Tekan sini

Thursday, March 31

Jangan layan budak ini

Mummy... mummy.... tengok Nomi ni....
Mummy.... Nomi nak keluar kejap....
Aish, dia buat pekak plak dah.
Tengah ngadap lappy le tu
bukak la pintu ni..
Mummy.... mummy....
huh, mogok kang...

Celoteh Nomi: Buhsan tau kene kurung lam bilik mummy... satu katil share 4. baik lepak luar... Leh amik angin sambil2 cuci mata...
Leh jadi model bangunan tinggi...


Wednesday, March 30

CONTEST KUCING PALING COMEL

Salam satu Malaysia kengkawan...

Kali ni Chika nak buat entry untuk CONTEST KUCING PALING COMEL. Dan seseorang yang telah bertanggungjawab buat saya menyertai Contest yang best ini ialah tak lain dan tak bukan...
(drum roll please)
:
:
:
:

Tengkiu meowwmania yang telah mentag saya. saya mintak mahap agak lambat menyertai disebabkan kesibukan di pejabat dan juga dirumah. Check tadi nasib baik tarik tutupnya lambat lagi. pheww... hehehe


SYARAT DAN PERATURAN

1. Letakkan gambar di atas di dalam blog anda bertajuk CONTEST KUCING PALING COMEL, kemudian link kan ke apisv3.blogspot.com
~ sudah siap

2. Seterusnya letakkan/tangkap gambar kucing anda atau kucing jiran anda atau kucing di kedai pakmat mahupun kedai rostam tukang jait.
~ini kucing saya. namanya NOMI. dia mmg suka bergambar ketika tido. err, dia tak sedar pun gambarnya di amil.. Awww...

3. Tinggalkan link contest anda di dalam komen di bawah (dlm entry Contest kucing paling comel)
~ beres

4. Macam biasa, setiap peserta kena follow blog apisv3.blogspot.com ;)
~ beres jugak

5. Akhir sekali, tag kan 3 orang member blog anda yang anda rasa diorang berminat untuk join.

Hehehehe

Kawan2 yang saya tag ialah:
tiga je ke? huhuhu macam nak letak lagi tapi ini adalah syarat2 nye. kite turut sajer...

Ye, anda yang bernama di atas, anda telah di tag. Meh le kite pakat2 masuk.


Tuesday, March 29

Ruby kelik doh

Hoh! Mu wak gapo tuh?
Sapa dumoh 'straight' gi dapur.
Lapa la Mummy. Denu demo tu wi sekuk jah
Sedak pulok ike ayo ni...
Lepah duo makuk baru mu kaba?
Abih doh? Sie ko dio tgk kaki balut kain meroh.
'Meowww'
Mummy, nok gi make dale bilik mummy
Aaaaa... kelik doh budok klabu nih. Mung namo gapo doh?
Mu jange wak pelik Mok.
Tak dok sapo kaca. Jughuh sungguh anok2 mummy
Celoteh Nomi : sedak gulung...

Note: Harap maaf hari ini Chika menggunakan bahasa negeri. Kalau ada yang tak paham leh rujuk kamus kat bawah ni. kalau tak paham lagi leh rujuk rakan2 sekeliling. jangan tanya Nomi.

kelik : balik/pulang
mu: kamu/awak
wak: buat
gapo: apa
sapa: sampai
dumoh: di/kat rumah
'straight': terus (ye, kami juga tak panggil buku tapi book hehehe)
Denu: di sana
demo: dorang
wi : beri
sekuk : biskut
sedak : sedap
ike ayo : ikan tuna/tongkol
makuk: mangkuk
kaba : sedar/khabar
make : makan
dale : dalam
jange: jangan
kaca: kacau
jughuh: baik/sopan/sgt mendengar kata


Monday, March 28

wake up

video

Korang pernah tak kene macam ni?

Celoteh Nomi: Tak berani nak wat kat mummy.....

Thursday, March 24

Shishiii bersepah

Erk, nape dia Shishii kat situ mummy...
Tak malu lah uncle Alien ni. shishii bersepah. ish ish ish
Itu namanya pancut Nomi. Kamu jangan tiru tau...

Celoteh nomi: Nomi suka bau bleach yang mummy guna untuk basuh bekas air kencing kat lantai...

Ruby oh Ruby: Alhamdulillah

Kawan2, tengoklah mereka bermain.
happy kan? sedangkan Ruby masih di hospital
Mok mengajak Mili bermain dengannya
Mili nak tak nak je...
Meh sini kak Mili, kite main kejar2 nak?
Mentang2 la tak jadi derma darah.
kemain seronok ye...
Kemain hah roommate Chika ni terbongkang. Bertiga2 lak tu.
Kenapa mereka begitu bersenang hati sedangkan Ruby masih di wad.
Kerana mereka lega keadaan Ruby bertambah baik.
Tak perlukan darah Mok pun. Kuat semangat Ruby
Alhamdulillah, Mummy kagum dengan kamu.
Alhamdulillah, Mummy senang hati malam ni. Mok tak kene dema darah, Ruby semakin sihat..

Alhamdulillah.. Syukur sgt2 Ya Allah.

Minta maaf juga tak dapat nak membalas semua komen2 beberapa hari ni. Chika post kat sini je. Southern girl, Chika ada buat research jugak. Nampaknya Kucing ada dua jenis blood type. A dan B. Tapi B sgt jarang. Tapi Chika pun tak pasti sbb article tu pendek je.Blom berpeluang melawat Ruby dan berjumpa dengan Vet. Nanti dah jumpa jawapan Chika masukkan dlm entry. Thank you so much dear. keprihatinan anda sangat dihargai. Btw, Nomi berbintang Leo. greeoowww... hehe
Cikgu GT Hans, Habsahharun, Meowwmania, Cik Marie Misty sahabat setia, AniSquidward , l.u.q, m.q, Mya, ku aminkan doa kalian. Amin2... semoga Ruby cepat sembuh.
Terharu Chika. Terharu sangat. Terima kasih juga B Cayang Pot silent reader dan juga seorang sahabat yang begitu mengambil berat dengan kucing kawan2 nya. semua yang dia kenal, dia ingat. Tahniah, kirim salam kat Tom, monyet comel tu ye. Nanti kite kenalkan kat Nomi nak tak? hohoho Thanks jugak pada silent reader yang lain [kalau ada, ade ke? huhu] terima kasih kerana sudi membaca kisah kucing terbiar ini. [emo sbb teringat kes surat orang busuk yang SS terima. sila baca disini] Tapi kita tak patah semangatkan? Ruby pun tak putus asa. Sebab itu dia bertambah sihat. Alhamdulillah, kita doakan Ruby boleh cepat pulang. Lupakan orang busuk yang malang itu.

Chika juga bersyukur mempunyai ibubapa yang penyayang, yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kucing2 jalanan ini, berjaya mendidik Chika menjadi seorang manusia. keluarga Chika meriah. Fullhouse, walaupun kami cuma bertiga. Thank you Mami, Thank you uncle. just want u to know, We love u so much.

Celoteh Nomi: dah la Mummy. dah dkt dua pagi ni. tutup lampu, meh tido ngan Nomi ni...

Tuesday, March 22

Ruby oh Ruby : never give up

Alahai, apalah nasib mu Ruby. lepas satu, satu.
Bertimpa2 ujian yang datang pada mu.
ku harap tubuhmu yang halus itu mampu bertahan dengan ujian ini.

Kisahnya begini:

Dr Prem dan rakan2 telah mengadakan ujian darah ke atas Ruby.
Keputusannya amat merisaukan. 'Bloodcount' nya terlalu rendah. mungkin kerana pendarahan akibat keguguran yang dialaminya menyebabkan keadaannya sangat lemah sekarang. Dr Prem bagitau satu-satunya cara untuk memulihkan keadaannya secepat mungkin adalah melalui pendermaan darah. Aduh, siapakah yang akan ku pilih untuk mendermakan darahnya untuk Ruby. Sedih juga bila mengenangkan seolah2 aku mengorbankan seekor kucing untuk menyelamatkan seekor kucing yang lain. Tapi uncle cakap penderma haruslah sihat dan muda. Supaya ia tak memudaratkan. Tak sampai hati tapi aku sebut juga nama yang sewajarnya menderma. Maaf, bukan Nomi. Nomi slim, sihat cuma aku tak yakin dia mampu. Lagi pun asyik merayap je.
Juga bukan stokin. Stokin terlalu tua. dan zalim kalau aku calonkan dia walaupun dia yang nak beria-ia.
Stumpy merupakan calon mami yang pertama. Tapi aku tak yakin kerana stumpy kucing jalanan yang baru sahaja tinggal dengan kami. Tak tau kenapa aku tetap tak yakin. Mungkin sebab dia tak cukup gemuk?

Maka bila aku bagitau sapa yang seelok-eloknya dermakan darah untuk Ruby, Mami ngan uncle terus setuju.
Mok, sihat, kuat, masih muda, bergetah, kuat main kejar2[aktif] juga se ekor kucing yang kuat dan bersemangat setiakawan yang tinggi. aku respect dengan Mok ni sebab dia la satu2nya kucing yang sambut aku balik keje. Harapkan Nomi, Hareeemmm.. dulu2 ade la. Tapi sanggup kah aku menghantarnya ke Vet untuk menderma darah? Sanggupkah aku tengok Mok dicucuk tangannya dan di kurung untuk mengeluarkan darahnya? sanggupkah aku. Demi Ruby, mummy harap Mok maafkan mummy. [aku agak dramatik sebab dok terbayang mok yang tak pernah sakit ni terbaring macam org sakit] sob... sob...
Darah? tanak la mummy....
Ala sayang. sikit je k...
Celoteh Nomi: Mummy ni, Nomi jalan kejap je. itupun bising...

Mungkin esok uncle akan hantar Mok ke Vet. Aku pun tak pasti sebab aku kerja time tu. Apa-pun kami nak ucapkan terima kasih kat kawan2 yang tak putus2 mendoakan Ruby dan bertanyakan khabarnya. Terima kasih semua. Koranglah yang bagi semangat untuk aku terus menulis tentang Ruby. Update kisahnya... Terima kasih korang... Nomi nak jugak suh kirim salam kat Aboi. Amboi anak dara Mummy ni. Nak Mummy berbesan ngan southern girl ke? hehehe Abang Misty camane?

Monday, March 21

Ruby oh Ruby [BERITA TERKINI]

BERITA TERKINI

Salam pembaca yang di hormati sekalian

Laporan terkini dari Dr Prem and the geng mengenai Ruby. Hari tu masa bawak gi vet, Dr test stool sample dia sbb cirit birit tapi tiada apa2 yang pelik. Sebelum tu Chika perasan, yang berdarah bukan montot dia tapi 'girl part' dia. Adeh, dlm hati tersentap. Chika ingatkan dia 'period'. Tapi Vet tahan juga sebab dia terlalu dehydrated. masuk air la.

Semalam Dr Prem telefon baritahu yang Ruby keguguran. Kite tak sedar pun dia bunting. Tau la perut kembung, tapi kembung pun lepas makan. sebelum tu kurus je... Kesian Ruby. Vet bagitau lagi, semalam dah keluar sekor anak dalam perut dia. Nanti dia akan scan lagi. Kalau masih ada baby, vet akan bagi ubat biar keluar anaknya secara normal. Sebab mengikut vet keadaan dia masih belum boleh di operate. Bimbang nanti dia mengalami pendarahan yang serius. Oleh itu Vet akan men-zass kan dia lagi tiga empat minggu. bagi dia rehat dulu.

Ya Allah, semoga Ruby selamat dan semoga tiada apa2 yang lagi serius dan teruk dari apa yang sedang di alaminya. Amin. Kesian Ruby, selama ni menahan sakit je.

Maaf kerana entry ini tidak bergambar dan Nomi tidak berceloteh


Friday, March 18

Ruby oh Ruby II

Ru b y y a n g s a k i t
Ha r a p c e p a t s i h a t
Hoh, What happen this time?
Mummy said Ruby is not well. She is so weak. Ruby refuse to eat and drink. Poor thing. Mummy said Ruby's poo was only liquid and mixed with blood. And her bum is still bleeding. Mummy and Nanny so worried about her. Me too. Get well soon Ruby. I do care about u.
Ooooo Speaking eh?
Kesian Ruby. Sayang Ruby. Cepat sembuh ye. Mok teringin gak nak kawan ngan Ruby. Tapi tunggu Ruby dah sihat ye. Mummy cakap esok dia mc lagi. Nanti dia hantar Ruby gi jumpa Dr Prem.
Ruby sakit? Sie ko mung. pah so..so..
Get well soon k dear. Kak Mili saye ko Ruby
Trima kasih kakak-kakak doakan Ruby.
Ruby juga harap supaya cepat sembuh.
Ruby nak rehat kat bawah la Mummy
Sini la tempat rehat Ruby sekarang.
Esok Chika akan bawa dia ke vet.
Tak tau kenapa bontotnya berdarah dan berak2 cair je.
Paksa minum pun susah.
Kasihan Ruby. Mami takut sangat
kalau2 ada sisa tulang yang termasuk dalam perutnya pula.
Selalunya kalau kucing berak berdarah ni kenapa ye?
Hilang akal bila pikir camane dia sampai macam tu. Sebelum ni baik2 saje.
Chika harap dia cepat sembuh.
Ruby sakit? Hoh, what happen kak?
ni kawan Ruby kat Robson
Saya juga doakan Ruby sihat semula. kasihan dia
Celoteh Nomi: Kesian Ruby. Cepat sihat k Ruby...

Wednesday, March 16

You are purrrrrrfect

Pagi ni hujan lebat
Selebat-lebatnya
jalan pun jem
Nak gi keje tadi sempat snap gambar Nomi
Pastu kami layan lagu ni...
Meh kite sama2 layan

Pink - Perfect Lyrics

Made a wrong turn, once or twice Dug my way out, blood and fireBad decisions, that's alrightWelcome to my silly lifeMistreated, misplaced, misunderstoodMiss 'No way, it's all good', it didn't slow me downMistaken, always second guessing, underestimatedLook, I'm still aroundPretty pretty please, don't you ever ever feelLike you're less than, less than PerfectPretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothingYou're perfect to me!You're so mean, when you talk about yourself, you were wrongChange the voices in your head, make them like you insteadSo complicated, look happy, you'll make it!Filled with so much hatred... such a tired gameIt's enough! I've done all I can think ofChased down all my demons, I've seen you do the sameOh, pretty pretty please, don't you ever ever feelLike you're less than, less than perfect to me.Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothingYou're perfect to meThe whole world's scared so I swallow the fearThe only thing I should be drinking is an ice cold beerSo cool in line, and we try try try, but we try too hard and it's a waste of my timeDone looking for the critics, cause they're everywhereThey don't like my jeans, they don't get my hairExchange ourselves, and we do it all the timeWhy do we do that' Why do I do that'Why do I do that... 'Yeah, oh, oh baby, pretty baby... !Pretty pretty please, don't you ever ever feelLike you're less than, less than perfectPretty pretty please, if you ever ever feelLike you're nothing, you are perfect to meYou're perfect, you're perfect!Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothingYou're perfect to me...






Celoteh Nomi: Hmmmm you are purrrrrfect to me too Mummy... I love you so much...Purrrrrrrss........

I love u too Nomi

Tuesday, March 15

Ruby oh Ruby

R u b y b e l u m t a h u k e n c i n g
d a l a m p a s i r k u c i n g

Baru lepas lap lantai dapur bekas dia kencing. dua tempat lak tu. Sebelum keje pun dah buat dah. Susahnya nak sekolahkan dia ni. Poopoo pandai lak kat dalam pasir.

Celoteh Nomi: Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

Sunday, March 13

Meh terjah rumah animal lover..

Terjah?
Suka suki hati je nak terjah-terjah rumah orang. Kirim salam la Chika nak buat perangai lagu tu.. Tapi akhirnya terbuat jugak... hehehe

Semalam Chika, Cik Marie ngan Cik Umi Sakina ke rumah Papameow. Untuk menyampaikan permintaan mami. hehehe apalah yang mami dok mintak tu ye. Bukan apa, mami mintak tolong kirim barang untuk mereka bawa ke operasi gotong royong di Jasin Melaka. Tima kasih ye Thalhah dan Papameow tolong bawakan barang2 tu. berat juga ye...
Setibanya di sana, kami lihat Cik Poppy sedang menjaga kereta Mr T. Memang itulah kerjanya kan. Bagus budak Poppy ni...
Poppy dan Jojo menyambut mesra ketibaan Cik Marie..
Oh... ada tol rupanya...
Chika duduk je bersila, terus kene serang budak tiga ekor ni..
hehehe Chika suke.. tak pe.. serang la... hepi sangat. Terasa diri di sayangi je.. cewah.
Kecik je si Epi ni. sama besar ngan lengan Umi je
AhChong, lama kakak tak jumpa kamu... nape dah rupe anjing laut je nih...
hehehe jangan marah ye Papanye..
Cik Marie ngan Lucky
Ntah nape banyak kali Chika try amik gambar ni tapi asyik tak jadi je.
Cik Umi ngan Adek, Cik Marie ngan Lucky
Masa nak balik. dorang semua tengah lepak...
Maklumla cuaca mendung. Baru lepas ujan lebat. feeling pun sayu je...

Dalam kira2 beberapa puluh minit sebelum masuk waktu Maghrib, kami pun mintak izin untuk pulang. Tiba2 ada seseorang bersuara. 'Eh, kalau kita pergi rumah Cikgu GT ok tak?' Setelah semua sepakat nak terjah Rumah Cikgu GTHans, Cik Marie terus telefon Gikgu. Hehehe Nebess dia kite datang terjah.
Kite jumap Azam ngan Alan. Ok, sekarang Chika kompius. Mana satu Azam, mana satu Alan ni...
huhuhu ampun ye cayang...

Yang putih ni namanya Awan. Awan Dania... hehehe
Oh, budak yang berbentuk segitiga 'diamond' ni tak lain dan tak bukan si Karmila.
Manja... hehehe sorry ye cikgu. Tiga segi pun comel... suke tengok.
Inila pemain futsal wakil daerah desa pandan bawah 2 bulan..
penat sampai terkeluar lidah..
Syok dia pasang telinga dengar kite ngumpat kan..
Oh Awan yang comel, terasa macam nak tapau je. Tapi apakan daya.. Nanti Bob kasitau Mami
Oleh kerana kitorang terjah, Cikgu tak sempat nak goreng bihun(katanya). Kite pun ajak la dinner kat are2 tu. Best gak... semua sedap. Tgkla space depan Chika tu. Nasi putih, daging masak merah, telur dadar, ulam dan sambal belacan, siap air laici lagi. semua RM6.. suke mak..
Dah kenyang tu, apa lagi... balikkk.... sedar2 sampai rumah pukul 11 malam. hehehe
Perkenalan Cik Marie ngan Ruby. Abis dia service kutu Ruby.
Heheheh.. nasib la Ruby....
Celoteh Nomi: Ala... tak suke budak Ruby masuk bilik kite... dia bising...

Sama je korang berdua