Tekan sini

Wednesday, September 22

Comel sakit dan Deejay yang tak balik-balik

Semalam Uncle dah hantar Comel ke Vet. Kesian dia. Semalam mami explain apa yang jadi kat Comel. Saluran darah kat Cuping telinga dia pecah. Alhamdulillah, ia tak membahayakan nyawa dia. Cuma sakit la. Gile tak sakit. Telinga kembung macam ikan buntal. Ini adalah kerana Comel terlalu banyak menggaru dengan kuat dan menggoncangkan kepala dia sampai benda tu pecah. Hmmm kesian comel. Dah la gatal kat dalam telinga, sakit pulak tu. Hari ni baru dapat operate sebab Jadual kat klinik tu dah penuh. Tak pe la, asalkan Comel selamat. Nasib baik comel dapat bertahan. Kalau ikut jadual, sekarang Comel tengah pengsan lagi. Baru lepas operate. Esok baru ambil kot. Harap kali ni dapat jaga comel kat rumah. Lagi pun sekarang dah ada Kondo Koko. Leh tumpangkan Comel kat situ. .Dalam kekalutan berita Comel ni Chika masih sedar dan merindui seseekor. Sedar kesayangan ku si Deejay tak pulang-pulang. Dah seminggu. Bila ingat dia je nak nangis. Merah mata menahan airmata. Mungkin bagi yang tak faham akan berasa pelik. Macam tadi kat office, rakan ku pelik tengok mataku merah sebab sedih terkenangkan 'Kucing' ku yang tak pulang2. Maklumla, ia hanya kucing bagi mereka. Tapi hanya orang-orang tertentu sahaja dapat memahami.
Deejay sudah wujud dalam hidup ku masa aku masih belajar. Sudah 7 tahun tapi mamat tu awet muda. Tak nampak macam dia dah tua. Pada aku dia masih budak2. Dia tetap baby deejay yang selalu ku buli. Budak yang suka tidur atas muka ku. Budak yang suka urut perutku dan baring celah ketiak ku.. Budak yang bawak balik tikus hidup2 letak atas katil ku pastu main kejar2. Budak yang hampir2 nak kene tukar jantina sebab sakit batu karang. Budak ni telah menemani ku saat aku jatuh dan bangun, saat aku riang ketawa dan menangis, Walau pun dia tak paham. Dia jugak saksi kenakalan ku. Dan budak ini tak mau orang lain melainkan ku. Dia sekor yang mula2 sekali nak tido dalam bilik ku. Nak hidup ngan aku. Nak teman malam2 ku. Dan dia jugak tak pernah buat perangai. Sangat menjaga kebersihan kecuali bab tikus. Itu dia tak le elak. Memang nampak yang dia paling sayang aku. Dia baik rumah, dia cari aku. Dia tau, aku sayang sangat kat dia. Budak ini sangat setia padaku. Tapi bila dah pindah, macam ni la jadinya.Sedih sangat rasa bila dia dah tak balik. Sekarang dia memang jarang balik. Tapi sekali sehari. Walau pun kejap. Kadang2 dia teman tido sampai pagi. tapi sejak seminggu lalu, dia dah tak muncul2 lag. Manalah dia sekarang. Aku cuma mampu berdoa sahaja.
Tak kisah berapa ekor tikus Deejay nak bawak balik. Janji Deejay balik. Dah macam orang sewel dah rasa, bila keluar pagar je menjerit2 nama Deejay. Jalan2 kat rumah lama pun dah tak nampak. Rumah tu pun dah nak mula 'dibersihkan'. Dah kosong. Deejay... mana la Deejay makan. Apalah makanannya. Kat mana la dia pergi. Satu perangai dia ni, suka main dalam longkang. Ada jugak terpikir nak masuk ke dalam longkang. Tapi besar sangat kawasan ni. Takut plak terjumpa benda2 lain.Setiap hari ku doakan Deejay selamat. Dan suatu hari nanti dia akan pulang.

Celoteh Nomi: Dah lama tak nampak uncle Deejay yang mulut bising ni. Kalau dia balik siap buat announcement. Cian Mummy rindu kat uncle. Nomi sekarang pun suke jenjalan. Tapi mesti balik sebab kat umah ade blackwood

10 comments:

  1. semoga comel slmt operate...
    anis phm mcm mna rsanya hilang kucing...
    rya aritu yunika ilang 6 ari...
    termimpi2 anis kt dia...
    sdihnya x yah ckp la..
    tp seb bek jmpa dia...trus pluk cium dia....

    smoga deejay selamat pulang...(^_^)

    ReplyDelete
  2. comel,kak marie tahu comel tabah...comel bersabar ye sayang,nnt kak marie datang rumah sabtu ni.

    deejay,kemana kamu pergi, sila la pulang berhari raya ye. sian makwe kamu sorang ni...
    ke nak kak marie nyanyi lagu pulanglah by Aishah.

    chika my sahabat..bersabar ye dear. ada hikmah dsebalik semua ni

    ReplyDelete
  3. siannya comel, ni sama kes dgn kucing si Tedi kalau tak silap. Smoga si Comel cepat sembuh yer syg..

    Mr Deejay ni sama perangai dgn si Putih, asik la merayap je kejenya kdg tu smpai 2 3 hari tak balik, mmg risau sgt2 tapi nak buat camane tak boleh nak ditegah, kita doakan keselamatan dorang jelah Chika yerk :)

    ReplyDelete
  4. semoga comel sempat sembut.
    lin tau comel itu kuat.
    sekalie tengok cam scottish fold comel nie.
    moga kamu cepat smebuh yer sayang.

    deejay..deejay pulangla.
    moga Tuhan tunjuk kamu jalan pulang.
    aku sangat kesian melihat mereka yang kehilangan termasuk kamu chika.
    bersabar yer..hanya itu yang mampu kita buat.
    lin akan doakan moga deejay selamat pulang.amin.

    ReplyDelete
  5. Time kasih semua...
    Anis; Insya-Allah. Tapi blom dpt apa2 berita lg dr Dr. Selalunya kalau Dr tak talipon tu. Alhamdulillah lah. mesti selamat punyer.. Malam semalam pun Chika mimpi Deejay. Mimpi dia terperangkap kat dlm rumah sebelah. Cuba nak selamatkan dia sbb kesian dia dah lama tak makan. Tapi bila bangun tido je jadi montok sbb tau Deejay blom balik dan risau takut dia tak makan.

    Marilyn: Tengkiu. Comel memang kuat. Sakit pun tak cakap. Nak simpan sorang2. Nasib baik la penyakit yang nampak.Harap sangat Deejay balik. Paling sedih kenangkan hujan ribut kat area ni dua tiga malam yg sudah. Manalah dia tido. Mesti basah.

    Meowwmania; Terima kasih. Insya-allah Comel tak apa2. Budak ni umur panjang. Insya-allah. Yang Deejay ni plak langkah panjang. Risaukan kalau jenis yang suke hilang dua tiga hari ni. Tau2 tak sedar pun dia tak balik2 dah. :(

    MissPinkieWinkie; Comel tu memang nampak ala-ala gitu skit. Mix breed kot. Jumpa pun area Bangsar kan. Entah sape la yang buang dia. Perangai pun tak macam kucing tepi jalan. Cool je. Deejay tu, Semoga doa kita Makbul. Amin. Tima kasih lin tolong doakan. Balik ye Deejay, jangan buat org susah hati mcm ni.

    Tgh rindu sgt2.

    ReplyDelete
  6. wah...dasat dugaan cik chika nih...pak tam tak balikm 2 hari pun saya dah risau tak keruan dah...sabar yer chika, si comel tu kuat...dia boleh bertahan nampak gayanya...

    ReplyDelete
  7. harap si comel cepat sembuh .. and harap bersabar insyallah semua nya baik2 saja.. Saya paham dan pernah mengalami benda yg sama ..

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan...
    sy tau bgmana rasanya klu kucing hilang...kucing sy dah sebulan hilang dari rumah, mcm2 usaha dah buat, cari, tampal flyer, doa.. tp smpai skrg dia tak balik lg..tp jgn putus harapan, terus berdoa, sbaiknya doakan keselamatan dia walau di manapun dia berada, mudah2an deejay akan balik dgn selamat...

    smoga comel juga cepat sembuh sakit telinganya ...

    ReplyDelete
  9. sabar banyak2 ek..
    boboi saya pon ilang xbalik2 sejak puasa aritu..
    >> http://akuanakcikbob.blogspot.com/2010/08/kehilangan-ke-2-dalam-ramadhan-ini.html

    ReplyDelete
  10. PH: Kalau dah sayang tu, sehari tak nampak pun dah risau kan. Tapi entah la... Chika tetap mendoakan Deejay balik nanti. Stokin dulu pernah hilang 3 minggu, tapi balik. Harap2 Deejay balik jugak nanti...

    Adem Aizat: Insya-Allah. Comel sekarang masih ditahan di wad. Lama jugak tu sbb Dr nak monitor dia lagi...

    Itajeff: Selamat berkenalan. sedihnya. Lama btol dia hilang. Saya doakan suatu hari nanti dia akan berjumpa semula dengan Itajeff. Kadang2 risau jgk takut dorang terkurung dlm rumah orang. Kalau tentu dah org lain amik bela ok la skit. Harap2 dia dapat makan dan minum selama dia tak balik ni...

    Marina: dari puasa dah hilang. Sedihnya beraya tanpa comel tersayang. Harap awak bersabar. Kite animal lover ni mesti faham perasaan sesama kita. Saya jgk mendoakan boboi awak balik satu hari nanti...

    Insya-Allah. Comel budaknya sangat kuat. Pernah terpaksa menggugurkan kandungannya utk selamatkan nyawa dia, operate telinga, operate perut, operate macam2... Umurnya masih panjang. Harap dia cepat balik. Tak sabar nak tengok telinga dia senget dua2...

    Deejay, Insya-Allah dia selamat. uhuk uhuk

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h