Tekan sini

Monday, March 7

New members? ada tikus, kucing dan cicak

Assalamu'alaikum kawan-kawan...

Hari ni Chika nak share video Cik Mili main ngan Tikus Cik Marie...
Hehehe sib baik tak mati tikus Cik Marie...
video
Perli aku le tuh...

Eh, yang ni sape pulak?Tomotnye muka dia... huhuhu
Ini pun tadi Mami Chika dah cuci sikit ngan Tisu basah. Nampak bersih sikit....
Budak ini bukan budak baru. Kitorang memang selalu bagi makan dekat kedai makan yang kitorang selalu pergi. Tempat makan ni kitorang panggil Robson a.k.a dapur kitorang.. hehehehe

Hari ni Chika tak pegi keje. Atas masalah kesihatan yang tak dapatan nak dihuraikan kat sini. Takpe, tak penting. Ada yang lagi penting. Macam biasa kalau Chika ambik cuti atau pun m.c, Chika ngan mami akan pegi makan kat Robson. Seperti biasa minah ni ngan kawan dia sekor lagi mesti ada. Minah ni baru lagi kat area ni. Baru dalam sebulan. Rasanya kucing orang. Ada yang buang dia kat situ. Cantik tau... kesian dia.... sebab kalau kucing situ, kitorang mesti kenal dari Baby lagi la kan?

So, nak di pendekkan cerita.. Kitorang bagi la makan. Makanan kucing ada, ikan goreng pun ada. Tapi nampak dia macam susah sangat nak makan. Makan sikit, termenung... Makan sikit, termenung.. Bila Chika gosok, dia mula makan balik. Pastu termenung balik. Kitorang biarkan sambil memerhatikan dia makan. Sambil2 tu Mami ngan Chika dok bincang la pasal minah ni...

'Sakit ni,' kata mami
'Itu la' Chika pandang mami. Dengan harapan mami buka la mulut untuk bawak dia ke Vet...
'Kejap lagi kite belek mulut dia. Kenapa susah sangat nak makan.' kata mami lagi. Chika angguk.
'OK'

Bila dah selesai makan, kitorang belek2 dia. Chika buka mulut dia luas2. Macam susah jugak dia ni. Tapi lepas tu macam ok. Chika tengok penuh makanan dalam mulut dia. Apa yang dia dok makan depan kitorang tadi penuh dalam mulut dia. Chika pun masukkan jari dan keluarkan makan dalam mulut dia. Sekali Chika rasa keras sangat kat tekak dia. Apalah yang melekat kat sini nih... Aduh! Muka Chika dah cuak. Chika bagitau mami. Mami pun susah hati. Try korek keluarkan lagi. Nampak dia macam sakit. Kesian sangat. lepas tu mami pun suruh bawak dia balik, bawa ke Vet sebab nak hantar Mili sama. Follow up kes. Lega sikit dalam hati. Tapi masih Risau...
Inilah Si Meow dalam perajalanan balik ke umah. Rilex je.
Ini pulak perjalanan ke Vet
Sesampai di Vet
Kiut je minah ni kan
Sebelum bawak adik ni ke Vet, mami dah bagitau Chika. Kita tak leh bela dia ni. Kita boleh tolong je, nanti hantar balik ke Robson. Dalam hati sedih jugak la. Tapi Chika kene faham.
Tapi dalam hati doakan biar Chika dapat bela dia dulu sampai la jumpat orang yang nak bela dia.
Tengokla mukanya yang menyedihkan tu
Dalam Vet dia santai je. Sebab dia tak pernah datang. Kalau yang lain dah tak duduk diam dah....
Bawak jumpa Dr Prem. Dr Prem suspek samada ada ketumbuhan atau pun tulang tersekat. Dr Prem tanyalah nama dia. Kitorang cakap belum ada lagi. Pastu dia tanya kat mana kitorang jumpa. Apa nama kedai tu. Kitorang pun cakapla Robson. 'So, from now on we're gonna call her Robson'. Hehehe ye la, nak register kan? kitorang gelak je.
'At the moment ur name is Robson, girl...'
tergelak i baca sign kat mesin ni

Mili pulak kes dia tetap sama. Tapi Vet cakap pundi dia ok. Tak bengkak. Diet dia tak le Follow. Sot Dr Prem explain, kucing betina ni nasib baik saluran kencing dia pendek dan besar. Pastikan dia minum air dengan banyak. Paksa kalau boleh. Lepas tu bagi Vitamin C. 100mg sehari. Dan yang paling last sekali.. kalau boleh kuruskan badan. Dia dah gemuk. Memang boleh buat tambah masalah. Adeh... how? Botak la kepala Chika macam ni. Pagi2 dok kene tarik rambut la...
Ini makanan untuk Dennis ngan Mili. Mili kene cuba makan ni. Tapi Mimi selalu curi makan. Dia memang suka makanan mahal2 ni. Mungkin sebab itulah Mimi masih sihat dan comel walaupun sudah berusia 14 tahun
Mimi comel kan? kalau anak dah form 2 tau... 14 thn umur dia. Gigi pun banyak lagi tak macam george...
Cuba tiru Mimi tu Mili. Baru umur panjang dan sihat
Dah petang tu Mami telefon Vet. Tanya khabar gadis Robson tu. Vet cakap, betullah. Tulang ikan yang lekat. Sudah dikeluarkan. Boleh datang ambik dia anytime...
Ambik kau... Ini tulang nya. Yang duri tu mencucuk tekak dia dan mencederakan. So, luka la kat dalam tu. Kene bagi antibiotik selama 5 hari. Dia masih lemah sebab kene ubat tido tadi. Semua Dr Prem charge kitorang RM65. Murah. Ngan ubat tido, antibiotik lagi. Alhamdulillah... Dia pun tau kita tolong kucing ni. Dia pun tolong kita...
Poor thing...
Robson.. Hope u sihat cepat k. Susah hati kakak nak tinggalkan kamu kat kedai dlm keadaan macam ni
Balik je dari Vet mami bagitau la apa yang kitorang dah bincang kat uncle. Uncle suruh bela je la... Owh, Chika punya la gumbira... Menyanyi2 dalam hati..
Tapi tak boleh menyanyi lagi. Dia belum sunat lagi... hehehehe

Pastu mami cerita la yang dia ada ber'chatting' ngan Cik Marie masa Chika ke Vet. Cik Marie kata kalau girl, tak sesuai la nama Robson tu. Kalau tukar letak nama Ruby camana? hehehe Chika bagitau mami, kite kene mintak izin Ruby dulu.. Tapi kalau kawan2 ada cadangan nama untuk diberikan pada si gadis manis ni, silakan. Chika belum putuskan lagi nama untuknya. Harap2 adalah cadangan nama yang sesuai untuknya. Kak Kimora pun cakap penting nama tu kan? bagilah Idea kak...Tapi ini bukan pertandingan tau. Tak ada hadiah... Kalau nak hadiah jugak, I bagi budak tak de nama ni. hehehe nak?

Yang ni plak anak gadis Chika. Chika rasa dia bukan gadis, dia ni tomboy. Tengokla apa yang dia buat. Malas nak cerita..
Putus sudah....
Badan dan ekor...
Eh, mana dia hilang...
mana? Mummy.....
Mummy dah buang. Jangan cari lagi. Buang masa kamu je. Dah, pegi naik, tido...

Celoteh Nomi: Sampai ati Mummy amik cicak Nomi...... waaaaaaaaaaaa

22 comments:

  1. ruby pun oke juge..heee..somel sgt :)

    ReplyDelete
  2. siannya dia..mesti lapar sgt..agaknya mkn gelojoh sbb lapar tu yg tercekik..siannya..Alhamdulillah dah kuar tulang tu..ha ah..Ruby pun ok..;)

    ReplyDelete
  3. 1. Ruby tu kurus cam uncle. ekekeke. sila perati gambar bto2

    2. Best je panggil Ruby of Robson

    3. Ade iras kaler Nomi. wakakakakaka. Nomi ade kembar. lalalala

    4. Tak sabar nak jumpa Ruby.

    To Mili: tikus aunty masih elok :)
    jaga kesihatan ye..sayang
    Mili

    Mimi: Cantik.

    Nomi: ye Tomboy. huhu

    ReplyDelete
  4. Hehehe Itula, macam suka jugak Ruby tu. Tapi still open for any suggestion... Thanks Habsah...

    Cikgu GT, Memanglah. Tadi kul 9.30 malam baru boleh bagi dia makan sebab dia still mabuk2 lagi. Satu paket wetfood tak cukup. Tapi Chika tak bagi dia makan lebih sebab taknak dia tambah sakit. Bagi dia science diet lagi. itu pun licin... pastu ubat. Now dah tido. Cikgu pun setuju nama Ruby ye.. hehehe Ruby oh ruby, harap cik ruby baca...

    ReplyDelete
  5. Marilyn, Ruby jadi adik Nomi ke? hehehe tambah la anak I... Cik Marie nanti balik semenanjung, datang la jumpa Ruby ye... hehehe U dah bagi dia nama tu, kene la jumpa... nampak gayanya i kene mesej Ruby ler... ahaks..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...terima kasih pd Chika, mami ngan uncle yg prihatin dan baik hati

    sy doakan smoga Chika sekeluarga sentiasa dilindungi, diberkati dan dimurahkan rezeki oleh-Nya

    besar btl tulang tu kan ntah dah berapa lama ada kat tekak dia, mujurlah chika ngan mami ada kalau tidak mesti kcg tu mati sbb tak boleh nak makan, sedih sgt tgk muka si comel tu.

    tak kisah sah sapa nama janji cepat sembuh ye sayang... ;)

    ReplyDelete
  7. Meowwmania, Terima kasih.... Alhamdulillah. Terima kasih doakan kami dan kucing2. Amin...

    besar kan tulang tu? Semalam suara dia keluar serak2. kesian je. Pagi ni dah lantang. Perut pun dah keras. Makan mcm vacum. hehehe Alhamdulillah. Malam ni nak mandikan dia. semoga dia makin cantik... hehehe

    ReplyDelete
  8. Mekasihlah Cik Chika.. klw tak, tak tahulah nasib dia. Ada makan pun, dia tak boleh makan..
    Nama yer..klw yg jumpa nama Chika, yg dijumpai nama Chiku..he,he..

    ReplyDelete
  9. cian dia...seb bek jmpa chika...
    ntah2 da bape ari dia x bole mkn kan...
    ruby pon comel...mcm dia...hehe
    skunk tgok comot je, t bla da shat msti cumil, berebut org nak...

    ReplyDelete
  10. Kekeke Kak Kim, mesti suka makan buah ciku nih hihihih Alhamdulillah, syukur sgt2 dia dh ok kan? dh dpt makan dan sgt manja ni...

    Anis, itula, muka sedih sgt, comot sangat. nanti dah gebu gebas i post lagi pasal dia... hehehe

    ReplyDelete
  11. sedih baca kisah ruby ni
    bust lastly happy bila tau she is in good hand
    u're a great person chika..



    and also mummy chika :)

    ReplyDelete
  12. mak aii..bosarnya tulang ikan tu..patut la ruby tak dpt menelan.thanks to Chika & family sebab tolong ruby. hanya Allah je yg dpt balas jasa baik kalian.

    ReplyDelete
  13. m.q; memang sedih kisah Ruby. Thank you m.q. dah takdir Ruby mendapat kehidupan yang baru.. syukur sangat2. kurang sekor terbiar di jalanan... terima kasih kat Uncle... =D

    Cik Siti; Aminnnnn....... Alhamdulillah. Chika pun kadang2 terpikir, kalau kitorang tak belek2 dia, macamanalah agaknya. pertemuan yang sudah ditentukan Allah...

    *memang bosar tulang tu weh. Tokak den pun leh tak masuk.. huhuh

    ReplyDelete
  14. Chika,

    Bagi name ape yeh?? ade mimi mili kan?? buh name milo :P ekekek.. robson name lelaki nak buh name ranea ke :P ala2 pempuan sket :P tak pon senang buh je lah gadis :P

    anak2 chika semua comel2 dan gorgeous :P

    ReplyDelete
  15. Hehehe.. Mya.. Milo dah pernah ader dulu. Tapi dah mati eksiden depan rumah. Itu kesayangan Mami Chika.. :(

    Ranea menarik jugak. Boleh letak princess depan tu. Princess Ranea. Mesti Jeles Nomi. Tapi mami ngan Uncle dh panggil Ruby, itu yg Chika pun tak pe la. Ruby pun comel je... janji bernama. Kalau ada rezeki tambah kucing, Princess Ranea mesti dlm list nama2 pilihan... Thanks Mya for ur support. =D

    ReplyDelete
  16. sorry chika,

    yg ruby kat atas tu meow tecekik tulang ni la kan?? erk..mya bace post atas baru post bawah...hahaha...ketinggalan sudah.. :P sorry babe :P

    ReplyDelete
  17. Its ok Mya... Ruby tak kisah pun...
    =D

    ReplyDelete
  18. Oklah nama Ruby :p

    * kenapa tak panggil PEARL je :p

    ReplyDelete
  19. Cantik ah kaler Robson. Esok bila dah sihat n gain more weight, lagi cantik :)

    ReplyDelete
  20. Nerq; itula kan? dulu lagi dok usha dia ni. memang cantik... tak sabar nak menggebu gebas kan dia nih.. ;)

    ReplyDelete
  21. besarnya tulang tu...kesiannya...mst terseksa ruby wkt tu...nsb baik semuanya dh selamat

    ReplyDelete
  22. kak e... tak terfikir pun nama lain masa tuh... hehehe

    deqdeq, Alhamdulillah kan... nasib baik tak teruk sgt tp still kesian sgt dia masa tu

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h