Tekan sini

Thursday, July 28

Wednesday, July 27

Memori tercipta



Assalamualaikum semua...

Secebis kenangan yang ingin Chika kongsi bersama kawan2 kat sini
Ini merupakan kucing angkat kami kat Robson
(kedai makan tempat kami kutip Spot dan Ruby)
Dari si Besah (ibu) anak dara lagi, sampai beranak empat.
Almost everyday mami akan datang bagi dorang makan 'proper food'
bukan sekadar tulang ikan atau tulang ayam
Ini adik pembuat air yang selalu menjaga budak2 ni
juga menjaga stok2 makanan kucing
bila abis, kami akan top up kan
Penyayang dan baik orangnya
Alhamdulillah, apa yang kami pesan insya-Allah dia tunaikan
iaitu memberi makan bila kami x dpt datang ke sana
Terima kasih adik
Semoga Allah murahkan rezeki adik sekeluarga.
sampai sekarang akak segan nak tanya nama
orangnya manis sangat.. :)
Inilah wajah2 yang selalu buat kami tersenyum
Saat ini tak terkira bahagianya hati
melihat anak2 ini
dari kecil sehinggalah besar begini
actually skrg pun masih kecil lg
baru 1 bulan lebih usianya
Kakak sayang kamu semua
Waktu bermain, kamu sangat menghiburkan
Bila meminta, jangan sampai buat orang benci ye sayang
Bila kenyang... adeh
Dah kenyang buat apa lagi
Terlena sambil terduduk
Tapi terganggu pula
Tapi kini gambar2 ini buat kakak menangis
Hari ahad lepas kami kesana
Tuan kedai dah buang budak2 ni

Adik buat air tu telah mencerita segala-galanya

Sebelum itu dia diarahkan untuk menipu
'Cakap je ada orang dtg amik kutip dorang semua'
tapi dia tak sampai hati
dan katanya dia tak nak dosa menipu
dan dia tahu kami sangat sayang dengan budak2 ni
dan kami dah pesan jaga mereka

'Pagi2 tadi boss bubuh2 dorang dalam guni pastu lepas kan kat Chow kit.
Sori mami saya x sempat buat apa2.
lagi pun saya pekerja je..'
Sayu suaranya

Berair2 mata kami
nasib baik dia cerita lepas dah makan
'kenapa tak bagitau? sampai hati buat dorang macam tu.
sampainya hati.... sy sanggup kutip bela.
sy nak sunatkan dia biar dia x beranak lg. Nak carikan keluarga untuk mereka. kalau x dpt pun kami bela. kan dh pesan dulu'.. keluh mami kesal

Bila dh sampai rumah,Chika telefon abang Mie yg jaga kedai tu
Mintak tolong dia tanya sama 'tokey'
dekat bahagian mana kucing2 tu dilepaskan
kami nak cari
Nak amik dorang bawak balik

Setelah diberitahu dibahagian mana,
kami teruskan usaha
Semua turun padang
sampai di Chow Kit kami berpecah

sedihnya hati.
Satu jam lebih kami meronda.
Setiap langkah diiringi dengan airmata
sambil2 memanggil mereka
rasa macam nak meraung je
biar orang kata aku gile
aku peduli apa
kesedihan yang tertanggung rasanya
hingga ke saat ini, masih terasa kesedihannya
tersekat2 di kerongkong ini
Ya Allah, pertemukanlah kami semula
x putus2 Chika memohon
Tapi sudah tertulis
kami takkan berjumpa lagi
Sayang2 kakak.. harap kamu semua selamat luar disana
Kakak doakan kamu berjumpa dengan 'manusia',
yang berhati mulia
Ketahuilah, kami sekeluarga sangat menyayangi kamu semua
maafkan kami
kami terlambat
'maafkan kakak'

'Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya'

Sekarang kakak dah redha
Allah Maha Mengetahui
Setiap kejadian ada hikmahnya

Peruntukan untuk budak2 ni
akan disalurkan untuk anak angkat Chika kat office
Tami the black cat
akan Chika bawak balik kerumah Jumaat ni
Alhamdulillah
Sekali lagi menitis air mata
Tapi tangisan kegembiraan
Terima kasih mami, terima kasih uncle

'Terima kasih'

Vacum cleaner??!!! Oh yeah...!!

Celoteh Nomi; Syoknye Mummy.... nape tak bagitau dari dulu lg. Moga2 dia sedut abis kuman2 kat Nomi ye...

Wordless Wednesday~ pokok kucing



Tuesday, July 26

sian Nomi...

Celoteh Nomi: Biar la budak tu Mummy... baik mummy jaga Nomi. Nomi kan demam. batuk2, selsema. Mok pun sama. Chopstik lak kene jangkitan paru2. harap kawan2 Mummy doakan kami cepat sembuh ye. Maafkan la spot tu. dia morning ngan afternoon pun tak tau beza....
lupa nak cakap. Chopstik tu kucing baru. kesian si comel ni








Saturday, July 9

Dennis dalam kenangan, Alien dalam rawatan..

Ini merupakan gambar kenangan Dennis ngan Alien. Dorang ni musuh ketat.
gambar ini merupakan gambar Dennis yang terakhir. Sudah hampir 2 minggu Dennis tak pulang kerumah. Tak tahulah apa yang jadi ngan dia. Puas dicari tapi tak ada. kalau dia balik je mesti Alien perambat. Manalah Dennis ni... harap2 dia pulang juga nanti.. Amin.
Alien pulak, ini gambar masa dia sihat. Sekarang sedang sakit dan dirawat di Gasing Hospital.
Ini diambil semalam. Kasihan sangat. Diam saje, tamau makan, tamau minum. Tido je

Tapi pagi tadi dia makin teruk. Mengerang, kekejangan, mulut terbuka, mata terbeliak, terkencing dan terberak. Chika menangis tengok Alien kesakitan. Kesian sangat2. Tak tau nak buat macamana. Waktu itu pun uncle memang sudah bersiap2 untuk menghantarnya ke vet untuk dirawat. Chika minta mami temankan sebab tak sampai hati sangat tengok Alien. Chika syak Alien jatuh dari tempat tinggi. Mungkin dari bumbung, atau pun jatuh kat bukit tinggi kat belakang rumah. Sekali Vet cakap benda yang sama jugak. Aduh... kesian kamu Alien
Mami cakap dalam kereta dia meraung kesakitan. Tapi setelah dirawat, Vet masukkan air dan bagi painkiller kat dia barulah tenang. Mami kata masa nak tinggalkan dia kat vet nampak dia sudah dalam keadaan lebih relax. Kamu ni dah tua Alien. Dah masuk 15 tahun dah. Jagalah kesihatan tu. Kakak sedih tau...
Celoteh Nomi: Uncle Alien cepat sihat tau. rehat cukup2. jangan banyak bergerak. makan ubat on time, jangan degil. dengar cakap doktor, Tak nak tegok mummy nangis sedih2 macam tadi. panik okay..

Gaduh sampai bengkak2 muka

Memang teruk pun. Mata dia bengkak kene gigit. tangan, kepala...
Dari pagi tadi dia tido je. Makan pun kene pujuk2 dulu...

Sebab, Nanny sayang la Nanny marah...
Nanny tak suka la tengok anak2 dia sakit2 macam ni.
Penyakit cari sendiri lak tu. Tiap2 petang dok cari pasal ngan kucing jantan kat belakang rumah orang. Memang saje je nak menyakitkan badan tuh...
Sampai tak leh jalan tau....
A'ah... sampai bernanah. Cepat2 Mummy letak minyak gamat, esok bawak jumpa Dr Prem..

Yang korang ni dok sibuk je pasal dia kan? Jangan dok tiru lak perangai gangster tuh. Bukan mummy tak tahu. masing2 suka nak menunjuk kehandalan ngan kucing luar gak kan? Siap la korang kalau balik macam ni rupa.

Celoteh Nomi: Mummy, Nomi tak suka la gaduh2 ni. Tak best la... Nomi budak baik la Mummy. Percayalah...

Friday, July 8

Pesanan khidmat masyarakat oleh Syarifah Nomi


glitter-graphics.com

Celoteh Nomi: Mummy kata hari ni jalan jem, banyak roadblocks. dia maybe sampai umah lambat. kawan2 mummy yg memandu tu berhati2 dlm kete ye. isi minyak siap2 tau..