Tekan sini

Saturday, July 31

Aksi Andartu Terlampau dan Bujang Kering

Huduh wei.... balik keje je tengok Nomi pengsan. Macam ni comel ke? Penat satu hari berjalan agaknya... cian nomi mami ni... cayang die..

Di bawah ni video Mili kene kacau... Sorry Mili. Akak geram tgk Mili... Budak Kutu... huhuhu

Ptg ni abe I balik... Abe mate stim ku. Owh bisingnye... kalau boleh nak satu rumah acknowledge dia ader kat umah...


Sesungguhnye Chika rindu sgt kat deejay. Semalam dia tak balik.

Friday, July 30

Sungguh tidak ku sangka....

Chika kene Tag. So now my turn lak nak balas balik. Tapi kat orang lain. sebelum itu, bacalah hasilnya...

Kepada sahabatku Meowwmania...

Saje je kan... Tak de apa ku nak tulis melainkan terima kasih sajela... Maka, terimala...

Syarat 1 : mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda

Huruf F for Fullhouse… susah tau. Siap la…

Syarat 2: Jawapan tidak boleh diulang

Errrrrrrr… Rules are made to be broken kan?

Bismillah...

1. Nama anda
Fika hehehe.. tukar lagi nama ku.

2. Perkataan 4 huruf
Fire...

3. Nama budak lelaki
Fauzi,Faisal, Faiz, Fuad, Fakri – anak2 jiran ku kat kampung. Sekarang dah jadi bapak2 budak kot

4. Nama budak perempuan
Farah… kazen ku yang jugak bukan lagi seorang budak

5. Pekerjaan
Finance dept… ok aper..

6. Warna
FINK! Nasib la… :p

7. Sesuatu yang anda pakai
Fabrik

8. Makanan
Food.. hehe translate je boleh kan?

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas
Fancy mirror… :D

10. Tempat
Fraser’s Hill… best..

11. Alasan bila lewat
Family matter tadi…urgent sgt. sori…
kene Fever n flu… (bila absent)

12. Sesuatu yang anda jeritkan
Feniiiinnnn!!!!

13. Tajuk filem
Femme fatale

14. Minuman
Fruit punch

15. Kumpulan music
For U To See (4u2c) pernah menjadi kegilaan ku suatu ketika dahulu… hahahaha Fiona Fiona…

16. Haiwan
Feline, flamingo, flea. fox, frog… tetiba banyak lak dlm kepala otak…

17. Nama jalan
Jalan Flora… sumpah aku tak tau kat mana tapi pernah dengar… hehehe

18. Jenis keretaBold
Ferrari… Hurm… sape nak bagi kat aku bende ni…

mereka yang bakal ditag

FRENs… ready to be called…

Papahero
Papameow

Izan

Owh… sila ampunkan saya. Kini saya serahkan kepada anda untuk mencari mangsa seterusnya…

Wednesday, July 28

Lucy

Dia ingat dia KUCING.
Budah ngeng ni ingat dia kecik. Tapi macam ni la gelagat nye setiap kali operasi pembersihan telinganya dilakukan. Suke sangat dia kene korek telinga..

Maaf sekiranya anda seorag penggeli. Tapi telinga dia lagi bersih dr kucing2 ku... Yang kucing punye tak berani i nak tunjuk u.... hehehe Sape yang ade kucing yang ber ear-mite, lebih faham dan mengerti maksud ku.. Buchuk... huhuhu

Tuesday, July 27

BFF konon...

Depan aku, kome baik je kan... Boleh guling2 sebilik, ciom2 mulut lagi...
Tapi depan orang kome buat perangai tak senonoh. Nak bergaduh depan orang.. Ish, malu aku kat Sis Marilyn tau... Ini bukti yang telah cik Marilyn snap semasa dia beriadah di rumah aku. Aksi katoi part 2.

OPS I did it...

Kenapalah Deejay nak keluar sangat2 ni... Hanya Mili yang tau jawapannye...
Korang agak-agak.. Apa yang Aku tgh pikir...
Ala.. teka je la... Aku dah bagi pembayang pun kat belakang tu...
No clue?
Aku yang tengah mata stim... syok errrr...
Korang leh agak tak?
Jeng jeng jeng.....

Haa... tu dia... patut arr..
Bila la nak abis ney... ngantuk la weyy...
Suke betul akak aku ni mengerjakan aku tengah-tengah malam. Pastu nak gi keje ngantuk.. padan muke die...



Maaf ye Mili, Kutu mu harus di hapuskan...





Wednesday, July 21

Kisah Tiga dara

Siaran malam ini berkisahkan tiga daraku. Saje tak buat ape ajak Micro main tali. Alih2 Nomi ngan Mili plak meh duduk dekat2. Saje jeles Micro lagi glamor dari dia. Boleh pulak buat aksi lesbian. pastu buat2 muka kantoi bila orang ambik gambar. Tak senonoh kamu ni...

Ada pantun khas kubuatkan untuk tiga daraku... kreatif la kononnye. Dalam mengantuk pun berjaya jugak 3 rangkap. Hehehe blasah je la... Nak nyanyi cam syair pun boleh. Dipersilakan...

Tiga dara makan nangka
Salah seorang tertelan bijinya
Alkisah micro si kucing buta
Walaupun buta terang hatinya

Matahari naik tegak berdiri
Tiga dara membasuh diperigi
Berkawan baik si Mili dan Nomi
Tapi dengan Micro kemain ko sombong ye Mili..

Niat hati nak buat hal masing2
Micro kusyuk main ngan tali tu
Nomi ngan Mili kantoi berkissing
Inilah kisah tiga daraku

Tuesday, July 20

Aku weenggg sebab Deejay!!!

Sekian lama deejay tak balik, semalam dia balik rumah. Balik sendiri, tak perlu di jemput di rumah lama. Bangga juga sekejap. Lepas tu dok main2 tepi jalan. susah hati juga tapi biarkan dia(masih dalam pemerhatian). Tak nak kurung nanti dia terus lari keluar. Chika bagi dia kebebasan sikit. Bagi dia peluang untuk kembali rasa seperti rumah dulu.

Dan semalam dia manja sangat. Gosok2 dia je dalam bilik. Mili ngan Nomi dengan hormatnya dipersilakan tido luar ye. Malam ni priority cuma untuk Deejay. Baby boy i ni tau.

Tapi Deejay punya mengiaw. Dari pukul 12 tgh malam sampai la pukul 3 pagi. Kejap2 je dia berenti. Umpan ngan blackwood, usap2 dia.. diam la kejap. Lepas tu menyanyi lagi. Suara tu kalau ala-ala Abe Jamal tu tak pe la jugak. Ini nyaring tak ingat. Bising sampai ke bawah dengar.
Terasa macam jaga baby je. Menangis tak berenti. Baru2 terlelap tu dia naik duduk kat bahu. "NGAUUUW" sekuat2 hati kat telinga. Bila dia nampak kita terjaga dia terus berlari ke pintu. Minta dibuka kan pintu. Tgk jam dah tengah malam. Tak pe la, kalau dia keluar pun kereta tak ada. Nak lintas pun lintas la. Dia keluar je Chika tutup pintu. Lepas 3 minit dia mengiaw nak masuk bilik pulak. Rasanya ada dalam 3 kali Chika kene buka pintu untuk dia. Last sekali Chika biarkan pintu terbuka. Tapi terjaga sebab nyamuk pulak. Alahai serba tak kene. Dah la esok keje. Pukul 3 tak dapat tido lagi ni... Macam ni agaknya kalau ada baby kot.. hehehe Sesungguhnya aku yang tak cukup tido sebab kucing. Melayan Deejay yang jiwa kacau...

Maka sebab itula sekarang ni macam biul sikit. Weengg jugak kepala otak ni. Keje pun tak le buat sangat. Mengantuk + sakit kepala + dengan sakit hati kat Deejay.

Pagi tadi cari kat rumah lama tak de. Rumah baru pun tak ada. Manala merayap ni. Harap2 petang nanti dia balik. Cakap je sakit hati, tapi sebenarnya sayang dan risau. Happy sangat dapat spend time ngan dia walau sekejap. Rindu zaman2 dulu. Tiap2 malam mesti tido ngan Deejay... wajib bersentuh kulit and berlaga pipi...hahaha Punya la Weengg!! semua nak cerita. Abis buka kisah rumahtangga...

Petang ni bila balik keje je Uncle bawak dia balik kerumah. Deejay oh Deejay. Lega hati tengok dia. Dan kali ni dia macam dah boleh lepak rumah ni. Dari petang sampai la sekarang ni lepak dalam bilik je. Pintu buka la. Biar dia rasa mcm bilik dia. leh kuar masuk. hehehe

Chika keluar kejap tadi. tak sangka jugak bila balik rumah dia tunggu dalam bilik. macam dulu-dulu. Hmmm happynya. Apa lagi...

Camera ready..
Take one..
ACTION!

Sila jangan terpedaya dengan mukanya yang kesian.

Sila beri perhatian dengan suaranya. Ini versi perlahan tau...



Saturday, July 17

Micro oh Micro

9.30 am. Micro ditangkap sedang memanjat pagar sebab nak makan pucuk lalang. Dah tak de yang rendah agaknye. Dia cari yang paling tinggi sekali. Tak gayat pula tu.Mata tak sempat cuci lagi la Micro. Tapi dia tetap hebat. Dalam buta-buta tu pun leh balance atas pagar.

Nampak ke?
Confident gile minah ni jalan.
Tengah pilih2 pucuk mana nak makan ni...
Akhirnya dapat di turun kan. Tak larat nak tunggu dia lama2.

Bulu dia ni lembut sangat.
Mok duk usha dari tadi lagi. Dia yang celik pun tak pernah panjat and jalan2 atas pagar.
Nak gi cuci mata
Dah masuk tu dok diam2 ye sayang. Pegi la makan ke, guling2 ke... jangan panjat2 lagi tau. kang jatuh tak pasal je.

Friday, July 16

Abe mata stim folo balik

Tadi pegi ke rumah lama bagi budak2 tu makan. Sekor pun takde. Mane ntah peginye belaka. Runsing la pulak.

Tetiba muncul Deejay... mengekor je. Bukan nak makan tapi nak manja. Mengada-ngada btol. Kali ni dia folo balik lagi. This time lepas bagi dia makan, cepat2 angkat letak dalam bilik. Kurung kejap. Bagi blackwood lak. Deejay suke giler... kejap2 gi makan. lepas gosok2 gi makan. pastu minum kejap then mandi (dia jilat badan dia sendiri je) then sambung makan. guling kejap pastu makan lagi. comel sunggu kamu ni. Tetiba nampak cam gemuk skit. Takkan la sekali makan je terus gemuk. hehehe....
Comuel kamu ni bila manja...

Thursday, July 15

Pelbagai aksi si manja di rumah PapaMeow & Kak nurul

Assalamualaikum, Mula-mula sekali Chika nak minta maaf sangat2. Terdapat kesilapan teknik dalam entry yang lepas terpaksa di deletekan. Maka disini Chika post kan semula gambar-gambar kenangan dirumah Papameow. Dan minta maaf sangat-sangat sebab Chika baru perasan camera Chika banyak ambil gambar sicumel ni... Kite tak banyak gambar... huhuhu...
Saat melangkah kedalam rumah Papameow, Chika amat tertarik melihat si manis ni tengah duduk depan tangga. Tapi Chika tak pasti ni namanya. Blom sempat nak berkenalan lagi masa ni. Mungkinkah ini cik Bunga? Manis je.. apa la yang dipandangnye ye....
Aman pula suke melepak dikaki saudara Talhah dan of course la tuannya PapaMeow. Jelas kelihatan kemesraan dan keakraban mereka. Menarik sekali. Dan yang lebih menarik kami dapat melihat aksi aman menangkap lalat. Teringat Chika dengan Bob. Bob memang suka tangkap lalat dan nyamuk. Tak sangka Aman dan Bob berkongsi hobi yang sama.Yang ini pun Chika tak pasti namanya. Miss Marilyn memperkenalkan dia sebagai Model Blog Papameow. Comel sangat tengok dia tidur kekenyangan. Berkali-kali Chika ngan Marilyn Cium-cium idungnye yang basah itu tapi dia macam tu jugak. Tak bergerak langsung okay... Pengsan kenyang mungkin? HeheheBunga tengah lepak. JJ pulak main kasut. Pelbagai aksi mereka ni. Chika diberitahu Bunga dapat nama kerana ekornya yang kembang mekar itew... hehe cute. JJ pulak sempena penemuannya tengah melintas jalan dalam hujan didepan Jusco. Putih bersih bulunya. Yang pasti JJ feeling abis dengan Cik Siti.Kata-kata penghargaan dan ucapan selamat datang dari PapaHero selaku tuan pengerusi Majlis. Nampak gayanya Tuan pengerusi kita ada perancangan untuk masa depan. Sangat teruja mendengarnya. Harap Chika dapat join next program ni... Beshhh...
Along ke Angah? Dari depan pun susah nak teka, apa lagi dari sisi belakang... hehe
Angah geram je dia nak buka carrier ni. (Chika tau dia angah sebab dia cakap).Kalau tak silap, yang kat dalam tu Madina. Kesian dia tripod. Tapi dia nampak sihat. Badan dan bulunya cantik.
Dari jauh Chika perhatikan Memeng dengan Aman lepak bersama. Dorang ni nampak macam kawan baik. Mula-mula Chika dekat dengan Aman, dia lari. Tapi bila Chika belai je Memeng, Aman mula rapat. Nampaknya Aman agak berhati-hati dengan orang yang tidak dikenalinya. Bagusla Begitu. Jangan mudah percaya tau... Manusia semua lain2... Tapi kami kat sini semua baik2. Takkan apa-apakan kamu Aman... Jangan risau k. We love you...Yang ditunggu-tunggu...
Akhirnya kita bertemu...Hero tampak segak . Badannye ketul-ketul. Tapi mami tengok je nangis. Chika pun bergenang juga. Sedih bukan kerana keadaannya sahaja, sedih juga kerana dia begitu disebabkan kelakuan manusia yang tidak berhati perut. Kalaulah ikutkan hati yang panas ni, nak je cari orang yang mencacatkan Hero tu, Chika nak je suruh Bob gigit dia. Lagi bagus kalau dapat gigit sampai putus. Tak kirala apa yang putus, jari kaki ke, telinga ke, tali perut ke... ehem ehem ke... biar dia merana seumur hidup. baru puas hati. Tapi tak pe la, kite tak jahat macam dia kan Bob... Allah Almighty, will pay him back someday... Apa-apapun hati still positive. Still boleh senyum sebab tau Hero ada keluarga yang baik untuk menjaganya.
Pandang apa Cik Siti Hawa?
Tengok sape tu? kusyuk nye...
La... tengah berangan rupanya. Comel sungguh Hawa ni. Manis. Dia ni macam species kucing hutan. Marking badan dia cantik sangat. Lembut lak tu bulunya...
Manja Hawa ni dan sangat feminin. Samalah kite Hawa... hehehe
Melekat je.
Tengah kenyang barangkali. Sooo adorable.
Eh, macam kambing la.
Memang la kambing Cik kak oiii... hehe
Bebek dan bibik baru hendak memulakan tugas nya. Iaitu meragut rumput. :)
Chika suka sangat kambing. Kalau la boleh bela, nak sangat. Dah ada nama pun. Tapi apakan daya. Chika tak mau DBKL datang umah nanti. Maklum la, area rumah Chika memang la tak pernah nak jumpa kambing.
Si bulat ini...
bisa meruntun hati...
Kali pertama bertentang mata...
Kau dan aku sangat mesra...Rindu kat bulat...Bulaaaatttttt......Ha, inilah bukti JJ feeling dengan Cik Siti. Manja dan mesra sangat. Duduk diam je dengar orang tua bercerita...Ngantuk ke yayang.. omey arrr..
Ye bulat... nak ape tu?
Semua asyik berbual. Bulat dan JJ pasang telinga je. JJ setia dengan Cik SitiJJ kusyuk mendengar Meowwmania dengan Cik Siti berbual... Kalau dah girl tu girl jugak. lepak gegurl je...Uncle suka sangat dengan Bulat.Uncle terkenang lucy masa kecik tu... Bulat pun layan feeling...Mana boleh berhenti...Mbeeeeek...Mami ganti uncle pulak...
Eh..... mami pun kene jugak... Bulat sangat comel... sebenarnya tak sakit pun. hehe...
Masa ni Chika dah nak balik. sempat snap gambar kawan2 tengah lepak borak...

Peace macam segan je. Mungkin dia pelik kerana tak pernah tengok kami. Meriah rumah hari ni ye peace. Satu hari kamu hiking,hampir petang baru nak pulang, kami pun dah nak balik jugak. Lain kali kita jumpa lagi... Tata...
Jenjalan dengan Meowwmania...
Ini pula merupakan aktiviti seterusnya. Viva ronda bawak meowmania jalan-jalan... hehehe hampir sejam jugak la. Minta maaf kerana kami tak berapa expert area tu. Sebab dah lama tak jejak. Tapi Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai.
Bila sampai Chika sangat terkejut. Meriah rumah Kak Nurul dengan anak-anak bulus. Gebu-gebu semuanya... alahai... Cair deh melihat anak-anak comel ni. Comel dan unik-unik. Chika tak biasa sangat dengan kucing persian ni. Bukan tak suka, tapi tak mampu nak jaga dan nak beli. Cukup sekadar main persian orang punya je... hehehe Memang best2 kucing kak Nurul ni. Keluarga nya pun sangat peramah. Berbual pun pasal kucing je... Hmmm Terima kasih Meowmania... kalau nak pegi bgtau la. Insya-allah kalau ada kelapangan boleh la Chika ngan Marilyn join. Kami berdua boleh jadi pakej jugak la... (jangan marah ye sayang. U tak de, I takkan sampai kesini.)

Terima kasih, daun keladi
Lain kali kite jumpa lagi...

Insya-Allah, Amin....