Tekan sini

Saturday, August 21

Stokin's baaaack.... seminggu bertapa di dalam bilik..

Aksi apakah ini? Sape minah ni... tak malunyer... hehehe

Baru genap seminggu stokin balik menetap dirumah baru. Dulu masa mula-mula pindah, dia dah balik. Duduk seminggu dalam master bedroom. Lepas seminggu dia terlepas dan duduk di kawasan rumah lama.
Tapi dalam minggu lepas kami dapat menangkapnya dan membawanya pulang. Stokin pun sebenanya sekor kucing yang sangat manja. Umurnya pun dah tua. Selama seminggu ni Chika perhatikan dia cuma berkurung je dalam bilik Chika. Nasib baik lah toilet untuknya ada tersedia di dalam bilik air Chika.

Setiap hari Chika akan hantar makanan untuknya di dalam bilik Chika. Tidurnya dalam bilik Chika. Bermain dan bermanja pun hanya dalam bilik Chika. Tak caya tanya Cik Marie...Cik Marie pun mengambil kesempatan bila dia ada dalam bilik je... hehehe sape yang ambik kesempatan ni pun tak tau la... Tapi makcik sekor ni memang la manja tak agak-agak. Kadang-kadang bila Chika penat, Chika tak berani pandang mata dia. Pandang je dia terus sondol kepala dia. Lemas gak la kadang-kadang. Tapi sayang punya pasal, asalkan dia tak lari... Chika layan jugak la. Kucing tua kan... Sayang stokin.Stokin sebenarnya suka orang lelaki. Cuma sejak2 dah tua ni je dia nak bermanja ngan Chika. Kalu tidak, uncle je sasaran dia... hehehe
Tengok la matanya. Pandang la lama-lama... nanti dia datang
Mengganggu saje mak cik ni. Orang baru nak online. Dia dah sibuk landing...
Waaah.... tunjuk perasaan nampak...

Ini merupakan gaya feveret dia... Hobinya mandi. Dia mandi sampai basah badan dia. Sampai basah tilam Chika. Kadang2 sampai merah kulitnya. Dah botak dah kat sesetengah tempat...

Yang aksi ni Chika rasa dia sekor je yang suke buat. Tak pernah lagi tgk Nomi buat aksi ni... hehe
Mata puss...
Peluk la aiiii

Hahaha No komen...


Dah tengah malam dah cayang.... kite tido k... Jilat badan je dr tadi. rimas tau orang tgk...
Dah kepenatan mandi...

Video Stokin bermanja.. Manja sangat. Sekali black pun ader gak...
video
Celoteh Nomi: Nomi sakit badan la... Nomi cedera. Nomi tido je dari semalam...

4 comments:

  1. dah lame xde kucing yg manje mcm 2..
    :)

    ReplyDelete
  2. wah black dah balik. good

    how's nomi btw?

    ReplyDelete
  3. manja macik stokin, sama la ngan macik bulat suka sondol2, suka mandi, pakai stokin, kaler pon sama hehe..

    nomi demam ke?

    ReplyDelete
  4. Sharz; dalam rumah ni banyak yang pantang pandang mata ni. stalker pun ader... hehehe

    Black tu last week je balik. ni dah lari rumah lagi. Nomi masih limping. cian dia... tapi makan pagi tadi selera

    Meowwmania; tak pasti kenapa ngan nomi. Rasanya dia jatuh bukit kat belakang rumah sebab ada tanda tergesel kat dahi. tercabut kulit lagi. kaki pun limping. dah sua hari tido je....
    Mavik bulat pun same perangai ye. macik bulat suka lari rumah jugakkan? hehehe

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h