kSepanjang cuti raya yang panjang ni Chika banyak btol berjalan. Saje je... bila lagi la nak dapat berjalan2. Nak cuti-cuti Malaysia, masa plak tak sesuai. Jadi kite jalan2 Malaysia je la...Raya ke-6 Chika bawak mami pergi ziarah kawan dia di perkampungan orang asli di KKB. Sambil2 nak usha area tu. Seronok jugak tinggal di kawasan pendalaman ni. Jauh dari kesibukan kota.
Perjalanan kami terhenti seketika di empangan. Terdapat se-ekor anjing liar yang mencari makanan. Nasib baik kete perlahan je (mami kat sebelah kan). Mami tanya ada makanan ke tak. Chika cakap la ada cat food. Kalau dia tak cukup, kite bagi je la bekal kite tu. ada samosa, hotdog. Mami senyum je. Pastu mami teringat. Ada treat yang dibekalkan untuk prudence ngan family dia. Yang tu pun kite bagi juga.
Berlari2 dia datang kat kete sebab Chika berhenti agak jauh. Letak je cat food, kemain dia makan. Nampak macam baik je budak ni. Muka manja. Tapi takut2.
Cat food masih ada kat sebelah. Tapi lepas makan samosa, dia nak lagi. Sedap btol samosa tu. Nasib baik la bawak banyak. Kitorang bagi la dua. Seronok minah ni.
Inilah kampung nya. Mula2 dulu kitorang ingan ni challet. Kawasan peranginan ke ape ke.. rupa-rupanya kampung. Kelassss
Ketibaan kami disambut baik oleh sahabat-sahabat mami Antares dan Anoora. Dan juga budak ini. Sape lagi kalau bukan Prudence. Dia punya mak angkat dah sampai... Tengokla, setia duduk tepi mami. Bukan ape, dia tau kalau dia kat sebelah mami, dia takkan ketinggalan. Terutamanya kalau mami bagi makanan. Masa ni dah dapat treat dah pun.
Cik Mindy nak join sekali. Dia pun tamau ketinggalan. Budak ni dah serupa sangat ngan lembu New Zealand. Hehehe Dari hujung kaki sampai ke hujung kepala. Patern dia. shape dia... cuma dia pendek je.. hehehe (Tuan dia yang cakap tau). Mindy ni satu keistimewaan dia. Dia pandai hypnotise orang. Kalau bahasa melayu, kira pandai pukau la. Kalau kita makan kan, dia pandang je. Dia tak bangun mintak pun. Dia duduk depan kite, dia pandang. Automatik kita akan amik apa2 utk dia. Kalau kita makan ayam, ayam la dia dapat. ngeh ngeh ngeh. Terer, nak gak menuntut ngan Mindy ni. Tapi Chika nak pukau bab duit je... Hahahaha
Inilah freckels. Anak dara prudence. Muka sama, perangai pun sama. Cuma dia ada tompok2 skit kat muka. Itula namanya jadi freckels. Tiut taw. Very hyper...
Keesokan harinya kitorang pergi lunch kat town. Sebelum makan, ternampak budak putih kelabu ni terbongkang. Tak pedulikan langsung orang yang lalu lalang.
Lepas makan tengok dia terbongkang gaya lain pulak. Geram sgt2 tengok mamat badan ketak2 ni2 ni tido. sangat Macho ok.
Kesilapan besar. Chika terkacau dia tido, Nak tak nak, Chika pun bagi la dia skit ayam dan ikan yang tak abis makan tadi.
Bila tengok gambar ni, teringat kat ayong. Encik Misty yang gagah dan tampan. Sama tapi tak serupa. Yang ni muke monyok skit sbb ngantuk lagi tu
Elok blah sekarang sementara dia tengah lepak. Karang dia buat perangai nak ikut, kite gak susah.... hehehe
Tergolek dog dua ekor ni. Kepenatan bermain2. Abis kotak rokok sape ntah di hancur2kan oleh Freckels
Ini adalah Buah tampoi. Pernah makan tak? Rasanya macam buah rambai skit. Sedap. Makan ngan biji dia sekali taw. Baru puas hati. 'Yam Kokok' salah seorang penduduk kampung ni datang hantar buah tampoi ni. Kitorang pun tumpang la rasa. Semalam Marie datang rumah bawak lagi sebungkus buah tampio. Chika bawak g office skit. Rupa2nya ramai orang tak enal buah tampoi
Mami cakap orang dulu2 marah kalau tunjuk pelangi. Nanti jari kudung. Antares cakap orang asli percaya Pelangi merupakan jambatan untuk orang bunian. Wallahualam.. Kite pulak bersyukur kerana berpeluang melihat keindahan alam ciptaan tuhan.
Beggins nak mengucapkan selamat jalan. Nanti datang lagi. Dan berhati2 ketika memandu.
Terima kasih Beggins. Nanti kami datang lagi bwk hotdog banyak2 utk kamu dan kawan2 k... Take care taw...
Terima kasih Beggins. Nanti kami datang lagi bwk hotdog banyak2 utk kamu dan kawan2 k... Take care taw...
ninja.HAITT
ReplyDeletebuah tampoi. best. sempat rasa. tq darling
mamat handsome. ye la. sangat kembar tp awat suara tu..ayu je.
magick river..suatu hari nanti aku pasti akan jejak.insyallah
Insya-Allah. Someday i'll take u there...Buah tu ada lagi. sayang nak makan. tapi tak banyak dah...hehehe
ReplyDeleteHaha, this post is almost as comel as Cheeky Chika :-)
ReplyDeleteyelah...best baca entri ni, terasa keseronokkan dikelilingi oleh si comel semua tu
ReplyDeletebuah tampoi sy tak tahu, hospital tampoi tahu ler hehehe...
Antares, Thank you... (blushing)
ReplyDeleteMeowwmania, Memang sgt2 best... =D