Tekan sini

Sunday, January 30

Mili dab Micro, Sihat dan sejahtera... Terima kasih yang mendoakan...


Salam semua....

Mula2 sekali Chika nak minta maaf lambat update pasal kepulangan Micro... Tak nak orang risau... Alhamdulillah. Micro sudah selamat pulang ke rumah....
video

Tiba2 Chika jumpa dia sedang duduk di dalam bilik air dekat dengan bekas minumannya... Menjerit jugak la jugak. Macam tak percaya. Mami ngan Uncle pun terperanjat... Cepat2 buatkan makanan untuk Micro. Laparnya... Chika pegang badannya... Berminyak. Bau minyak kereta. Mesti terperangkap kat mana2 ni...

Esoknya Chika mandikan Micro. Seriusly, Chika paling suka mandikan Micro. Maaf tak de gambar atau video Micro mandi.. Dia malu.. hihi.. Micro merupakan yang paling senang unuk di mandikan.. nak tau kenapa? Sebab dia suka air. Kucing lain mandi sampai menggelupur, tapi Micro purring..... hehe budak bertuah tu...
Comel saje nk bagitau dia masih comel...

Ini bukan gambar Micro Mandi. Ini merupakan penyebab Chika lambat update pasal Micro.. Hehehehe Chika dengan mami pergi bercuti. Kitorang berseronok di Port Dickson.. Tapi bukan kitorang je... tengok gambar tu... Ni Darwisyah dengan Awsam dalam bathtub pagi tadi. Hujan je... tak le ke swimming pool dan pantai. Main dlm bathtub pun jadilah... hehehehe

Dan sesampai je kat rumah tadi Chika terus terkam Mili. Tgk perut dia kene shave... kesian dia... Apa2 pun alhamdulillah sebab Mili selamat. Mok la yang paling suka... tgk la muka Mok memerhatikan Mili...

video

Celoteh Nomi: Mummy dah balik yeay..... Zzzzzzzzzzz

Friday, January 28

Pulang la sayang...

Pagi semalam
ku panggil² namanya
berlari² dia datang
'Micro...micro... mari makan sayang...'
Habis semua dia langgar

tapi tengahari semalam
mami telefon bagitau
Micro hilang...???
Apa bernarkah...
mungkin sembunyi dimana²
kejap² lagi mesti dia pulang
Budak itu bukan jenis pendiam
suaranya pasti akan berbunyi

Waktu petang ku hubungi mami lagi
Bertanyakan khabar si Micro
apa sudah pulangkah
tapi hampa
sayu suara mami
Anak kesayangannya tak dapat dijejaki dimana...

Risau, sedih...
dalam hati ada macam² perasaan
Bilaku sampai dirumah
ku jerit² namanya
Micro... Micro... Micro....
Diam...
Anak² yang lain pula menyahut...

Di depan rumah ku jerit
Dibalakang rumah pun ku jerit
Ku panjat bukit tinggi di belakang rumah
Menjerit dari puncak
Biarlah Jiran ku kata ku gila
Abis nak buat macamana
Yang hilang tu buta
kalau yang celik pun aku buat macam ni jugak
apalagi anak istimewa

Hai Micro
Dimana kau sayang
Ku panggil²
Kau tak datang²
Mana kau hilang
Adakah di ambil orang
Aduh.. mintak dijauhkan
Tapi hobinya sibuta ni memang pelik
Suka merayau
Takut tercedera saja
Maklumlakan
Dia bukan nampak siapa lawannya
Ataupun longkang dan lubang
Aduhai
Risau hati ni
Menagis dalam diam
Lapar ke? letih ke? takut ke?
semestinya...
Aku sentiasa mendoakan keselamatan mu

Pagi2 tadi ku jerit² lagi
Tengok sajalah gambar² nya
Suka bertenggek di atas pagar
Kadang² dalam diam
memanjat bukit di belakang
Masuk ke kawasan orang
Ya Allah... semoga Micro selamat
harap kami jumpa dia balik
Masa kat rumah lama
pernah juga hilang
tiga hari sahaja
itupun lepas 5 thn dia duduk situ
sekarang...
tak berani nak kata apa
Rumah tepi jalan besar
kereta laju je yang lalu lalang

pulang la sayang...
kakak risau kamu ni hilang...
pulang la..
Ya Allah, lindungila Micro
Semoga dia jumpa jalan pulang.. Amin...

terima kasih kawan² yang mendoakan...

Thursday, January 27

Mili sayang kat Mok

video

Video ini dirakamkan malam Ahad baru2 ni...

Aksi Mili dan Mok

Mok ni memang suka hulur kepalanya kat Mili.
Sebab dia tau Mili baik...
Tgkla... sambai kat belakang dia kene servis ngan Mili...

Esoknya Mili masuk ward sebab dia ada masalah kencing. Kejap2 nak kencing...
Vet dah check dia. Alhamdulillah,
Pundi kencing Mili ok.
Saluran kencing dia dah pun ok.
Tapi Vet nak tahan dia lagi malam ni. nak tgk perkembangan Mili..
Mungkin esok Mili balik... Insya-Allah..

Mungkinkah dia penyebab Chika kene basuh comforter hari tu?
Basuh ngan tangan ok...
Tapi memandangkan kamu sakit..
Kakak tidak marah kamu.
Kamu budak baik...
Mok, Ampun ye sayang.
Mummy suka tuduh kamu yang kencing..
Rupa2nya yang berpenyakit kencing malam itu Mili..
Sorry ye sayang...

Celoteh Nomi: Hmmmm Tilam ni ke mummy... Ok jer... Tak bau pon...

Oh my daling

Hai....
Sape saya?
Saya pun tak tau tapi kakak yang amik gambar ni panggil saya daling...
Rasa² dah berbulan saya kat sini. Tak pernah dia amik gambar...
Nape la hari ni lak dia amik gambar saya. Dah la tak mandi...

Ada lalat la...

Eh, saya bukan dibela dorang...
Saya ni merantau je
Tapi satu hari tu saya buat keputusan nak menetap di kawasan ni
Kat rumah aunty ni ada makanan
Dulu saya datang sekali sehari
Petang2 je.. Masa tu saya gemuk sebab mengandung
Sekarang saya datang dua kali sehari sebab lepas beranak ni cepat lapar la...

Depan pagar rumah sebelah ni la tempat saya berehat selepas kenyang...
Anak2 saya ada kat semak belakang bukit tu...
Harap2 mereka selamat. Nanti kejap lagi saya balik la bagi dorang susu.
sekarang saya nak rehat dulu
Oh ye... ada yang nama Bob ngan Lucy tu baik la..
Hari tu dorang terlepas tapi tak kacau saya pun.

Saya rasa dia macam nak kawan dengan saya kut...

Nanti lah saya fikirkan dulu...
Buat masa sekarang, saya lebih senang bersendirian...

Celoteh Nomi: Kakak Daling, hari tu nanny nampak kakak bawak plastik makanan bawak masuk dalam semak ye? Kalau nak tapau cakap la kat dorang. Nanti Mummy saya tapaukan....

Wednesday, January 26

Denda RM 200 atau penjara 6 bulan sahaja? Adil ke?

Assalamualaikum semua...

Banyak sebenarnya Chika nak cerita. Pasal Mili warded sebab masalah nak kencing dan kencing malam dan juga pasal si Nomi yang cirit birit semalam. sian dia semalam Chika paksa dia puasa and cuma dpt minum air je... uh.. banyak nya nak story. Tapi cerita itu Chika belum dapat siarkan lagi. Di sini Chika nak kongsi dengan kawan2 Chika semua tentang isu yang kita sendiri dah tak tau nak buat macamana iaitu penderaan terhadap haiwan.

Tau tak kawan², Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai undang2 yang paling ringan untuk pendera haiwan. So sesapa yang rasa nak dera kucing ke, anjing ke... dtg la Malaysia, silap2 tak de pun orang report sebab orang tak nak susah payah buat report or cari bukti. and even kalau ada bukti sekali pun, perundangan negara kita masih boleh membebaskan pesalah terbabit. Sorry if I'm too emotional. Chika rasa ia sangat tidak adil. Maklumat ini Chika dapat dari The Star Online. Klik kalau nak baca yang selanjutnya.

RM 200 atau penjara 6 bulan JE????? SANGAT TIDAK ADIL. tak de rotan2 ke? I think our government should adjust skit law ni. Sorry to say, kalau kene rotan at least pesalah boleh rasa kesakitan yang dorang buat kat haiwan2. Tak kiralah, pet sendiri ke, or haiwan terbiar. Ingat dorang tak de deria rasa ke.... barulah dorang ada kesedaran sikit and takut nak buat lagi. ye tak? Tapi kalau tak de kerjasama dari orang ramai pun susah jugak. Kerajaan mana nak tau sape yang menganiaya binatang.

Mood ni sebenarnya datang pagi tadi masa Chika on the way pegi keje. Dalam kete dengar Fly Fm. So topik pagi ni adalah mengenai kes seorang lelaki yang cuba untuk mengajar poodle nya berdiri. Bila anjing itu tidak buat seperti yang disuruh, dia terus baling dan menghantukkan poodle itu ke dinding. Dengar la suara awek dia yang merakamkan adegan itu dengan lembut sekali.. dear, dont la.. stop it.. alahai amoi.. kalau aku dah teruk dah boyfriend aku tu kene tibai. Silap2 aku cari kayu paling besar sekali... Yes, Chika ganas kan? Ganas ke? Blom cukup ganas lagi... Ikut kan hati, aku kembirikan je jantan ni.
sebab ada batu pun tak guna. Coward. Rasanya dah ramai yang tahu pasal mamat ni. Videonya dlm Youtube sudah tidak disiarkan. Sebelum ni keluar kat Facebook la... Sebenarnya Chika tak tengok pun videonye. Sebab tak sampai hati. Tak sanggup rasanya nak tengok saje macam awek dia...

And this morning Nadia Fly Fm bacakan article dari SPCA Selangor.
Wed, 26th Jan 2011, 01:06am

1. My life is likely to last 10-15 years. Any separation from you will be painful for me. Remember that before you buy or adopt me.

2. Give me time to understand what you want from me.

3. Place your trust in me. It’s crucial to my well-being.

4. Don’t be angry with me for long, and don’t lock me up as punishment. You have your work, your entertainment and your friends. I only have you.

5. Talk to me sometimes. Even if I don’t understand your words, I understand your voice when it’s speaking to me.

6. Be aware that however you treat me, I’ll never forget it.

7. Remember before you hit me, I have teeth that could easily crush the bones of your hand, but I choose not to bite you.

8. Before you scold me for being uncooperative, obstinate or lazy, ask yourself if something might be bothering me. Perhaps I’m not getting the right food, or I’ve been out in the sun too long, or my heart if getting old and weak.

9. Take care of me when I get old. You too will get old.

10. Go with me on difficult journeys. Never say “I can’t bear to watch it”, or “Let it happen in my absence.” Everything is easier for me if you are here.

Remember that I LOVE YOU.
Waaaaaaa menangis Chika dalam kete dengar dia baca satu2... Tiba² hati teringat anak2 kat rumah. Tak kira la, anjing ke, kucing ke.... Uhhh sebaknya hati. Kalau itu yang korang fikir selama ini... I love u too... sob sob. *sambil mengesat airmata
Emo? Yes I am. So what?
Sahabat2 ku.. ketahuilah... haiwan peliharaan kita ni sebenarnya sgt sayang kat kita. Kalau tak sayang, tak de la si Bob salak sekuat2nnye tak kira sape je yang lalu lalang atau guest mana yang datang. sebab dia tak percaya org lain baik macam kitorang ke? tak, sebab dia nak melindungi keluarganya... and i love u guys back... And thank you Bob sebab melindungi keluarga kita... I cant imagine if anything bad happen to any of u... sob sob ... udah la airmata....
Hanya pencinta haiwan sahaja memahami hati pencinta haiwan sepertiku...
Chop, korang rasa, hukuman yang macamana yang adil untuk mereka yang mendera atau bunuh binatang dengan kejam ni? Kalau I la, 10 sebatan blom boleh ubatkan hati yang sedih ni... Rejam kut... huhuhuh
Celoteh Nomi: I love u too Mummy... Thank you semalam jaga Nomi. Asal Nomi gi kat cat litter je, Mummy mesti bangun gi cuci. Takut nomi pijak eh... pastu leset kat cadar mami yang baru basuh tu.... ala... kite tau... Thanks anyway... heeeee



Wednesday, January 19

Mencuci mata di Deerland Malaysia

Selamat tahun baru kawan2... Lama btol tak masuk sini. Habuk banyaknye... Aaacumm..!!

Lately kebizian Chika melampau2. Asal balik keje je, sakit kepala. Asal sakit kepala je, dah dekat time nak balik keje. Almaklumlah, boss sedang cuti bersalin. Partner plak tgh nak kawen. Alamatnya Aii sensorang la mengerjakan duit syarikat... hahahah Shhh.. jgn bgtau sesapa...

Akan tetapi, dalam kebizian itu... Chika sempat juga meluangkan masa bersuka ria dan beriadah bersama keluarga. Syabbas bette...

Tapi yang pergi bukan family sahaja. Cik Marie turut di heret bersama. Kami bawak pelancong dari Australia. Tobby merupakan anak Sally yang kami bawak ke Elephant Sanctuary tahun lepas. Dia tengok je gambar mak dia mandi ngan gajah, terus dia nak pergi... Weeeeeee

Tanggal 8 January 2011, (Sehari sebelum birthday Cik Marie yang tak jauh beza ngan Chika) Chika dan keluarga buat keputusan nak berjalan2 melawat gajah di

Tetapi, bukan situ je kitorang pergi. Kami telah singgah ke Deerland yang agak berdekatan
dengan Elephant sanctuary dan Krau Wildlife Reserve di Bukit Rengit, Lanchang,Pahang. Perjalan untuk ke tempat ini mengambil masa hampir dua jam dari Kuala Lumpur. Tapi Chika jimat setengah jam la... huhuhu

Di sini terdapat bermacam2 jenis haiwan yang di pelihara selain daripada rusa dan kijang. Ada Kancil, burung merak, ayam (mcm2 jenis ok), ular sawa, kucing hutan, burung puyuh, ferret, beruang matahari (sun bear) dan iguana. Kalau ada lagi yang tak di sebut, harap maaf la ye. nak tau lebih mendalam, sila bawa ahli keluarga anda kesana. Kanak2 mesti gembira. Tiket tak sampai pun RM10. Dewasa RM6 dan kanak2 RM 3. Pelancong harga lain. Tak pasti berapa...

Tempat ini di buka setiap hari kecuali hari Jumaat. Beroperasi dari pukul 10:30 pagi hinggalah 5:30 ptg. Kalau nak maklumat lanjut, sila layari laman web ini. http://deerland.org/
Budak ni namanya Micro. Kadang2 dorang panggil dia buta. Dia mesti datang. Kesian dia. buta sebelah... tapi sebelah mata lagi katarak plak.
Sangat mesra dengan manusia. sebab dia tau kalau dia baik, dia dapat makan keledek...
Sexy Iguana
Bweeeekkk!!!
Bengal cat ni duduk macam Misty je... pandai tutup aurat
Sang kancil sedang bersembunyi...
Kembang mekar ekor si merak, tgh nak pasang ayat la tu...
VULTURINE GUENEAFOWL
lupa dah species apa ayam ni
Bagi puyuh putih makan... akit gak huhuhu
Ular sawa.... heeeeeee
Ferret ni baru sudah mandi. Tapi bacinnye... melekat bau. kalau nak pegang, sila bawak sabun ye....

Sun bear yang ditunggu2...
I dapat pegang bear... u all pernah pegang bear??? I pernah... best...
weeeeeeeeeeeee

Celoteh Nomi: Hahahaha Padan muka Lucy kene tinggal... Nomi leh kuar jenjalan... tata....