Assalamualaikum, Mula-mula sekali Chika nak minta maaf sangat2. Terdapat kesilapan teknik dalam entry yang lepas terpaksa di deletekan. Maka disini Chika post kan semula gambar-gambar kenangan dirumah Papameow. Dan minta maaf sangat-sangat sebab Chika baru perasan camera Chika banyak ambil gambar sicumel ni... Kite tak banyak gambar... huhuhu...

Saat melangkah kedalam rumah Papameow, Chika amat tertarik melihat si manis ni tengah duduk depan tangga. Tapi Chika tak pasti ni namanya. Blom sempat nak berkenalan lagi masa ni. Mungkinkah ini cik Bunga? Manis je.. apa la yang dipandangnye ye....

Aman pula suke melepak dikaki saudara Talhah dan of course la tuannya
PapaMeow. Jelas kelihatan kemesraan dan keakraban mereka. Menarik sekali.

Dan yang lebih menarik kami dapat melihat aksi aman menangkap lalat. Teringat Chika dengan Bob. Bob memang suka tangkap lalat dan nyamuk. Tak sangka Aman dan Bob berkongsi hobi yang sama.

Yang ini pun Chika tak pasti namanya. Miss
Marilyn memperkenalkan dia sebagai Model Blog
Papameow. Comel sangat tengok dia tidur kekenyangan. Berkali-kali Chika ngan
Marilyn Cium-cium idungnye yang basah itu tapi dia macam tu jugak. Tak bergerak langsung okay... Pengsan kenyang mungkin? Hehehe

Bunga tengah lepak. JJ pulak main kasut. Pelbagai aksi mereka ni. Chika diberitahu Bunga dapat nama kerana ekornya yang kembang mekar itew... hehe cute. JJ pulak sempena penemuannya tengah melintas jalan dalam hujan didepan Jusco. Putih bersih bulunya. Yang pasti JJ feeling abis dengan
Cik Siti.

Kata-kata penghargaan dan ucapan selamat datang dari
PapaHero selaku tuan pengerusi Majlis. Nampak gayanya
Tuan pengerusi kita ada perancangan untuk masa depan. Sangat teruja mendengarnya. Harap Chika dapat join next program ni... Beshhh...

Along ke Angah? Dari depan pun susah nak teka, apa lagi dari sisi belakang... hehe

Angah geram je dia nak buka carrier ni. (Chika tau dia angah sebab dia cakap).Kalau tak silap, yang kat dalam tu Madina. Kesian dia tripod. Tapi dia nampak sihat. Badan dan bulunya cantik.

Dari jauh Chika perhatikan Memeng dengan Aman lepak bersama. Dorang ni nampak macam kawan baik. Mula-mula Chika dekat dengan Aman, dia lari. Tapi bila Chika belai je Memeng, Aman mula rapat. Nampaknya Aman agak berhati-hati dengan orang yang tidak dikenalinya. Bagusla Begitu. Jangan mudah percaya tau... Manusia semua lain2... Tapi kami kat sini semua baik2. Takkan apa-apakan kamu Aman... Jangan risau k. We love you...

Yang ditunggu-tunggu...
Akhirnya kita bertemu...

Hero tampak segak . Badannye ketul-ketul. Tapi mami tengok je nangis. Chika pun bergenang juga. Sedih bukan kerana keadaannya sahaja, sedih juga kerana dia begitu disebabkan kelakuan manusia yang tidak berhati perut. Kalaulah ikutkan hati yang panas ni, nak je cari orang yang mencacatkan Hero tu, Chika nak je suruh Bob gigit dia. Lagi bagus kalau dapat gigit sampai putus. Tak kirala apa yang putus, jari kaki ke, telinga ke, tali perut ke... ehem ehem ke... biar dia merana seumur hidup. baru puas hati. Tapi tak pe la, kite tak jahat macam dia kan Bob... Allah Almighty, will pay him back someday... Apa-apapun hati still positive. Still boleh senyum sebab tau Hero ada keluarga yang baik untuk menjaganya.

Pandang apa Cik Siti Hawa?

Tengok sape tu? kusyuk nye...

La... tengah berangan rupanya. Comel sungguh Hawa ni. Manis. Dia ni macam species kucing hutan. Marking badan dia cantik sangat. Lembut lak tu bulunya...

Manja Hawa ni dan sangat feminin. Samalah kite Hawa... hehehe

Melekat je.

Tengah kenyang barangkali. Sooo adorable.

Eh, macam kambing la.
Memang la kambing Cik kak oiii... hehe
Bebek dan bibik baru hendak memulakan tugas nya. Iaitu meragut rumput. :)
Chika suka sangat kambing. Kalau la boleh bela, nak sangat. Dah ada nama pun. Tapi apakan daya. Chika tak mau DBKL datang umah nanti. Maklum la, area rumah Chika memang la tak pernah nak jumpa kambing.

Si bulat ini...
bisa meruntun hati...
Kali pertama bertentang mata...
Kau dan aku sangat mesra...

Rindu kat bulat...

Bulaaaatttttt......

Ha, inilah bukti JJ feeling dengan
Cik Siti. Manja dan mesra sangat.

Duduk diam je dengar orang tua bercerita...

Ngantuk ke yayang.. omey arrr..

Ye bulat... nak ape tu?

Semua asyik berbual. Bulat dan JJ pasang telinga je. JJ setia dengan
Cik Siti
JJ kusyuk mendengar
Meowwmania dengan
Cik Siti berbual... Kalau dah girl tu girl jugak. lepak gegurl je...

Uncle suka sangat dengan Bulat.

Uncle terkenang lucy masa kecik tu... Bulat pun layan feeling...

Mana boleh berhenti...

Mbeeeeek...

Mami ganti uncle pulak...

Eh..... mami pun kene jugak... Bulat sangat comel... sebenarnya tak sakit pun. hehe...

Masa ni Chika dah nak balik. sempat snap gambar kawan2 tengah lepak borak...

Peace macam segan je. Mungkin dia pelik kerana tak pernah tengok kami. Meriah rumah hari ni ye peace. Satu hari kamu hiking,hampir petang baru nak pulang, kami pun dah nak balik jugak. Lain kali kita jumpa lagi... Tata...
Jenjalan dengan Meowwmania...

Ini pula merupakan aktiviti seterusnya. Viva ronda bawak
meowmania jalan-jalan... hehehe hampir sejam jugak la. Minta maaf kerana kami tak berapa expert area tu. Sebab dah lama tak jejak. Tapi Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai.

Bila sampai Chika sangat terkejut. Meriah rumah Kak Nurul dengan anak-anak bulus. Gebu-gebu semuanya... alahai... Cair deh melihat anak-anak comel ni. Comel dan unik-unik. Chika tak biasa sangat dengan kucing persian ni. Bukan tak suka, tapi tak mampu nak jaga dan nak beli. Cukup sekadar main persian orang punya je... hehehe Memang best2 kucing kak Nurul ni. Keluarga nya pun sangat peramah. Berbual pun pasal kucing je... Hmmm Terima kasih Meowmania... kalau nak pegi bgtau la. Insya-allah kalau ada kelapangan boleh la Chika ngan
Marilyn join. Kami berdua boleh jadi pakej jugak la... (jangan marah ye sayang. U tak de, I takkan sampai kesini.)
Terima kasih, daun keladi
Lain kali kite jumpa lagi...
Insya-Allah, Amin....