Seronok sangat tengok budak2 ni wrestling. Ni aktiviti petang dorang. Tak penat langsung melayan kerenah mereka ni
Wednesday, September 29
Friday, September 24
Nak mintak pendapat peminat-peminat kucing sekalian...
Wednesday, September 22
Comel sakit dan Deejay yang tak balik-balik
Semalam Uncle dah hantar Comel ke Vet. Kesian dia. Semalam mami explain apa yang jadi kat Comel.
Saluran darah kat Cuping telinga dia pecah. Alhamdulillah, ia tak membahayakan nyawa dia. Cuma sakit la. Gile tak sakit. Telinga kembung macam ikan buntal. Ini adalah kerana Comel terlalu banyak menggaru dengan kuat dan menggoncangkan kepala dia sampai benda tu pecah. Hmmm kesian comel. Dah la gatal kat dalam telinga, sakit pulak tu.
Hari ni baru dapat operate sebab Jadual kat klinik tu dah penuh. Tak pe la, asalkan Comel selamat. Nasib baik comel dapat bertahan. Kalau ikut jadual, sekarang Comel tengah pengsan lagi. Baru lepas operate. Esok baru ambil kot. Harap kali ni dapat jaga comel kat rumah. Lagi pun sekarang dah ada Kondo Koko. Leh tumpangkan Comel kat situ. .
Dalam kekalutan berita Comel ni Chika masih sedar dan merindui seseekor. Sedar kesayangan ku si Deejay tak pulang-pulang. Dah seminggu. Bila ingat dia je nak nangis. Merah mata menahan airmata. Mungkin bagi yang tak faham akan berasa pelik. Macam tadi kat office, rakan ku pelik tengok mataku merah sebab sedih terkenangkan 'Kucing' ku yang tak pulang2. Maklumla, ia hanya kucing bagi mereka. Tapi hanya orang-orang tertentu sahaja dapat memahami.
Deejay sudah wujud dalam hidup ku masa aku masih belajar. Sudah 7 tahun tapi mamat tu awet muda. Tak nampak macam dia dah tua. Pada aku dia masih budak2. Dia tetap baby deejay yang selalu ku buli. Budak yang suka tidur atas muka ku. Budak yang suka urut perutku dan baring celah ketiak ku.. Budak yang bawak balik tikus hidup2 letak atas katil ku pastu main kejar2. Budak yang hampir2 nak kene tukar jantina sebab sakit batu karang. Budak ni telah menemani ku saat aku jatuh dan bangun, saat aku riang ketawa dan menangis, Walau pun dia tak paham. Dia jugak saksi kenakalan ku. Dan budak ini tak mau orang lain melainkan ku. Dia sekor yang mula2 sekali nak tido dalam bilik ku. Nak hidup ngan aku. Nak teman malam2 ku. Dan dia jugak tak pernah buat perangai. Sangat menjaga kebersihan kecuali bab tikus. Itu dia tak le elak. Memang nampak yang dia paling sayang aku. Dia baik rumah, dia cari aku. Dia tau, aku sayang sangat kat dia. Budak ini sangat setia padaku. Tapi bila dah pindah, macam ni la jadinya.Sedih sangat rasa bila dia dah tak balik. Sekarang dia memang jarang balik. Tapi sekali sehari. Walau pun kejap. Kadang2 dia teman tido sampai pagi. tapi sejak seminggu lalu, dia dah tak muncul2 lag. Manalah dia sekarang. Aku cuma mampu berdoa sahaja.
Tak kisah berapa ekor tikus Deejay nak bawak balik. Janji Deejay balik. Dah macam orang sewel dah rasa, bila keluar pagar je menjerit2 nama Deejay. Jalan2 kat rumah lama pun dah tak nampak. Rumah tu pun dah nak mula 'dibersihkan'. Dah kosong. Deejay... mana la Deejay makan. Apalah makanannya. Kat mana la dia pergi. Satu perangai dia ni, suka main dalam longkang. Ada jugak terpikir nak masuk ke dalam longkang. Tapi besar sangat kawasan ni. Takut plak terjumpa benda2 lain.
Setiap hari ku doakan Deejay selamat. Dan suatu hari nanti dia akan pulang.

Celoteh Nomi: Dah lama tak nampak uncle Deejay yang mulut bising ni. Kalau dia balik siap buat announcement. Cian Mummy rindu kat uncle. Nomi sekarang pun suke jenjalan. Tapi mesti balik sebab kat umah ade blackwood
Celoteh Nomi: Dah lama tak nampak uncle Deejay yang mulut bising ni. Kalau dia balik siap buat announcement. Cian Mummy rindu kat uncle. Nomi sekarang pun suke jenjalan. Tapi mesti balik sebab kat umah ade blackwood
Monday, September 20
Trip to 'Magick River'
kSepanjang cuti raya yang panjang ni Chika banyak btol berjalan. Saje je... bila lagi la nak dapat berjalan2. Nak cuti-cuti Malaysia, masa plak tak sesuai. Jadi kite jalan2 Malaysia je la...Raya ke-6 Chika bawak mami pergi ziarah kawan dia di perkampungan orang asli di KKB. Sambil2 nak usha area tu. Seronok jugak tinggal di kawasan pendalaman ni. Jauh dari kesibukan kota.
Perjalanan kami terhenti seketika di empangan. Terdapat se-ekor anjing liar yang mencari makanan. Nasib baik kete perlahan je (mami kat sebelah kan). Mami tanya ada makanan ke tak. Chika cakap la ada cat food. Kalau dia tak cukup, kite bagi je la bekal kite tu. ada samosa, hotdog. Mami senyum je. Pastu mami teringat. Ada treat yang dibekalkan untuk prudence ngan family dia. Yang tu pun kite bagi juga.
Terima kasih Beggins. Nanti kami datang lagi bwk hotdog banyak2 utk kamu dan kawan2 k... Take care taw...
Subscribe to:
Posts (Atom)