Bulan lepas ada ternampak tiga ekor ni. Mereka ni macam tiga beranak. Ada si ibu, ada si ayah, dan ada yang si anak remaja. Besar sikit je dari Aman Papameow.
Aku tengok dorang ni tak nampak kurus. Mungkin sebab besar. Tapi bila diperhatikan, sekor2 jelas tulang rusuknya. Aduh, kesian. Tiba2 dorang semua masuk duduk bawah kereta didepan office.
Kawan ku yang ternampak kejadian itu mula takut. Terbantut niatnya nak keluar office. Aku yang memang kat luar ni panggil dia. 'takpe, kite tak kacau dia, dia takkan kacau kita. Buat tak tau je k...' Aku faham orang kita takut anjing. Anjing kan besar. Kalau takut, kite jangan kacau. Nanti dia buat gile hahaha... Nasib baik la kawan ku ini dengar nasihat ku. cepat2 dia keluar dan masuk pintu tepi untuk naik ke atas. Aku ikut naik sekali.
Aku naik atas, ambil kunci kereta. Dalam kereta ada makanan kucing sebalang. Aku turun dan melintas depan mereka. Aku risau jugak, sebab aku tak kenal mereka. Takut la skit... tapi diorang pun takut dengan aku. Semua macam nak lari. Aku berjalan ke kereta. Ambik smartheart tu, pastu balik ke office.
Aku panggil dorang ke tepi office. Semua macam nak lari. Yang remaja tu ntah sembunyi ke mana. Takutkan aku agaknya... kesian. Oleh itu aku letak sikit makan di depan office. Si ibu teragak2. Tapi dek kerana lapar, dia bangun. Aku cepat2 pegi tempat lain untuk memberinya ruang untuk makan. Si ibu pandang je makanan tu. Dia jilat sikit. setelah dapat rasa sikit dihujung lidahnya, dia mula naik selera. Dia makan dah tak pandang kanan kiri.
Oleh kerana tengahari tu panas. Aku penat nak tunggu dorang makan. Aku pun naik la atas, biarkan dorang makan. Bila nak balik tu aku tengok ada sisa sikit je. Alhamdulillah.... memang rezeki korang anak beranak. Dapat makan tengahari di bulan Ramadhan...
anjing mkn mknn kucing ea??
ReplyDeleteseb bek jmpa chika, klu x msti kelprn diorang...
Huhuhu... Anis, Lucy ngan bob selalu kosongkan bekas makanan micro. Hehehe itu yang berani nak bagi tu...
ReplyDeletewah..berwajah baru gak.
ReplyDeletealhamdulillah moga murah rezeki sahabatku ini.
merahnya mek chika hehe...shantek ;)
ReplyDeletealhamdulillah ada rezeki dorang, tima kasih chika smoga diperluaskan rezeki chika sekeluarga, ameen...
I suke merah... merah pun suke I.. tapi masih blom finalise lagi. masih mencari identiti. sementara tu kite layan yang merah ni dulu k... kekekeke
ReplyDeleteAlhamdulillah... Amin... Tq Marilyn n Meowwmania...
mulianya hati awak..tak sanggup rasanya bila tgk derang berkelana di tepi jalan
ReplyDelete