Tekan sini

Monday, July 5

kejamnye manusia...

Pagi tadi Chika tak pasal2 nangis dengar officemate Chika cerita. Hampeh btol la pagi-pagi isnin ni... buat hilang mood nak keje...

Citenye begini, Kawan Chika berubat engan seorang ustaz ni sebab dia terkena ilmu hitam. Ustaz ni la yang dok bagi air tawar, air yasin, segala macam air la supaya kawan Chika ni sembuh. Dah sebulan kawan Chika dok berulang pegi rumah dia kat Semenyeh.

Pagi tadi dia bagitau, semalam Ustaz tu telah membunuh seekor anjing liar disebabkan anjing tu telah kejar anak dia sampai jatuh basikal. Mula-mula dia keluarkan pedang tetapi telah disekat oleh isterinya yang kasihan pada haiwan itu. Kira tak jadilah dia nak tetak anjing liar yang malang ini. Ingatkan dah cool. Rupa-rupanya dia telah melemparkan seketul daging beracun untuk hidangan anjing tersebut. Kawan Chika dapat tengok bila dia sudah menggelupur dan tengah nazak. Saat ini air mata Chika tumpah lagi... Aduh, zalimya manusia. kenapa harus berlaku zalim. Simbah air pun tak pe untuk halau anjing tu. Sekalipun tak suka atau marah, tak perlu sampai membunuh.

Hai ustaz... silalah sembahyang taubat kerana sebagai manusia kamu sudah melampaui tuhan. Hidup mati sesuatu makhluk itu bukan tugas kamu untuk diselesaikan. Mula lah kawan Chika pun dah berasa was-was nak pergi merawat dengan dia. Sembahyang hajat beria-ia membantu manusia seikhlas hati. Tapi dengan binatang berlaku zalim. Ustaz pesen ape ni? Chika pun tak faham. Mungkin perkara ni cuma ustaz yang sorang ni buat. tapi dengan tak semena-mena pendapat Chika terhadap manusia yang menggelarkan diri mereka ustaz berubah. sayang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mungkin ustaz ni belajar tak habis. Mungkin juga ustaz ini cuma nak membalas dendam terhadap anjing malang itu kerana mengejar anaknye sehingga jatuh basikal. Kesal pula anjing tu tak lapah je anak dia. sebab kalau kene bunuh pun puas hati jugak. kite tau anjing tu gile. Hmmm

Habis hilang semangat Chika nak bekerja hari ni... huwaaaaaaaa...... tibe-tiba teringat kat Bob. Rindu bob. Kawan Chika cakap anjing tu hitam macam Bob. Hmmmmm Bob, bertuah kamu dapat rumah tak macam kawan kamu tu... kami memang sangat bertuah bob. asalnye juga anjing liar seperti anjing malang itu. tapi kerana nak mengorat lucy, uncle bawak kamu masuk buat teman lucy. Pandai kamu takcle anak dara orang. 3 hari duduk depan pagar rumah. 3 hari jugak follow uncle ngan lucy jalan-jalan. Rezeki kamu si Lucy tu gatal. dapat jugak kamu makan roasted ciken tiap2 minggu....

4 comments:

  1. bad ustaz..better jgn jd ustaz if xboleh tunjuk moral terbaik. i know dia manusia je tp if dah orang panggil ustaz tu..agak le.

    Bob: u r very lucky to have lucy but remember u have to be good to everybody including all uncle and mami plus kak chika's fren..esp kak marie yg baik nie :)

    ReplyDelete
  2. dah nama pon haiwan, dikurniakan otak tp bukan akal..kita manusia yg ada akal ni yg perlu berfikir jgn ikutkan amarah aje

    sabar itu kan sebahagian dari iman, pelik juga kenapa ustaz tu tak xdpt mengawal emosi dia kan..waahualam

    ReplyDelete
  3. erm..ustaz..uztaz.
    berkopiah kehulu kehilir..
    sembahyang cukup 5 waktu tapie makhluk tuhan pon kamu bunuh sangat kejam.
    erm..apa punya ustazlah macam nie.

    ReplyDelete
  4. sedihnya....

    setuju dgn pendapat kawan2 semua...

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h