Tekan sini

Sunday, July 4

Seminggu berlalu...

TIADA SIFAT MANUSIA DALAM HAIWAN, TETAPI DALAM MANUSIA ADA SIFAT HAIWAN'

Chika sangat tertarik dengan petikan di atas. Chika ambik dari satu iklan kat tv pasal pembuangan bayi. Hmmm betul sangat la tu. Terpaksa setuju.

First of all, i want to apologize for my last entry. Maklumla, kisah nye sedih dan menyakitkan hati. Bila Chika sampai rumah, Chika cubala nak cerita kat mami pasal kes ustaz tu. Sekali kene marah. Mami memang tak boleh dengar langsung pasal benda-benda ni. Tiba-tiba mood dia berubah. Satu rumah terkene tempias Hangin dia yang datang tiba-tiba...huhuh nyesal kawe weh... Well, cant blame her. I was like that too when my friend told me the story. Hurts so deep. But then, Its a new thing i learn about human. Ada jugak manusia yang tak berapa nak manusia ni...

Lepas beberapa hari Chika post entry pasal ustaz zalim tu, keluar pulak entry pasal Pak Tam kat blog Papa Hero. Kasihan sangat bila baca. Teramat sedih sampai tak boleh nak baca sampai habis. Mulut tak habis-habis mencaci manusia yang kejam itu. Sakit betul hati. sebak tak yah cerita la kan. Chika rasa sapa-sapa yang baca kisah Pak Tam kene pukul sampai usus terkeluar ni memang CONFIRM rasa macam nak belasah jiran Papa Hero. Sabar je la... Harap-harap Pak Tam cepat sembuh. nanti leh lawan ngan Hero lagi... Berita terkini Chika dengar Pak Tam dah masuk wad. Harap2 dgn intensive care dari vets tu, Pak Tam akan sembuh dengan cepat. Chika doa sangat-sangat orang-orang macam ni dapat pengajaran cepat sikit. Supaya dia takkan buat lagi. Tak kisah la apa jenis binatang pun, kucing ke, anjing ke, gajah ke... kite ni semua makhluk tuhan. Sama macam binatang-binatang tu kan... Tak de hebat mananye kita ni. Suatu hari nanti semua akan mati jugak. takde sape terkecuali.Oleh itu baikla kite buat baik sesama makhluk kan. tak de pekdahnye pukul, bunuh dorang semua ni. Kalau tak tahan sangat jiran banyak kucing, pindah la. Tak kira pindah mana pun, mesti ada kucing kat mana-mana kan. Soo... kene la terima juga kewujudan haiwan2 ni kan. Lain la kalau pindah duduk kat Kutub Utara ke, Kutub Selatan ke... ha, kalau dah hebat sangat try la belasah beruang kutub tu. Sabar je la...




Comel dah sihat



Alhamdulillah... Gambar ni Chika ambil sehari selepas pegi klinik hari tu. Mata comel dah tak bengkak or merah2 lagi. Sepet? Comel memang suke sepetkan mata dia. masyam jer.. Jangan tertipu dengan wajah dia. muke dia memang tonyok skit... hehe. By the way, thank you Dr Prem... :)


Jalan-jalan bagi kucing makan

Sebenarnye dah seminggu Chika nak post gambar-gambar ni. Tapi internet dok masya'elah syaje... tak syuke tau...

Last week masa uncle outstation tu, memang keje Chika la berulang ke rumah lama. Kene pegi sebab adala beberapa ekor yang tak paham-paham lagi bahawa kite dah pindah. Dah bawak dah dorang balik rumah baru, tapi macam tu la jugak. masuk ikut pintu, keluar ikut balkoni. Uncle siap buat balkoni sendiri lagi. siap wire lagi... ham
peh juga...

Maka terpaksa la berulang dua kali sehari. Penat tu penat jugak. Tapi nak buat camane. Nanti rumah tu tuan baru dah start renovate nanti dorang balik la kot... harap-harap la...

Sebelum pegi kene la siapkan makann dulu. Sekali mok pulak perasan. Ingat makanan untuk dia. Yang ni memang pantang sikit. Stray cat la katakan. Dia takut lapar...


Kali ni Chika pegi jalan kaki je. saje nak exercise. Sampai-sampai je Black dengan mini dah tunggu. Letak je food, terus black serbu. hehehe mini tu bukannye makan sangat. saje je nak manja ngan black.

Sekali mini ajak pegi belakang rumah da... moh kite ikut die...

Come, follow me....

Meh sini la...
Mini nak makan kat situ rupanya. Ok la.. kite letak situ sikit...


Tiba-tiba Chika dengar ada suara si manja memanggil-manggil. Macam kenal je.

Ooooo si deejay rupanya. Okla... sempat la gosok-gosok kejap.

Sekali dia mau ikut daaaa...

Eh... dia pulak nak tunjuk jalan kat kite...

Si Deejay ni saje nak main kat kaki. Nak manja sangat la tu...

Black dah kenyang, Alhamdulillah...

Deejay baik je nak jilat Black..

Mini pun nak jugak.... Tapi Black dah lari...
Nak cekau Deejay adala...
Mini nak gi lepak belakang. Dia memang tak geng ngan Deejay.
'Deejay, Kakak nak balik dah.. jom ...'
Tengokla muka si manja ni...Hudosssss hehehe...


Dia dah buat dah posing maut. Lihatla mata stim deejay ni..

Alien rilek je lepak..Rumah kosong tu la yang dia suka. Dah biasa sangat.

'Wait for me...' deejay mengiau

Black nak ikut leh?

tak yah. jangan jalan laju tau... Deejay memang suke jalan-jalan. sebab tu selalu balik lewat malam.

Helleww stray-nger...
Huhuhu nyampah i...

'Ko nak gi mana wei..'
'huh, jangan bz body hal kucing lain boleh tak?'
'Kecoh la mamat ni. Aku tanya je'

Deejay ni memang sombong ngan kucing yang dia tak kenal sangat.
Jauh lagi ke?

Deejay nak berehat sekejap. Penat la tu...


Jangan mengada-ngada sangat la Deejay.Yelah.... bising la...
Jangan laju sangat..

Yey... dah kat simpang besar.
Ok la, Deejay nak balik rumah lama dulu...
Jangan nak mengada-ngada. Makan dulu...
Yelah... Deejay makan sampai kengang ye....
Lepas je deejay makan. Chika hantar dia lintas jalan balik. Macamane pun dia akan lari balik sana jugak. Might as well Chika hantar dia seberang jalan. Sekurang-kurangnye, Chika tau dia selamat... and Alhamdulillah


Lucy rindu daddy dia

Seminggu uncle tak de. Lucy susah nak makan. Banyak termenung. Puas Chika ngan mami pikir. Risau la takut Lucy tak sihat. Rupa-rupanya rindu daddy dia. sebab bila dia dengar je mami sebut nama daddy, ekor dia goyang-goyang. Bila mami cakap talifon ngan daddy, ekor dia goyang-goyang. Bila mami buat loud speaker bagi dia dengar suara pun ekor dia goyang-goyang. Siap menyahut-nyahut lagi nak cakap ngan daddy dia. Bila daddy dia suruh makan, dia terus bangun. Mami letak je talipon, dia terus makan. Mengada-ngadanya... manja daddy ni...





3 comments:

  1. rumah lama tu tetap menjadi pujaan hati deejay yer hehe..

    alahai siannya tgk lucy, sedih aje muka dia tuh..haiwan pon pandai rindu kan so suwittt!

    ReplyDelete
  2. hehe itula. banyak kenangan dia. dkt 8 thn dok sana.

    ReplyDelete
  3. deejay tu cane xkurus memanjang..hobi suka jalan2.

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h