Alahai, apalah nasib mu Ruby. lepas satu, satu.
Bertimpa2 ujian yang datang pada mu.
ku harap tubuhmu yang halus itu mampu bertahan dengan ujian ini.
Kisahnya begini:
Dr Prem dan rakan2 telah mengadakan ujian darah ke atas Ruby.
Keputusannya amat merisaukan. 'Bloodcount' nya terlalu rendah. mungkin kerana pendarahan akibat keguguran yang dialaminya menyebabkan keadaannya sangat lemah sekarang. Dr Prem bagitau satu-satunya cara untuk memulihkan keadaannya secepat mungkin adalah melalui pendermaan darah. Aduh, siapakah yang akan ku pilih untuk mendermakan darahnya untuk Ruby. Sedih juga bila mengenangkan seolah2 aku mengorbankan seekor kucing untuk menyelamatkan seekor kucing yang lain. Tapi uncle cakap penderma haruslah sihat dan muda. Supaya ia tak memudaratkan. Tak sampai hati tapi aku sebut juga nama yang sewajarnya menderma. Maaf, bukan Nomi. Nomi slim, sihat cuma aku tak yakin dia mampu. Lagi pun asyik merayap je.
Juga bukan stokin. Stokin terlalu tua. dan zalim kalau aku calonkan dia walaupun dia yang nak beria-ia.
Stumpy merupakan calon mami yang pertama. Tapi aku tak yakin kerana stumpy kucing jalanan yang baru sahaja tinggal dengan kami. Tak tau kenapa aku tetap tak yakin. Mungkin sebab dia tak cukup gemuk?
Maka bila aku bagitau sapa yang seelok-eloknya dermakan darah untuk Ruby, Mami ngan uncle terus setuju.
Mok, sihat, kuat, masih muda, bergetah, kuat main kejar2[aktif] juga se ekor kucing yang kuat dan bersemangat setiakawan yang tinggi. aku respect dengan Mok ni sebab dia la satu2nya kucing yang sambut aku balik keje. Harapkan Nomi, Hareeemmm.. dulu2 ade la. Tapi sanggup kah aku menghantarnya ke Vet untuk menderma darah? Sanggupkah aku tengok Mok dicucuk tangannya dan di kurung untuk mengeluarkan darahnya? sanggupkah aku. Demi Ruby, mummy harap Mok maafkan mummy. [aku agak dramatik sebab dok terbayang mok yang tak pernah sakit ni terbaring macam org sakit] sob... sob...
Darah? tanak la mummy....
Ala sayang. sikit je k...
Celoteh Nomi: Mummy ni, Nomi jalan kejap je. itupun bising...Mungkin esok uncle akan hantar Mok ke Vet. Aku pun tak pasti sebab aku kerja time tu. Apa-pun kami nak ucapkan terima kasih kat kawan2 yang tak putus2 mendoakan Ruby dan bertanyakan khabarnya. Terima kasih semua. Koranglah yang bagi semangat untuk aku terus menulis tentang Ruby. Update kisahnya... Terima kasih korang... Nomi nak jugak suh kirim salam kat Aboi. Amboi anak dara Mummy ni. Nak Mummy berbesan ngan southern girl ke? hehehe Abang Misty camane?
kesiannya Ruby..harap Ruby kuat yer..harap Mok pun kuat..moga segalanya baik2 ajer lepas ni..InsyaAllah..
ReplyDeleteOlo...siannya Ruby. Lepas satu, satu.
ReplyDeleteTabahlah Ruby. Semoga cepat sembuh.
Mok, besar jasamu nanti, Mok. Dapat pahala tau. Harap Mok kekal sihat selepas menderma darah. Amin.
Nomi ..hik hik... "Waalaikumusalam. Hihi.. Kita suka la nengok awak, Nomi. Awak santek la.. Tiut je. Awak berbintang Capricorn ke? Saya berbintang Sagitarius.." kata Aboi dengan pose paling gedik.
sedih :'(
ReplyDeleteMok..demi Ruby Robson...harap Mok ikhlas...lau darah aunty leh bagi insyallah aunty bagi
ReplyDeleteRuby sayang..tabah ye, aunty tak dapat nak visit weekend nie
Nomi: inesen je muka tuh...p la lagi bejalan siang malam sampai tak cukup tanah..sian Mummy awak tu.
Cane nak bermadu ngan Madam Freeway nie? dia banyak masa kat rumah jarang berjalan2
cian ruby, tabah ye syg...
ReplyDeletethanks mok, syg kamu juga...
mula2 anis ingt nk drh mnusia, semgt nk bg...hehe
smoga smue berjalan ngan lancar
ReplyDeleteYa Allah kesiannya Ruby, sedih tahu keadaan dia camni banyak dugaannya...sy doakan smoga Ruby kuat utk menghadapinya insya'Allah mudah-mudahan..
ReplyDeletejuga mendoakan agar proses menderma darah oleh Mok akan berjalan lancar, amin...
moga dua2 pun ok
ReplyDeletemy lil sister tanya lepas I tunjuk post ni.
ReplyDelete"kucing ada blood type tak?"
nanti chika tolong tanya kat doktor prem, leh?
babe,
ReplyDeleteupdate us on ruby and mok ya :) if need assitance, let me know :)
praying for all the animals in the world [-o<