Tekan sini

Friday, January 28

Pulang la sayang...

Pagi semalam
ku panggil² namanya
berlari² dia datang
'Micro...micro... mari makan sayang...'
Habis semua dia langgar

tapi tengahari semalam
mami telefon bagitau
Micro hilang...???
Apa bernarkah...
mungkin sembunyi dimana²
kejap² lagi mesti dia pulang
Budak itu bukan jenis pendiam
suaranya pasti akan berbunyi

Waktu petang ku hubungi mami lagi
Bertanyakan khabar si Micro
apa sudah pulangkah
tapi hampa
sayu suara mami
Anak kesayangannya tak dapat dijejaki dimana...

Risau, sedih...
dalam hati ada macam² perasaan
Bilaku sampai dirumah
ku jerit² namanya
Micro... Micro... Micro....
Diam...
Anak² yang lain pula menyahut...

Di depan rumah ku jerit
Dibalakang rumah pun ku jerit
Ku panjat bukit tinggi di belakang rumah
Menjerit dari puncak
Biarlah Jiran ku kata ku gila
Abis nak buat macamana
Yang hilang tu buta
kalau yang celik pun aku buat macam ni jugak
apalagi anak istimewa

Hai Micro
Dimana kau sayang
Ku panggil²
Kau tak datang²
Mana kau hilang
Adakah di ambil orang
Aduh.. mintak dijauhkan
Tapi hobinya sibuta ni memang pelik
Suka merayau
Takut tercedera saja
Maklumlakan
Dia bukan nampak siapa lawannya
Ataupun longkang dan lubang
Aduhai
Risau hati ni
Menagis dalam diam
Lapar ke? letih ke? takut ke?
semestinya...
Aku sentiasa mendoakan keselamatan mu

Pagi2 tadi ku jerit² lagi
Tengok sajalah gambar² nya
Suka bertenggek di atas pagar
Kadang² dalam diam
memanjat bukit di belakang
Masuk ke kawasan orang
Ya Allah... semoga Micro selamat
harap kami jumpa dia balik
Masa kat rumah lama
pernah juga hilang
tiga hari sahaja
itupun lepas 5 thn dia duduk situ
sekarang...
tak berani nak kata apa
Rumah tepi jalan besar
kereta laju je yang lalu lalang

pulang la sayang...
kakak risau kamu ni hilang...
pulang la..
Ya Allah, lindungila Micro
Semoga dia jumpa jalan pulang.. Amin...

terima kasih kawan² yang mendoakan...

6 comments:

  1. alahai Chika...risaunya, mesti susah hati memikirkan Micro yg istimewa tu.

    ke mana agaknya Micro pergi yer...harap walau di mana Micro selamat dan kite doakan semoga Micro dapat pulang dgn selamat, amin...

    ReplyDelete
  2. Amin... amin... amin.... itula lin, risau ngan sedih... rasa macam menyesal pagi tu tak ulit dia puas2 pastu kurung dia terus dlm rumah...

    ReplyDelete
  3. Chika, micro nie istimewa sejak dilahirkan ker..kesian sgtt...ikah doakan semuanya selamat..aminn

    ReplyDelete
  4. Thanks ikah... Micro mmg kitorang jumpa mcm ni. Vet cakap dia cacat sejak lahir. biji mata dia kecik sangat. Dia nampak tapi sangat kabur dan ruang kecik je... tapi bijak. Alhamdulillah Ikah... Micro dh selamat balik. Terima kasih sbb mendoakan dia... Really2 appreciate it...

    ReplyDelete
  5. Dah jumpa pun kan, Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Papa meow, dh jumpa dah... Alhamdulillah... :D happy sgt

    ReplyDelete

T e r i m a K a s i h