Sekian lama deejay tak balik, semalam dia balik rumah. Balik sendiri, tak perlu di jemput di rumah lama. Bangga juga sekejap. Lepas tu dok main2 tepi jalan. susah hati juga tapi biarkan dia(masih dalam pemerhatian). Tak nak kurung nanti dia terus lari keluar. Chika bagi dia kebebasan sikit. Bagi dia peluang untuk kembali rasa seperti rumah dulu.
Dan semalam dia manja sangat. Gosok2 dia je dalam bilik. Mili ngan Nomi dengan hormatnya dipersilakan tido luar ye. Malam ni priority cuma untuk Deejay. Baby boy i ni tau.
Tapi Deejay punya mengiaw. Dari pukul 12 tgh malam sampai la pukul 3 pagi. Kejap2 je dia berenti. Umpan ngan blackwood, usap2 dia.. diam la kejap. Lepas tu menyanyi lagi. Suara tu kalau ala-ala Abe Jamal tu tak pe la jugak. Ini nyaring tak ingat. Bising sampai ke bawah dengar.
Terasa macam jaga baby je. Menangis tak berenti. Baru2 terlelap tu dia naik duduk kat bahu. "NGAUUUW" sekuat2 hati kat telinga. Bila dia nampak kita terjaga dia terus berlari ke pintu. Minta dibuka kan pintu. Tgk jam dah tengah malam. Tak pe la, kalau dia keluar pun kereta tak ada. Nak lintas pun lintas la. Dia keluar je Chika tutup pintu. Lepas 3 minit dia mengiaw nak masuk bilik pulak. Rasanya ada dalam 3 kali Chika kene buka pintu untuk dia. Last sekali Chika biarkan pintu terbuka. Tapi terjaga sebab nyamuk pulak. Alahai serba tak kene. Dah la esok keje. Pukul 3 tak dapat tido lagi ni... Macam ni agaknya kalau ada baby kot.. hehehe Sesungguhnya aku yang tak cukup tido sebab kucing. Melayan Deejay yang jiwa kacau...
Maka sebab itula sekarang ni macam biul sikit. Weengg jugak kepala otak ni. Keje pun tak le buat sangat. Mengantuk + sakit kepala + dengan sakit hati kat Deejay.
Pagi tadi cari kat rumah lama tak de. Rumah baru pun tak ada. Manala merayap ni. Harap2 petang nanti dia balik. Cakap je sakit hati, tapi sebenarnya sayang dan risau. Happy sangat dapat spend time ngan dia walau sekejap. Rindu zaman2 dulu. Tiap2 malam mesti tido ngan Deejay... wajib bersentuh kulit and berlaga pipi...hahaha Punya la Weengg!! semua nak cerita. Abis buka kisah rumahtangga...
Petang ni bila balik keje je Uncle bawak dia balik kerumah. Deejay oh Deejay. Lega hati tengok dia. Dan kali ni dia macam dah boleh lepak rumah ni. Dari petang sampai la sekarang ni lepak dalam bilik je. Pintu buka la. Biar dia rasa mcm bilik dia. leh kuar masuk. hehehe
Chika keluar kejap tadi. tak sangka jugak bila balik rumah dia tunggu dalam bilik. macam dulu-dulu. Hmmm happynya. Apa lagi...
Camera ready..
Take one..
ACTION!
Sila jangan terpedaya dengan mukanya yang kesian.
Sila beri perhatian dengan suaranya. Ini versi perlahan tau...
hahah cian chika...sama je kisah kite nih, meoww tgh nak pujuk si Puteh stay kat rmh dok kurung dia dlm bilik ajak tido sama skali dia asik keje mengiau nak kluar hadoiii...sampai migrain dibuatnya tak cukup tido
ReplyDeletepe nak buat kat miss chika..syg pnya pasal ;)
urgh...kalo i bmalam dsana mana nak tdo bila deejay ade? bilik tetamu? boleh ajak milly sama tak?
ReplyDeletemistuy..sejak dia jadik jantan dah xleh wat teman tdo malam gak. haru jadiknya :)
Meowwmania, susah kan dapat yang panjang langkah ni.
ReplyDeletemarilyn, deejay mengalu-alukan orang perempuan. Mili ngan Nomi je dia tak suka. Mili sombong, Nomi plak dok stalking dia..
ful lega
ReplyDeletepompuan je
leh tahan gak abe mate stim nie