Monday, August 30
Cinta dalam hati
Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku
reff:
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
repeat reff
lagu ni on repeat stgh perjalanan kami ke KB. Terasa sangat2...
Saturday, August 28
Kami dah sampai
Thursday, August 26
Sesuai ke nak jadi model?
AKSI DEEJAY
Muke tengah poyo... kurang sesuai
Muke tengah stim(ngantok)
Hensem tak? Papahero... lulus tak?
Ni macam gambar herotio termenung jer...
AKSI MOK & NOMI Ini bukan deejay. Ini Mok. Sama kan? Aku rasa si Mok i mesti dari keturunan Deejay jugak. Sebab dua2 ekor pendatang dalam kawasan yang sama. Datang rumah kami macam ada orang bagi address je. muke pun sama cheeky... Mok nak berbaik2 ngan Nomi... ye lah tu... Lakonan depan aku je. Macam la aku tatau kalau kat belakang camane. Jangan kan nak ciom, pandang pun jeling... Nyampah i tau....
Aksi Supergirl... Yeah...
Papaherotio, lulus tak?
Tak lulus ke? puas mummy sengetkan badan dia nak amik gambar senget2 ni tau...
'Nomi bukan kesah pon. '
Amboi nomi, sungguh riak kamu ye. Tak sedar jalan dah tak boleh catwalk lagi, kekwat boleh la...giget kang.
Macam2 rupe kusyen dan tilam ada di dalam rumah, atas dustpan juga kamu duduk. Muat ke? bukan kamu gemukke Comel.... Botak atas belakang kamu nampak nya sudah tidak dapat dirawat. Tapi aku tau kau tetap senang hati sebab sudah mempunyai rumah.
Apa-apa pun, aku pasti. Wajah2 ini yang akan kurindui sepanjang 'roadtrip' ku pergi balik KB. Dan aku tau, dorang pun sure rindu gile kat aku nanti. Mujurla nanti akan ada Misty, Freeway dan Anak2 mereka yang dapat ku gentel dan kunyah2 nanti. Ops, terlebih sudah. Sabar Misty, Aunty Chika datang nanti kite gi makan etok ok...
Celoteh Nomi: Mummy, nak ayam percik berek 12 leh tak? Nanny dah pencen buat ayam percik.. :(
Cuti-cuti balik kampung...
Jumaat Cuti umum
Sabtu Cuti Rehat
Ahad Cuti Umum
Isnin tolak cuti tahunan
Selasa cuti umum (Hari merdeka)
Kali ni aku bukan cuti kosong tak buat apa. Tak sabar sebenarnya nak masukkan dalam ni nanti. Aku dan Marilyn akan mengekspedisikan diri kami. Dia ngan aku nak balik kampung. Kampung yang sudah 6 tahun tidak ku jejaki. 6 tahun ke.... last balik 2004. ye la kan... 6 tahun...
Sudah 6 tahun aku tidak melawat rumah sewa kami, sudah 6 tahun aku tak jumpa ngan pengasuh ku masa kecik, sudah 6 tahun aku tak makan nasi kerabu stadium. Sudah 6 tahun aku tak makan etok kesukaan ku.. sudah 6 tahun aku tak pegi PCB (Pantai Cahaya Bulan). Sudah 6 tahun aku tak melihat tempat yang suatu ketika dulu adalah gelanggang kehidupan alam remaja ku.. cewah...
Aku nak tgk sekolah2 ku. Aku nak jumpa kwn2 lama ku. Aku nak makan sampai gemuk. Aku tau puasa, tapi aku musafir. ecececeh... blom travel dah mengaku musafir. Hahahaha... sebenarnya bulan puasa ni makin meriahla hidangan yang ada. Makin lebih senang dijumpai sebab masa ni la kuih muih yang susah nak jumpa akan ada bersepah2... tapi mahal... hahaha
Hmmm... belum balik aku dah plan nak makan macam2... Dapat ke aku menaikkan berat badan dalam masa tiga hari ni? Apa2 pun doakan aku berjaya ye... naik sekilo pun alhamdulillah...
Perjalanan ku akan bermula pukul 3 pagi waktu KL. Mengikut perancangan Cik Marie lah, sebab dia dah biasa... So, esok aku akan busy mengemas bilik dan apa2 saja yang akan ku tinggalkan. Rasa macam nak bawak je nomi tu. hahaha tapi nanti mesti gaduh ngan misty, tak pun freeway dan anak2nye... hahaha leh gak tengok wresling free... oh tidak. kakinya masih sakit. Harusla mummy tinggalkan duduk kat rumah ngan nanny yer. Tian nomi mummy ni, budak notty memang macam ni. Padan muka dia...
Sebenarnya aku tak sabar dah nak balik KB. Baju tak paking lagi la. esok buat. Tapi aku nak sangat keluar dari KL ni. Especially merdeka ni. Sebab jiwa aku masih belum merdeka. Mungkin kat Kota Bharu aku akan merasa merdeka macam masa skolah dulu2... eh, mana boleh. Hari merdeka aku sudah dalam perjalanan balik. Hmmmm apa-apa pun aku harapkan kebahagiaan dan ketenangan sepanjang cuti ini. Aku harap kawan2 boleh doakan aku selamat pergi dan balik. Aku nervous gak sebenarnya sebab dah lama tak balik naik kete ni. Harap2 aku boleh memandu sepanjang perjalanan. Aku nak kak Marie rehat. sambil2 tunjuk jalan kat aku... hehehe (still tak boleh tido tau Marilyn kekeke)
Hmmm... tak sabar nak balik. Tak sabar nak ngemas barang2... Tak sabar nye... Nanti aku akan pastikan untuk mencatat setiap perjalanan ku supaya dapat aku selitkan disini... hmmm happynya...
Celoteh Nomi: Teringat Papahero cakap Along nyanyi lagu tu... 'Auwa cenanat tan tamu'. semoga Allah melindungi mummy dan Aunty Marie sepanjang perjalanan ni... Amin..Nomi sakit kaki lagi...
Tuesday, August 24
Makan tengahari dibulan Ramadhan...
Bulan lepas ada ternampak tiga ekor ni. Mereka ni macam tiga beranak. Ada si ibu, ada si ayah, dan ada yang si anak remaja. Besar sikit je dari Aman Papameow.
Aku tengok dorang ni tak nampak kurus. Mungkin sebab besar. Tapi bila diperhatikan, sekor2 jelas tulang rusuknya. Aduh, kesian. Tiba2 dorang semua masuk duduk bawah kereta didepan office.
Kawan ku yang ternampak kejadian itu mula takut. Terbantut niatnya nak keluar office. Aku yang memang kat luar ni panggil dia. 'takpe, kite tak kacau dia, dia takkan kacau kita. Buat tak tau je k...' Aku faham orang kita takut anjing. Anjing kan besar. Kalau takut, kite jangan kacau. Nanti dia buat gile hahaha... Nasib baik la kawan ku ini dengar nasihat ku. cepat2 dia keluar dan masuk pintu tepi untuk naik ke atas. Aku ikut naik sekali.
Aku naik atas, ambil kunci kereta. Dalam kereta ada makanan kucing sebalang. Aku turun dan melintas depan mereka. Aku risau jugak, sebab aku tak kenal mereka. Takut la skit... tapi diorang pun takut dengan aku. Semua macam nak lari. Aku berjalan ke kereta. Ambik smartheart tu, pastu balik ke office.
Aku panggil dorang ke tepi office. Semua macam nak lari. Yang remaja tu ntah sembunyi ke mana. Takutkan aku agaknya... kesian. Oleh itu aku letak sikit makan di depan office. Si ibu teragak2. Tapi dek kerana lapar, dia bangun. Aku cepat2 pegi tempat lain untuk memberinya ruang untuk makan. Si ibu pandang je makanan tu. Dia jilat sikit. setelah dapat rasa sikit dihujung lidahnya, dia mula naik selera. Dia makan dah tak pandang kanan kiri. Lepas tu Si ayah muncul. Kesian pulak. Aku pergi kat tepi office skit untuk letak makanan. Bukan apa, takut nanti dapat memo pulak bagi makan anjing depan office. Hahaha kiddin' Baikla aku letak kat tepi. Tak mengganggu laluan orang. Tapi si ayah macam tak paham. Si anak pula entah sembunyi kemana. Si ibu je makan. Tapi si ayah teman je si ibu makan.
Oleh kerana tengahari tu panas. Aku penat nak tunggu dorang makan. Aku pun naik la atas, biarkan dorang makan. Bila nak balik tu aku tengok ada sisa sikit je. Alhamdulillah.... memang rezeki korang anak beranak. Dapat makan tengahari di bulan Ramadhan...
Monday, August 23
Homemade ~ Jem strawberi mami
Bahan-bahannya
buah Strawberi 1kg
Gula 3/4 kg
Sepotong limau nipis ataupun lemon
Cara-caranya
Potong strawberi kecil2 dan campurkan dengan gula. Dibiarkan di dalam peti ais semalaman
Selamat mencuba...
Sunday, August 22
Nomi... budak degil ni...
******************************************************************Petang tadi dia turun bawah, rehat kat laman belakang.Nomi.... kenyit2 mate lagi. Manja mummy ni...Dah rasa sihat ke?Dah dapat idea la tu...
Dekat senja dia panjat pulak bukit ni. Sakit hati tengok. Kaki sakit pun nak panjat bukit lagi. Tapi bila mami menbebel, harusla aku membelanya. 'Kesian dia nak makan rumput kut....' Tak sampai hati dengar orang lain marah dia. hehehe manja Mummy ni, itu yang mengada-ngada sangat....
Tengok la. Nasib baik malam dia balik. Deejay pun balik. So tonite Nomi, Deejay and Stokin sleep with Mummy ye...
Celoteh Nomi: Yes Mum..Meoww...