Tekan sini

Thursday, September 13

George yang tersayang... Boboy dan Gigi yang demam


Semalam, dlm 12.30 am George menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Chika sedar George tengah nazak tapi ingatkan dia masih mcm kelmarin, masih bergerak. bila Chika jenguk dia tengah malam semalam, tgk badannya dah keras, mata nya dah x bercahaya. cuma nafasnya yang perlahan. Chika pegi urut2 dah gosok2 badan geroge. dia respon perlahan je dengan menggerakkan kakinya.

13 thn lalu George lahir dalam keadaan yang sangat menyedihkan. di celah2 bumbung rumah orang. Mak nye si MJ stray yang kitorang jaga, sembunyikan dia dan adiknye. tapi adik george tak dapat bertahan. George kemudiannya terjatuh pula dalam longkang yang ada minyak. Mami selamatkan dan mandikan dia. Keadaan George yang lahir macam tu menyebabkan dia mempuanyai asthma. Paling susah merawat dia ketika sakit sebab dia tak suke dan selalu menggigit. Dr. Prem pun takut nak rawat George. George membesar dengar rawatan dari Dr. Prem & Dr. Gheeta sejak dia lahir sampaila dah besar. Terima kasih Dr Prem & Dr Gheeta... Jasa mu kami kenang sampai bila2...

'George, let it go, kalau tak tahan. Kami Redha. Mami, Uncle ngan Kak nor sayang sangat kat George. Terima kasih sebab sudi berkongsi hidup dengan kami. jadi ahli keluarga kami. gembirakan hati kami, Ya Allah, jika inilah saatnya kau tariklah nyawanya. Lepaskan kan lah dia dr derita sakit ini. Hamba mu ini bersyukur Ya Allah, kerana selama ini kau telah pinjamkan George kepada kami. dan kepada Mu jua dia akan kembali.' 
 'George, ingat lagi masa george kecil².......' Chika cuma mampu bercerita dengan george. dia cuma bernafas perlahan. Chika ambil towel basah dan lap disekitar bibir dan matanya. kering je.. sambil mengusap dan mengelap, Chika bercerita lagi. kemudian Chika dengar nafasnya seolah2 mengeluh. keluhan terakhir dari george. setitis airmatanya bergenang dikelopak matanya yang kering itu.

'George sakit George? Ya Allah, harap George tak sakit.' kemudian Chika sedar yang dia sudah tidak bernafas lagi. Rupanya airmata yang mengalir adalah airmata yang terakhir. Sesungguhnya hambaMu ini redha dengan pemergiannya YaAllah. 

 Budak Teteh ni plak dah 2 malam tak balik. Semalam akhirnya balik jugak. Letih dan lapar la tu.. Sedar dia dah start bersin2 dah. mmmm masuk bilik Chika.

Buat sementara ni Gigi dan Boboy tengah demam selsema. Suhu badan 40 dan 39. Kesian sangat tengok dorang. Pastu si Gigi ni bersin2 sampai keluar warna darah. mula lah risau. pegang2 badan dia panas sangat. Ambik towel kecik, basahkan dan usap dia seluruh badannya terutamanya kepala dia. Tak lama tengok demamnya dah kebah sikit. Pagi ni pun tak panas sangat dah. Alhamdulillah...

 Nah beriba je. sampai kul 1 lebih tengah malam Chika tak tido sebab dia nak tido atas riba. kalau tak, kesian je tengok dia.
 Kesian gigi. cepat sembuh ye sayang...

 Boboy pun berair2 mata...

Harap2 korang cepatlah sembuh. Mummy sentiasa doakan korang jauh dr penyakit2 berjangkit ni. harap tak kene kat yang lain2.. Sayang korang semua...

 George, Kak nor rindu kat george. nanti jangan lupa doakan kami ye sayang. semoga kau tenang disana..

bye george

6 comments:

  1. macam-macam dugaan yg terpaksa dilalui, tabahkan hati yer Chika..tentu Chika sedang risau dan bersedih skrg. Chika kena kuat, ramai lagi yg perlukan Chika.

    George dah kembali di sisi penciptanya, George dah tak sakit lg Chika..masanya dah tiba. Tentu George dah tenang di sana :)

    Jiji dan Boboi aunty doakan moga kamu cepat sembuh yer sayang..

    moga Chika sekeluarga diberi kekuatan untuk menhadapai dugaan ini pasti ada hikmahnya, insya'Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Meowwmania, Amin.... george dah tenang disana. lega jugak sebab tak perlu tengok keperitan dia nak melalui hari2 terakhirnya lagi. klu tak, kesian je..

      Terima kasih doakan budak dua kekor tu. mujurlah dorang x liat nak makan ubat. so far so good lah walopun kondisi dorang x berapa gud sangat. Insya-Allah, kite sama2 doakan... thank you bebeh...

      Delete
  2. Sedihnya..George dah aman di sana..moga yg lain cepat sembuh..yg kat sini pun ader lagi yg tak sihat..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kakak. insya-Allah.... semoga budak2 kt sana pun cepat sembuh, amin...

      Delete
  3. sedih sy baca chika..george dh tenang di sana...semoga semua anak2 bulus kenkwn dlm keadaan sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah Ery... Amin. sekarang ni banyak juga yg demam dan selsema. musim agaknya. semoga anak2 bulus yg lain jauh dr penyakit, amin

      Delete

T e r i m a K a s i h