Tekan sini

Monday, September 26

♪♫♪Kesian Nomi.. kesian Nomi.♪♫♪ eh kesian ke?

Assalamualaikum

Minggu lepas 1 hari Si Nomi x balik rumah.
Chika round2 kat area rumah x jumpa2 jugak
Tapi terjumpa lak minah ni.
Lawa kan?

Pentakut la awak ni... hehe
Round punye round punye round
X balik2 jugak. Tapi malam tu ternampak dia kat atas aircond.
Tinggi tak sampai nak ambik. Masa tu pulak Chika ngan family dah nak keluar gi dinner.
Tapi lepas tu dia hilang pulak. X balik2...

esok subuh2 tu baru dia balik
Ada hati lagi tu. Baru je balik
Dalam masa dia menerima hukuman kerana kaki panjang nya itu, Tiba2 Chika terpandang sesuatu. Ya Allah.. menggigil tangan Mummy tau
Sebesar ibu jari Chika lukanya. Tapi peliknye tengok Nomi relax je. Macam tak sakit pun.
Main lompat2 dlm bilik ngan Mok.

Keesokan harinya Chika bawak Nomi gi vet.
Punca sebenarnya tak pasti. Macam2 i syak.
Mula2 tgk terkejut sebab merah sangat lubang tu tapi Vet kata merah tu bagus. healing la... at least. kalau pucat tu yang bahaya. Ingat ye kawan2... hehehe

Pastu Vet kata suruh balik cuci dan sapu ubat je. x perlu jahit sbb x boleh pun nak tarik kulitnya. Dr Wong cakap Luka Nomi sangat bersih. Nanah dah keluar habis dah.

Alhamdulillah.. selamat semuanya.
Masa dalam perjalanan pulang

Bila sampai umah mengiau je. Nak keluar la tu...



Celoteh Nomi: Nak keluar laaaaaaaaaaaaaaa.........

9 comments:

  1. ahaha..padan muka takleh kuar..;p
    aper2 moga cepat sihat yer Nomi..

    ReplyDelete
  2. Nomi tau tak...betapa mummy tu syg Nomi..tu yg kene grounded..jgn buat tak dengar..nanti aunti jentik tinge tu...hehehehe. moga Nomi cepat cembuh.

    ReplyDelete
  3. Nomi kan takbaik lagi mana boleh outing. awk dgr la ckp mummy awk ok...

    ReplyDelete
  4. mesti hari2 dok layan lagu nangiskan?

    sabar ye Nomi...lepas sembuh awk kluar la jalan2 balik

    ReplyDelete
  5. haa tulah Nomi tak dgr ckp mummy, suka wat mummy dia risau yer..tak bek taw


    rasanya mmg sbb luka bernanah tu chika sbb si Merah pon slalu kena gitu bila nanah habis keluar mmg merah sgt2 tp lepas tu trus baik :)

    ReplyDelete
  6. gthans, thank you cikgu. skrg lubang dah kecik skit. insya-allah. amin...~padan muka dia kan?

    Mama Tamami, betul tu. jentik je tinge dia (tp slow2 ye) hehehehe

    m.q; Nomi mmg degil. ikut kepala dia je..

    Cik marie, dah macam dengar ramlah ram dok dlm bilik. kt pintu rumah pun dh dengar suara dia

    Meowwmania, lega dengar luka dorang dh bersih kan? yg ni pun dah nampak perubahan dia. makin kecik dan kering dah. insya-allah beberapa hari lg boleh la keluar jalan2, Amin...

    ReplyDelete
  7. Aunty Chika,
    Luka tu kenapa ye? Peliklah. purrr...meow!

    ReplyDelete
  8. a'ah kan luka tu pasal apa yer?

    hehehe nomi ni cute la...ni kalau jmpa nak tium dia la..cute sgt ni...cubit pipi dia sket...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Angelina, tak tahu la kenapa. Sampai sekarang dok pelik. Risau jugak kalau kene dawai atau apa2 yg tajam kat mana2...

    ery, masih x de kepastian. risau je sbb minah ni suka panjat bumbung. kalau ery dpt jumpa nomi mmg Chika bagi je nak buat apa kat dia. nak kunyah ekor dia pun boleh. hehehe thank you sbb melabelkan dia cute. kembang tekak mummy dengar.

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h