Tekan sini

Monday, September 26

♪♫♪Kesian Nomi.. kesian Nomi.♪♫♪ eh kesian ke?

Assalamualaikum

Minggu lepas 1 hari Si Nomi x balik rumah.
Chika round2 kat area rumah x jumpa2 jugak
Tapi terjumpa lak minah ni.
Lawa kan?

Pentakut la awak ni... hehe
Round punye round punye round
X balik2 jugak. Tapi malam tu ternampak dia kat atas aircond.
Tinggi tak sampai nak ambik. Masa tu pulak Chika ngan family dah nak keluar gi dinner.
Tapi lepas tu dia hilang pulak. X balik2...

esok subuh2 tu baru dia balik
Ada hati lagi tu. Baru je balik
Dalam masa dia menerima hukuman kerana kaki panjang nya itu, Tiba2 Chika terpandang sesuatu. Ya Allah.. menggigil tangan Mummy tau
Sebesar ibu jari Chika lukanya. Tapi peliknye tengok Nomi relax je. Macam tak sakit pun.
Main lompat2 dlm bilik ngan Mok.

Keesokan harinya Chika bawak Nomi gi vet.
Punca sebenarnya tak pasti. Macam2 i syak.
Mula2 tgk terkejut sebab merah sangat lubang tu tapi Vet kata merah tu bagus. healing la... at least. kalau pucat tu yang bahaya. Ingat ye kawan2... hehehe

Pastu Vet kata suruh balik cuci dan sapu ubat je. x perlu jahit sbb x boleh pun nak tarik kulitnya. Dr Wong cakap Luka Nomi sangat bersih. Nanah dah keluar habis dah.

Alhamdulillah.. selamat semuanya.
Masa dalam perjalanan pulang

Bila sampai umah mengiau je. Nak keluar la tu...



Celoteh Nomi: Nak keluar laaaaaaaaaaaaaaa.........

Tuesday, September 20

jatuh cinta dgn lagu ini

Saje hr ni mood feeling2 nak jiwang selagu
maklumla, hujan renyai2
buat hati rasa sejuk je...

cewah
meh layan meh
kalau x feeling tak tau la
cewah....

Lirik Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

jejak kasih

Alhamdulillah... Akhirnya Betty pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Doktor telah mengesahkan yang Betty tidak mempunyai penyakit berbahaya. Maknanya, dia dan anak2nya sihat wal'afiat la kan

Cuma sekarang Doktor suruh tukar dietnye. Pandainya Betty, pilih makanan yg paling mahal ye. tp antara yang bagus la. Vet bg dia Science Diet i/d dryfood. RM55 utk 1.5kg. pening gak mula2 pikir. tapi tak pe la, asalkan dia sihat kan? Vet suruh bg makanan yg dia makanan sblm duduk ngan kitorang. Adeh... x kan hari2 nak ayam goreng yang? dulu2 kat opis boleh la lunch mkn ayam goreng. hmmmmm tapi, demi kesihatan yang tersayang, Mummy akan cuba tapau ayam goreng utk Betty yer...

Anak2nya pun girang dpt jumpa ibu mereka semula. Dua tiga hari menangis mintak dibelai. Kejap2 boleh la Chika gosok2... lama jenuh gak. Dorang main tipu. Sekor umpan nak gosok, yg lagi tiga ekor mencari jalan melepaskan diri. Tangan kite dah la dua je. bila tiga ekor terlepas, tak tau nak tangkap mana dulu. last2 semua keluar.... hehehehe kecik2 dah nakal tau... Tapi bila dapat je ibu mereka, masing2 dah macam anak lembu. Terkangkang2 Betty... kesian. Dia pun sebenarnya sgt rindukan anak dia tu. Meh kite tengok gelagak dorang. nak plak si putih ni. sbb dia je yg jelas kelihatan kan... ngeh ngeh ngeh




Thursday, September 15

bukan 1st time Betty gi vet

Kite makan dulu
Semalam terpaksa bawak betty ke vet. Depan mata Chika dia berak cair dan berdarah. Berak cair dah 4 minggu dah, mujurnya dia x dehydrated. Tapi tetap merisau kan sebab tu yang ni masuk 4 kali dah dia ke vet atas masalah yang sama. Susah hati tengok dia.
Fuh Kiri
Fuh kanan
Kat atas tu banyak btol kad ucapan dari pelanggan2 Gasing
Tegak je telinga
Bulat je mata
Mata sibuk mencari jalan nak melepaskan diri
Harap sangat Betty tak apa2. Mummy sayang sangat kat Betty. Betty kan 'shadow' mummy.
Dan ini penerangan Dr Prem tentang sebarang kemungkinan penyakit Betty
Harap sangat tak apa2
Blood sample dia ambil sebab takut Betty ada virus Enteritis, FIV, FIP or FeLV.
Sekiranya Betty bebas dr penyakit ni, barulah Dr Prem akan buat scope.
Harap Betty tak ada penyakit2 diatas tu ye. Risaukan Betty dan takut anak2nya dapat penyakit jugak. huhuhu
Celoteh Nomi: Kesiannya, Doakan Betty sihat2 saje dan auh dari virus2 tu. Sian anak2nya nanti... :(

Office-girl

Betty sekarang kat vet
semalam check in
dia cirit birit tahap kronik sebab dah 4 minggu cirit2
boleh dikatakan setiap minggu dia akan ke vet
tapi semalam Dr Prem tahan dia
ada skrg kat Gasing Vet Hospital
Kesian Betty....

Rindu sangat kat dia semalam
itu yang buka semua gambar2 dia masa kat office
comel tak masa dia bunting?





Celoteh Nomi: mcm best je opis mummy. nak ikot....




Thursday, September 8

Betty's babies... yum yum yum

Comel tak?
birthdate: 07/08/11
time: 3:15pm (budak 3suku)
sex: male

Lupa nak bagitau
Tami dah tukar nama jadi Betty sebab mami ngan uncle x comfy ngan nama tu.
Tak gegirl katanya... hehehe so, kami panggil Betty.
Mula2 nak letak Bella = beauty tapi ntah tetiba Chika sebut Yo Soy Betty La Fea pastu dorang terus suka. nak letak Betty la... lagi sesuai..

hehehe
Dan ini gambar Betty lepas beranak
ada ke mula2 nak beranak kat celah tiak Chika
Kelass kau Jah..
Last2 Chika amik bakul, letak kain dan pindahkan dia kat dalam tu
Tapi still atas katil
1st class okay
hehehe habis cadar ku
Lepas2 beranak terus cari nenen.
pandai.

Comel tak?
birthdate: 07/08/11
time: 4:16pm
sex: male

comel tak?
birthdate: 07/08/11
time: 4:51pm
sex: female

comel tak?
birthdate: 07/08/11
time: 5:46pm
sex: male
name: Ewok

Comel tak?

Setelah sebulan dilahirkan
|
|
|
|
|
|
|
v
V
V
Meh layan video ni.
Anda pasti terhibur.