Tekan sini

Tuesday, June 29

Comel jumpa Dr Prem

Pagi2 lagi chika bangun ngemas rumah sebab uncle outstation hari ni. Ada school trip. bestnye jenjalan... So secara automatik keje chika double trouble... huhuhu tak kisah pun. Tak jejas pun. cuma chika terpaksa masuk keje lambat skit la...

Sekali sepupu chika call kata adik chika dah nak beranak. seronoknye kemain sebab nak tambah anak sedara ni... mami pulak tengah lelah. hmmm pikir punya pikir chika talipon boss. Mintak EL la hari ni. nak antar kucing gi vet lagi ni.... hmm Si Comel sakit mata.

Lepas settle2 ngemas chika siap2 nak gi spital. dalam kul 11 jugak la baru nak kuar umah. tak sabar nak jumpa anak sedara baru ni... baby girl 3.32 kg...


Tahniah kepada adik chika yang selamat melahirkan anak ke-empatnye... Chika? kaki empat dah banyak... lagi pun nak buat baby kene cari daddy nye dulu kan? hahaha

Anyway, back to my main topic of the day

Si Comel ni ha... dah 2 hari sakit mata. Malam Ahad baru chika sedar. Kesian dia. Berair-air matanya. Oleh kerana uncle tak de nak hantar gi vet, chika dok pikir je bila boleh hantar dia. Maklum la, balik keje dah gelap. Klinik pulak dah tutup time tu. Emergency kang berdouble-double lak charge nye...

Maka, Chika mengambil kesempatan adik bersalin untuk cuti menghantar Si Comel pergi vet. Nak selamatkan mata Si Comel ni sebelum melarat..


Sebelum nak hantar Comel. kesian dia, muke sedih je. Tapi dia ni memang muke sedih pun. sebab tu la kitorang ambik bela dia. kesian...




Takut sangat tengok mata Comel. Chika risau sangat takut mata dia bukannya infection kuman. Sebab dia ni selalu lari balik rumah lama. Takutla mata tercalar ke, kene dawai ke... Itu yang tak sabar-sabar nak bawak dia jumpa Dr Prem.



Comel tak berhenti menyanyi. Sampai chika terpaksa tutup radio. Mami cakap kite dengar je la medley Si Comel ni ha.... siap menyahut-nyahut kitorang pun... mengiau sama2 sebab teman dia. takut la dia rasa sunyi... huhuhu





Dah sampai vet. Cuak Si Comel ni tengok ade anjing besar. Dia ingat Lucy je anjing besar agaknye... tengok ade lagi besar....



Ha...Ambik kau..! huhuhu Yang jenis ni plak memang tak friendly. Masyam je tuan dia sebab nak kene tarik dia yang besar tu... tapi puan dia ramah je. kitorang dok borak2 la pasal kucing dan anjing... Dalam ramah tu lupe nak tanya nama... Tiba2 melintas dua ekor 'anjing patung' duk diam2 dalam stroller baby... Sebab dorang behave chika ambik gambar dorang lak...






Baik je dorang ni.... Pastu mak dorang datang bawak air dan turunkan dorang dari stroller tu.


Si kecik ni sempat plak nak buat projek kat depan pintu vet. hahaha Chika terus lari ke belakang tengok Si Comel lak... Tak kuasa i nak menonton aksi-aksi spontan ni..



Dr prem tengah belek-belek mata Comel. Nak titik ubat dulu...



Comel ni paling takut datang Vet. Sebab setiap kali dia datang sure kene tahan sebulan. operate sana sini... Cost hidup comel la paling mahal rasanye... Tapi alhamdulillah... Dalam takut2 pun, dia tahan jugak. cuma sound pecah la.. sambung medley dari dalam kete...

Baik je... Bangga chika tengok



Nasib baik mata dia conjunctivitis je. Dr bagi ubat titik. tak de calar2... Alhamdulillah...



U are soooo lucky, girl.. kali ni tak kene tahan...



Masuk cage lain plak. Cage ni ekceli tertinggal kat Vet masa antar stray cat yang eksiden 2 bulan lepas. Cage kecik, rasa la ringan sikit nak carry.



Tiba2 terserempak dengan puppy ni. Percaya tak, dia ni cuma puppy. Baru 6 bulan dah nak sama besar dengan lucy. Tapi friendly sangat. seronok dia bila chika datang borak-borak dengan dia... nama dia Sam...

Pas tu sambung pulak borak dengan Dr Prem. Sejarah perubatan ahli keluarga kami memang dah lama. Dr prem ni bagus sangat. Few time jugak la dia buat keje kebajikan dengan kitorang. Alhamdulillah, kami selalu doakan Dr Prem murah rezeki. Haritu kitorang hantar stray cat yang eksiden dekat area rumah. Tiga minggu jugak kucing tu admitted. Macam-macam cara dia buat untuk selamatkan kucing tu. Cedera kat lutut je tapi sebab kucing tu pernah kene serang dengan anjing, habis otot2 dia hancur kat dalam. kesian sangat. Akhirnye kucing itu menghembuskan nafas terakhir di vet tersebut. Nangis gak la masa tanam sebab tengok keadaan dia. Tapi bila tanya pasal bill, Dr prem cakap kitorang bayar je la seikhlas hati. berapa-berapa pun tak pe... Boleh macam tu? Alhamdulillah... Kitorang pun bagi la diskaun kat diri sendiri. huhuhu



On the way balik chika keluarkan Comel dari dalam cage. Kesian dia dok nak buka cage. Chika takut kuku dia tercabut je. Dah macam-macam penyakit dia kene. cukul-cukup la...



Cuba tengok Comel betul2. Belakang dia bekas kene siram air panas. Telinga dia senget sebelah sebab operate masa kene infection dalam telinga... nasib baik la sakit mata biasa2 je..



Comel intai ape tu...



Comel tengah cari jalan ye...



Dah nak sampai rumah dah...



Setia menunggu pintu dibuka... Comel boleh tutup radio dah...

6 comments:

  1. alhamdulillah xde pape yang teruk

    ReplyDelete
  2. sedih la baca kisah si comel ni, kuat semangat betul dia..seb bek ada tuan dia yg baik hati nih, comel jgn nakal2 yer ;)

    ReplyDelete
  3. alolo comel.
    kamu sangat comel.bertuah punya tuan yang sangat menyayangi kamu.
    aunty lin pon saynag sangat sama kamu.
    walopon telinga kamu senget.....kamu tetap nampak comel.
    muahh3x

    ReplyDelete
  4. hehehe tengkiu semua sudi sayang Si Comel ni.. dia ni baik sajer. buat hal sendiri. tapi ye la, sejarah dia dulu teruk. Kami pun tak sangka dia panjang umur lagi. pernah kene langgar dengan motor. operate keluarkan abis organ2 dia pastu pasang balik... Dr prem la yang paling berjasa dengan comel. Alhamdulillah, kite cuma menjalankan kewajipan sebagai makhluk Allah. tolong selagi terdaya.. yang tak daya tu yang buat menangis je...

    ReplyDelete
  5. Ya betul, kita usaha stakat yang terdaya. Selebihnya berserah. Alhamdulillah dia dah sihat. Umurnya panjang. Harapkan lepasni sihat terus. Memang susah hati betul bila cumel2 ni sakit.

    Oh ya, dr prem ni macam biasa dengar. Popular juga orang nya dlm bidang dia lah kalau tak silap. Dia buka klinik dimana ya?

    ReplyDelete
  6. Papa meow, Dr prem dulu keje kat Animal Medical centre jln kuching. Pastu dia buka klinik sendiri kat brickfield. Skrg dia pindah kat jalan gasing PJ. dah besar klinik dia. mcm hospital... :) 3 tingkat dah.

    Dah 14 tahun dia jaga kucing2 kami. Alhamdulillah kalau dia popular dlm bidang ni. Sebab dia sangat boleh dipercayai.

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h