain pun macam ni la jugak buat jemnye...

    ReplyDelete
  3. Inci thalha. Jem buah hati manyak senang wooo... u suruh u punya buah hati buat. Jadi la jem buah hati... :)apa macam? baguskan idea tu... Selamat mencuba..

    ReplyDelete
  4. tetiba rasa nak makan roti dan jem stoberi. iskkk

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h